23.12.08

Mari Bersemangat!!!

salam semua...

Empunya Laman kini sudah berada di bumi Kuantan. hari ni dah masuk hari ke-2 di sini.

tak banyak perubahan dan perkembangan.
- Kulliyyah Farmasi masih dalam pembinaan.
- Mr. Mongu sihat, alhamdulillah.
- belum berkesempatan berjumpa kawan-kawan dari kawasan hutan yang biasa ziarah kami. waktu makan tengahari nanti datang la tu.
- belakang mahallah, ada papan tanda baru: "VISITORS ARE UP TO THIS POINT ONLY".
- kafe sebelah kafe Dila dah boleh pesan minuman.
- semalam sempat beli barang kat Kuantan Parade. dalam perjalanan ke KP tu, nampak la landmark yang menaikkan nama kampus kami. hmm..dalam banyak-banyak perkara, perkara yang ini yang mempopularkan kampus tercinta. padan la kawan Mr. Mongu suka ziarah kami. hmm...

hari ni takda kelas. kelas batal.
semalam ada kelas Introduction to Quality Assurance. pengenalan je baru. siap bervideo conference lagi. kelas RKUD pun dah mula. Empunya Laman dah tahu dah nama subjek RKUD ni - Philosophy of Science. memang bakal jadi subjek kegemaran ni. teringat pengalaman ketika ke ISTAC tahun lepas. masyaAllah.

aktiviti...
- WacKOS: tengah tunggu PM balik. Pusat Sumber (baca: Resource Centre) dah tunggang-langgang. tapi tak kisahlah. kita boleh susun balik sama-sama.
- bilik baru lepas kemas. baru 5 minggu tinggal, baju dalam almari dah naik kulat. mungkin sebab cuaca kat sini lembap dek musim tengkujuh. takpa, mesin basuh kan ada. selesai satu masalah. hee..
- lepas ni banyak cuti. khamis ni cuti, lepas tu cuti awal muharram, lepas tu cuti tahun baru. mujur cuti tahun baru cina lambat lagi. kalau tak, jenuh nak ganti kelas.
- hujung minggu ni dan minggu depan ada program. nak ikut? jom!



apa-apa pun, tak kira susah ke senang ke, asalkan kita terus bersemangat. Allahu Akbar!




notakaki: gambar di Kem Hijri dah keluar. nak tengok boleh ke laman ini. =)

3 comments:

Unknown said...

bila la agaknya PM wackos tu nak balik ye~ huhu...

ekceli landmark UIA tu, bukit yang mane satu eh?

alifzaimimra said...

kpd Szakif: PM WacKOS kata nak balik lepas cuti awal muharram. huhu~

tak tau bukit yang mana satu. tapi kalau lalu kat depan sikirito resipito kat simpang empat tu memang nampak dengan jelas la kesannya tu.

3p4h said...

Achik br tau tjuk RKUD 2 'Philosophy of Science'???

Ish5....