21.8.09

Al-Quds dan Ramadhan

salam semua..

entri kali ni pendek je..

hari ni 21 Ogos 2009.. tarikh 21 Ogos, sinonim dengan Hari Memperingati al-Quds. di kala kita dalam kesibukan menyambut Ramadhan, di kala kita sibuk dengan ke'pandemik'an H1N1, kita jangan lupa dengan saudara-saudara kita di Palestin sana. teruskan memboikot. barang-barang murah macam Nestle, biskut Tiger Kraft tu semua strategi Zionis semata-mata. kalau terliur McD tu, tahan je la ek. Ramli Burger kan ada. roti canai pun sedap gak. alang-alang nak puasa ni, boleh simpan sikit duit beli McD tu untuk buat derma kat tabung masjid.

lepas tu, empunya blog Laman Kehidupan yang chomel ni nak ucap Ahlan Ya Ramadhan Mubarak buat semua yang baca blog ni. hee~

hm.. bulan Ramadhan yang penuh hikmah lagi barakah. bulan untuk kita mengumpul amalan di Dunia untuk bekalan di Akhirat kelak.

macam-macam amalan boleh kita buat,
bersedekah
buat solat sunat rawatib
solat sunat Dhuha
bagi salam
senyum
sabar
solat sunat tarawikh
beri'tikaf dalam masjid
bersahur
bukak puasa sama-sama
Qiamullail
solat Tahajud
solat Taubat
solat Hajat
solat Istikharah
solat witir
baca Quran
tadarus ramai-ramai
berzikir
berdo'a
cakap sayang kat Mama n Ayah
cakap sayang kat adik-adik
sedekahkan Yasin
macam-macam la...

tapi dengan 1 syarat, niat kita beramal ni kerana Allah.
mula-mula mungkin tak biasa. tapi cuba buat sekali. lepas tu cuba buat lagi.
insyaAllah tak kekok nanti. ajak je kawan ramai-ramai. baru seronok. kan?

kalau nak ikutkan, memang penat hujung minggu ni sebab siangnya ada kelas, pembentangan, program.. malam pula tak tahu larat ke tak nak bertarawikh.. tapi kita kena positif. niatkan Lillahi Ta'ala. insyaAllah ok. kan?

ok semua, moga kita semua terus dalam keadaan sedar dengan tujuan kita hidup di Dunia. moga segala perbuatan kita mendekatkan lagi diri kita dengan Allah yang Maha Esa. aameen...



apa lagi, jom kita kumpul 'amal banyak-banyak!! Allahu Akbar!!!


nota kaki: ek, macam panjang lak entri ni.. eheh

4 comments:

ahmdsyhmi said...

Nota yang bagus.

Aku benci zionis tapi aku tak benci yahudi.

Tapi antara dua tu, aku lagi benci freemasons. sebab dia foundation dajjal. diterajui oleh iblis dan ianya lagi besar dari agenda zionis.

kena hati2 gak dgn freemasons. sebab ramai tak kenal sape freemasons ni.

alifzaimimra said...

salam ramadhan kareem.

terima kasih, ahmdsyhmi.
menarik..setuju dengan komen kamu. freemasons mmg kejam. kita geng? ;)

akutaktahu said...

erm..sedekah yasin? beli dan sedekahkan ke? hehehe

atau
baca yasin dan sedekahkan pahala yasin kepada org lain? ermmmmmmm

atau
baca yasin dan mendoakan agar muslimin dan muslimat dalam keadaan baik,sihat,bebas penyakit merbahaya dan dimudahkan serta diberi kekuatan utk menunaikan ibadah puasa?

errm.........

alifzaimimra said...

salam akutaktahu a.k.a. d***y! lama tak dengar khabar. sihat?

hm.. sebenarnya, dua2 pandangan tu boleh diterima. terima kasih atas pandangan yg bernas tu. hee~