9.8.09

Topeng V untuk Virus

salam semua...

saat entri ini ditaip, bumi Kuantan sedang dibasahi hujan dengan berlatarkan bunyi guruh. tidur sedap nih.. hee~

hmm.. virus influenza H1N1 telah berjaya menampakkan belangnya di kampus tercinta. oh tak, kampus saya tak ditutup.. tapi fakulti demi fakulti ditutup. keputusan penutupan fakulti dibuat oleh dekan fakulti masing-masing. tapi tak tahu la kalau-kalau kampus tercinta ni nak isytihar cuti jugak. hmm..kita tunggu dan lihat.

saya tumpang simpati buat fakulti yang tak ditutup. tapi saya tumpang simpati jugak la buat fakulti yang ditutup. sebab banyak kelas akan diganti pada waktu-waktu yang tak diingini lepas ni. fakulti saya antara yang ditutup selama seminggu. maka, bertabahlah. harap-harap kelas 3 jam tak jadi 6 jam. huu~

sejak penyebaran virus yang makin melarat, fenomena memakai topeng tutup mulut menular dalam kalangan pelajar-pelajar kampus. akibat pengaruh kawan yang bersemangat, saya pun terjebak. mula-mula pakai, rasa sesak la jugak tapi bila dah biasa, rasa seronok pulak pakai topeng ni. hehe

dalam perjalanan ke kuliah, sambil tersenyum sorang-sorang di sebalik topeng itu, ramai yang bertanya, "tak sihat ke?" berkerut dahi saya. saya nampak tak sihat ke? padahal saya baru baik demam. batuk pun dah reda. (eh jap..macam la diorang nampak muka ni bila dah pakai topeng..hehe)

ada juga situasi di mana sahabat-sahabat saya ditertawakan kerana memakai topeng. nampak lucu agaknya.. (lucu ke? tapi bagi saya nampak comel je. :P) pelik.

pelik punya pelik, fikir punya fikir, satu kesimpulan yang dapat saya buat:
bila ada orang pakai topeng, orang tu mesti tak sihat.

yup, saya rasa itu persepsi kebanyakan orang. dan saya bersetuju dengan persepsi mereka. cumanya, dalam keadaan kritikal penularan virus H1N1 yang pandemik ni, saya kira pemakaian topeng adalah salah satu langkah berjaga-jaga untuk menangani wabak ini. jadi, tak kira orang itu sihat ataupun tidak, pemakaian topeng adalah amat digalakkan.

dalam keadaan kritikal penularan virus H1N1 yang pandemik ni, saya kira pemakaian topeng adalah salah satu langkah berjaga-jaga untuk menangani wabak ini.


tapi, iya.. itu pun atas inisiatif setiap individu jugak la kan. kalau rasa, sistem imuniti kebal dan kuat..antibodi boleh lawan dengan pelbagai hentaman virus, tak payah pakai pun takpa dah.



apa-apa pun, kita kena kembali kepada-Nya. dalam surah Yasin, Allah berfirman, "...kun fayakun" yang bermaksud, "...Aku kata Jadi, maka jadilah." jadi tak kiralah sihat ke tak, kalau Allah nak bagi kita virus tu, maka dapatlah kita virus tu. yang sihat, mungkin terus jatuh sakit. yang sakit, mungkin sakit biasa je tapi tak dapat virus tu.

Allah berfirman, "...kun fayakun" yang bermaksud, "...Aku kata Jadi, maka jadilah."



cuti ni, ramai yang pulang ke kampung halaman. ni pun belum tentu kita dapat lari daripada terkena virus tu. yang tak cuti pun, potensi untuk dapat masih 50-50. wallahua'lam.

jadi kita ni, tak perlulah nak gelabah, cakap pandai (seperti kata pensyarah Patologi) tapi takda usaha untuk menangani penyebaran wabak ni. masing-masing ambillah inisiatif. masing-masing ada cara tersendiri kan.

pensyarah Imunologi kami menasihati kami untuk ambil sesudu madu setiap pagi seperti yang diajar oleh nabi kita. madu itu kan ubat. inisiatif lain, amalan fardu solat 5 waktu ditingkatkan. solat di awal waktu, bacaan semasa solat dihayati, khusyuk solat dijaga. amalan sunat seperti membaca al-Quran, solat sunat, berwudhu' sepanjang masa, dan berzikir diperbanyakkan.

alang-alang bulan puasa nak dekat, kita praktis la dulu. biasakan diri dengan puasa dan berzikir. bila dah puasa nanti, takde la liat sangat. kan?


kata-kata di atas buat renungan semua terutama diri yang serba malas dan daif ni. itulah manusia..mudah alpa dan leka. kita ni sebenarnya selalu butuhkan peringatan. kadang-kadang kena ketuk kepala sendiri sebab nak bagi sedar yang kita tu manusia. itulah manusia...



panjang pulak celoteh kali ni. asal ha? (ni tiru gaya PM WacKOS lak..hehe)

itu pandangan saya. pandangan awak pulak macam mana?



nota kaki: buat sahabat seperjuangan, selamat bermuktamar!

3 comments:

Azym Azizi said...

V for Vandetta?

Kat mana bleh dapat topeng free ek? Makin mahal la harganya..huhu

3p4h said...

Hahaha...Azym, kt kuantan ktorg dpt free.. Universiti bg.. Hee =D

Btul la apa yg achik ckp 2, prevention is better, ryte? Erm... Beshnya korg cuti...

alifzaimimra said...

azym:
betul, V untuk Vendetta!! citer tu best. ;)

pasal topeng free, boleh dapatkan kat hospital atau klinik terdekat. tapi lebih baik beli..sebab kalau beli, beli sekotak terus buat stok sebulan. klu g hospital, dapat 1 utnuk pakai sehari je. tapi, ikut kemampuan la kan. klu kreatif, buat sendiri je. ;)

3p4h:
Islam pun ajar kita untuk mncegah kan. ;)

hm.. cuti memang best.. tak payah pergi kelas mcm budak2 yang tak cuti. duduk je kat bilik tgk movie. ;)