Berita 1
Semalam teman kak senior mengajar tuisyen di sebuah kawasan perumahan.
Saya peneman, kak senior pengajar.
Sambil-sambil meneman, sempat la berbual sekejap dengan kak senior kesayangan sorang ni kat luar rumah.
Kat luar tu gelap.
Tiba-tiba ada sekumpulan budak lelaki.
Saya masuk dalam rumah balik.
Sebagai langkah berjaga-jaga.
Itu semalam.
Pagi tadi, dalam bas ke KL, baca surat khabar...
"Remaja merajuk kena rogol"
KUANTAN: Tindakan pelajar perempuan melarikan diri dari rumah selepas merajuk dengan ibunya mengundang padah apabila dia dirogol seorang lelaki di depan Sekolah Kebangsaan Mat Kilau, Inderapura, Isnin lalu.
dekat je dengan rumah semalam ni!
Masya-Allah...
Berita 2
"Ibu terkejut anak sekatil teman lelaki"
KUANTAN: Seorang ibu yang mahu mengejutkan anak perempuan tirinya berusia 16 tahun untuk bersiap ke sekolah hampir pitam, apabila mendapati seorang remaja lelaki tidak dikenalinya tidur bersama pelajar terbabit, Isnin lalu.
Kalau di negara kita sekarang, ini mungkin boleh jadi berita hangat.
Kalau di negara Barat sana, ini mungkin normal.
Ini sekarang..macam mana lagi 10 tahun? erm, jauh sangat kot.. 5 tahun?
Agak-agak boleh ke berita yang sama jadi berita hangat seperti hari ni?
Na'udzubillah...
Berita 3
"Dua lagi mangsa ragut maut"
KOTA BHARU: Seorang wanita mengandung tiga bulan terkorban di jalan raya, manakala nenek berusia 86 tahun maut di rumahnya, masing-masing angkara peragut bermotosikal, dalam dua kejadian di sini dan Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Innalillah...
Berita 4
erm... cukup la tu untuk hari ini.
nota kaki 1: saya tumpang simpati dengan keluarga mangsa. sama-sama doakan moga si mangsa pulih semula.
nota kaki 2: terima kasih kepada Saasatul Ibaad (FT) kerana mendekatkan semula diri ini dengan bahan bacaan yang bernama surat khabar. -_-"
4 comments:
saasatul ibad...
Minat siasah ya? =p
kak dyll: erm..tak. tapi nak tak nak, kena ambil tahu juga. kan?
Berita 1:
Budak perempuan yg BODOH. Dah terkena ni harap2 dia insaf la. Skit2 nak merajuk ngan family. Ingat Jantan Donggol tu leh kasi dia makan minum elok2 ka?
Berita 2:
Salah kedua-duanya. Ibu kurang memantau anak, anak plak BODOH PIANG. Patut kena rembat ngan batang kayu je.
Berita 3:
Peragut JAHANAM itu patut dihukum sembelih. Baru dia rasa. Geram betul akak dgr berita nih. Kalo dpt, kita seret dia atas jalan sejauh beberapa kilometer. Biar dia rasa camna org yg meninggal tu rasa. BODOH!
Haaa...akak mmg emo bab camni. Sumer nye berpunca drpd kebodohan yg mana nafsu dan syaitan menguasai akal. Ketara manusia skarang ada otak tp akal kat tapak kaki.
kak knowlee: huu..sabar kak. saya percaya ramai yang emo. tp emo2 pun jgn smpai nafsu kuasai akal kita lak. ;)
Post a Comment