26.11.09

Salam 'Eiduladha buat semua

Salam 'Eiduladha buat semua. :)

"Allahu akbar..Allahu akbar..Allahu akbar..
Laa Ilaaha illallahu wallahu akbar..
Allahu akbar wa lillahil hamd..."


bergema takbir raya di surau tadi. rasanya macam baru semalam kita sambut hari raya fitri. masih terngiang-ngiang paduan takbir di masjid kampung atok. masih segar suasana tenang dan diam pagi raya itu. masih saya ingat, hari raya itu hari raya yang syahdu...

tup tup.. esok dah masuk raya adha... hua~~


antara lembu yang terkorban pada tahun lepas.


melapah daging dalam hujan. (dalam gambar: kereta sorong yang berjasa)


ketika leka mengimbas gambar-gambar korban tahun lepas, teringat kembali kenangan ketika mengambil Ayah dan Mama yang baru pulang menunaikan haji. satu kenangan yang sukar untuk dilupakan. kawan-kawan boleh baca entri ini. baca subtajuk 'Kepulangan 2: Jemaah Haji'. :)


sepanjang tahun ni, saya kira ramai di antara kita yang kehilangan orang yang tersayang. tambahan lagi dengan musibah yang tidak putus menguji kita. jadi, bawa bersabarlah. sabar itu 'kan indah?





nota kaki: senior saya ditimpa kemalangan semalam. keadaan beliau agak parah dan kini sedang menjalani rawatan di hospital. bapa saudara saya pula diserang sakit jantung pagi tadi. minta kawan-kawan tolong doakan agar mereka selamat.

2 comments:

As said...

senior mana yg eksiden..sekolah?

salam eiduladha :)

alif zai mim ra said...

Salam As. hee~

yang eksiden tu Kak Adibah Ali, senior PKPIM, sekarang tahun akhir di UIA Gombak. kedua-dua kakinya patah. baru lepas pembedahan 2 hari lepas. doakan beliau ye. salam 'eiduladha jugak. :)