12.1.10

Kawan, tolong 'flush' boleh?




Salam semua..

Kempen 1B1A bulan ni mengingatkan saya pada peristiwa yang kadang-kadang berlaku di blok hostel saya. Peristiwa kucing tak jumpa tanah. Bila tak jumpa tanah, apa yang dia jumpa? Tangga dan lantai. Sejak peristiwa tu, jenuh kucing itu dibenci dan dicemuh penduduk hostel. Kesian kat kucing tu...

em, kamu boleh faham, kan?

Kalau kucing yang tiada akal itu boleh la kot dimaafkan. Kalau mereka yang punyai akal ni pulak macam mana? Akan kamu maafkan? Oleh itu, janganlah kita saling menganiaya. Silalah flush lepas guna.



Kalau zaman nenek saya dulu, mereka takda flush, jadi mereka simbah dengan air. Sampai sekarang kalau balik kampung, kami masih menyimbah. Kalau ada masalah dengan flush kat rumah pun, kami menyimbah. Kamu pun boleh jugak, kan? :)

4 comments:

3p4h said...

Oh, da lama x wat proses simbah2 ni. Org skrg ni, wpun da ada sistem flush, masih malas. Trukkan?

Cb tgk org dlu2, sanggup tggu air pnuh dlm baldi utk simbah. Tp skrg, teknologi menambahkan lg kemalasan msyrkt T_T

p/s: bnda mudah disusahkn...

alif zai mim ra said...

3p4h:
teknologi sepatutnya untuk memudahkan kerja supaya boleh buat kerja yang lain. huhu

apa kata along promo 1B1A kepada SRC tahun ni..? ;)

3p4h said...

Wah! Bagus tu! Baik, alg akn wat =) Achik sokong sama ya

alif zai mim ra said...

3p4h:
achik sokong!! ^_^