Beberapa siri kepulangan sedang berlaku dalam diari Empunya Laman. Jap, Siri kepulangan?? Apakah?? nak tau, sila teruskan membaca entri ini.
Kepulangan 1: Kem Hijri
Alhamdulillah, Empunya Laman baru selesai mengikuti program Kem Hijri yang diadakan di Sepang. Mula Isnin lepas sampai semalam. Banyak perkara yang Empunya Laman telah pelajari sepanjang berada di kem ni. Dapat pengalaman baru. Dapat jumpa Kak Sue. Dapat berjumpa dengan Ustaz Hasrizal dan team STC: Ustaz Izham, Ustaz Ridzuan, Ustaz Omar, serta Saiful Islam aka Yop aka anak Ustaz Hasrizal. Dapat berkenalan dengan adik-adik baru. Alhamdulillah.
Kem ni jika dilihat pada aturcaranya, ringkas je. boleh kata 60% daripada slot program diisi dengan kuliah. Ada juga aktiviti riadhah seperti main air dan jungle-tracking. Macam kem-kem yang lain. Kalau kuliah je memanjang mesti bosan, kan. Tapi yang menariknya, majoriti daripada peserta berjaya memberi tumpuan sepenuhnya dalam kuliah. Tak bersembang, tak tidur. Yang tidur pun hanya sorang dua. Tu pun mungkin sebab penat sangat. Menarik tak? Apa rahsianya?? “There’s no secret ingredient, you just have to believe,” kata ayah Po dalam Kung Fu Panda. Itulah rahsianya. Apapun, pada pandangan peribadi, pengisian kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal sangat memberi kesan kepada Empunya Laman. Profesionalisme dan semangat yang ada pada team STC pun banyak mengajar diri supaya menjadi lebih baik lagi di masa akan datang.
Secara keseluruhan, kem ni best! Bukan sebab boleh main air je, tapi sebab pengajaran dan pengalaman yang ditimba sepanjang kem ni. Ucapan terima kasih kepada team STC kerana memberi peluang ini. barokallahu fikum. Kem Hijri – sesuai dengan kedatangan 1 Muharram akan datang, tujuan kem untuk mengajak semua untuk berhijrah menjadi lebih baik. InsyaAllah.
untuk maklumat lebih lanjut tentang Kem Hijri, sila lawati laman ini.
Kepulangan 2: Jemaah Haji
Empunya Laman ke KLIA malam semalam untuk menjemput Mama yang baru pulang dari Sabah. Dalam kepenatan pasca-program, tergerak juga hati nak temankan Ayah ke sana. Kononnya nak teman Ayah supaya Ayah tak cepat mengantuk, tapi sebabkan penat, tertidur juga. Eheh..
Sampai je di KLIA, tengok ada banyak kereta masuk. Pelik. Rupa-rupanya nak sambut kepulangan jemaah haji. Allahu Akbar.
Teringat waktu nak ambil Ayah dan Mama tahun lepas. Macam ni jugak la. Ramai orang. Jemaah semua pakai pakaian putih je. Terfikir la, kalau-kalau Ayah dan Mama pakai putih jugak, jenuh la kitorang nak mencari dari dalam kereta. Nak letak kereta tak boleh sebab jauh. Tika tercari-cari, terlihat kelibat seorang jemaah lelaki. Berjubah hitam dan berserban elok. Muka jernih, bersih tanpa kumis dan janggut. “Kemas,” puji hati. Tiba-tiba Adik bersuara, “tu Mama!” Pemandu setia kami sepanjang ketiadaan Ayah dan Mama, Abang Mahfuz, sepupu kami pun mencari tempat meletak kereta. Kebetulan ada kereta nak keluar, kami pun masuk memarkir. Alhamdulillah. Kami segera keluar menyambut Mama. Mama senyum, kami bersalaman dan berpelukan. Tengok troli kat belakang penuh. “Mama, Ayah mana?” sambil tercari-cari Ayah di sebalik puluhan jemaah yang lain. “Tu Ayah,” sambil menunjuk ke belakang. “Mana?” detik hati sambil mencari. Ternampak jemaah lelaki berjubah hitam tadi. Berjalan ke arah kami. Abang Mahfuz bersalaman dengan lelaki tu. Adik pun. Angah pun. “Ayah rupanya! Subhanallah!”
Kepulangan 3: Kembali
petang semalam ayah mertua En. Azlan, jiran kami telah kembali ke rahmatullah. sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan doakan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang soleh. aameen...
Kepulangan 4: Kuantan
InsyaAllah, Ahad ni Empunya Laman akan pulang ke Kuantan, pulang menemui kekasih lama – En. Tortora dan En. Mongu. Semester baru dijanjikan dengan subjek baru yang bunyi macam best dan mencabar: Introduction to Quality Assurance, Radiobiology, Parasitology & Entomology, Clinical Biochemistry, Medical Microbiology, RKUD (tak ingat nama subjek tapi yang pasti subjek ni bakal jadi subjek kegemaran), dan Parenting. 7 subjek kesemuanya. Ini mencabar diri untuk belajar dengan lebih tekun. no more play-play ha. Takpa, mesti boleh punya.. Allahu Akbar!
Ingat kata-kata ayah Po, “there’s no secret ingredient, you just have to believe.” Jadi, yakinlah dengan Allah dan yakinlah dengan diri sendiri.
notakaki: menghitung hari akan ketibaan Januari. hee~
12 comments:
siri kepulangan..
kebetulan banyak kepulangan :)
kpd As: tu la kan. tapi teringat lak kuliah Ustaz Hasrizal, there is no accident. tiadanya kebetulan, tapi semuanya suratan.
semoga setiap kepulangan memberi erti kepada kite...
Nnt kongsi ya pnglmn bsama STC 2.. Btuah achik!
Ttg 'kpulangan 2' tu, achik xprasan yg org bjubah hitam 2 ayh achik? Kiranya achik bkhayal la masa 2? =p Ish5...
Papepn TQvm ats pmberian celak Mekah dlu 2. Heheee...
Ustaz Izham? Ustaz Izham Hasni bin Md Isa ke?
kpd Jepah: aameen... =)
kpd 3p4h: kongsi pengalaman? takda masalah. InsyaAllah.
achik tak perasan bukan sebab berkhayal, tapi memang tak perasan sebab Ayah dah bercukur. biasanya berkumis dan berjanggut. bila tengah mencari, achik bayangkan Ayah seperti keadaan yang biasa Achik nampak. Wallahua'lam.
kpd ilham nur: ya betul Am. Ustaz Izham Hasni bin Md Isa. senior Am kan? untuk biodata lengkap Ustaz, Am boleh ke sini: http://saifulislam.com/?page_id=4004
Tgk gambar lelaki ramai2 tu, ternampak sorg yg mcm someone. Mirip aje la walaupun gambar tu kecik. Hehe.
kpd KNOWLEE: yang mana kak?? macam siapa kak?
Hahaha... Mmg kne la dgn tema blog along~! "Expect the unexpected"
=p
dalam kungfu panda pun said the same
there's no accident
takdir menentukan :)
kpd 3p4h: er..tak faham..
kpd As: a ah. Master Oogway yg cakap kan? :P
Apa la achik ni, 2 pn xphm? Yela, mna achik sngka yg ayh achik da bcukur. So kne la dgn tajuk blog along kn?
Post a Comment