6.12.08

dugaan..lagi...

salam semua...

Jumaat lepas Empunya Laman ke Muktamar PEPIAS Pusat. ni muktamar PEPIAS yang pertama yang Empunya Laman pernah pergi. menarik gak perjalanan muktamarnya. ada la juga babak menyentuh jiwa. lagi-lagi masa babak pembubaran dan perlantikan pimpinan baru. lepas tu dipasangnya lagu Doa Perpisahan. adus...

terasa betapa beratnya amanah yang nak dipikul oleh pimpinan baru. berat sebab amanahnya termasuk tanggungjawab terhadap masyarakat. besar tanggungjawab tu. nak fikirkan masalah umat - dengan masalah sosialnya lagi. dadah, rempit, zina, ponteng sekolah, gay, lesbian, pengkid..macam-macam la. masalah sosial satu, ni belum masuk lagi sistem pendidikan yang tengah kacau-bilau dan sistem tarbiyyah yang makin suram di kalangan belia sekarang.

maghrib tadi pergi usrah dekat Kajang. kami berusrah tentang Ayat Kursi. baru tau, rupa-rupanya dalam Ayat Kursi tu ada 17 kali disebutkan sifat-sifat Allah. 17 kali dalam 1 ayat! Subhanallah...

kami juga sempat berbincang mengenai penggunaan ayat al-Quran sebagai pelindung diri. kalau tak kena pada amalannya seperti memuja roh, boleh dikira khurafat sebab amalannya itu seperti meletakkan harapan kita kepada benda bukan hidup. kan susah tu?

sedang kami berbincang, tiba-tiba Dr. cakap
"dugaan yang datang berkali-kali tanda Allah sayang kamu.."

terasa... huhu





notakaki: lepas tu dapat berita tentang kejadian tanah runtuh dekat Bukit Antarabangsa. Innalillah... esok ada misi menyelamat ke sana. nak ikut tapi tak tanya Ayah lagi. huhu...

5 comments:

As said...

Allah loves you :)
perlukan sentiasa reminder2 tersebut. hehe.
take care Hawa.

alifzaimimra said...

kpd As: kamu pun jaga diri ye. ;)

Anonymous said...

Achik, bsungguh bnr ya ke Muktamar pepias! Apa cite daddy? Hehehe..

Apa yg dbincangkn achik dgn kak Dyll eh pas kem?

hajarJazz said...

achik selalu mintak permission last minit kan? ish ish ish... Be strong my dear!! Let us be strong and have a faith on Allah.. Kalo kite tak percayakan Dia, tak yakin dengan Dia, kita takkan dapat Dia.. All u need to do is just believe.. yesterday was history, tomorrow is mistery and today is a gift..

alifzaimimra said...

kpd 3p4h: daddy dah bersara. ttg, perbincangan achik ngn kak dyll tu..rasanya dah gitau along. ehehe..jangan terasa ek.. huhu

kpd hajarjazz: macam mana nak minta kalau balik rumah Ayah dah tidur..huhu.. takpe la angah, mungkin ada hikmahnya achik tak pergi. hikmahnya, petang tu achik dapat keluar dgn adik-beradik dgn kak su. lama dah tak keluar sama-sama. "kadang-kadang kita perlu korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu." :)