24.1.10

Penangan Magis TV

Salam semua...


Semalam ada program motivasi dengan adik-adik darjah 6. Dah lama tak jumpa adik-adik sekolah rendah. Jumpa diorang semalam mengingatkan kembali kenangan program-program lepas. Budak-budak.. bijak, nakal, degil, pemalu.. semua ada. Habis je program gerenti hilang suara. hehe..

Walau nakal macam mana pun diorang ni, takkan dapat mematahkan semangat diri untuk buli diorang.. eh silap.. untuk bersama diorang. ;)

erm.. cuma adik-adik semalam terlebih nakal pulak. Siap main buli-membuli lagi. Jenuh nak redakan keadaan. Pastu tak pasal-pasal kena jadi bodigad untuk adik yang kena buli. huhuhu



Sorang senior fasi pernah pesan, budak-budak ni macam kain putih. Selain ibu bapa, cikgu, kita ni pun boleh jadi pencorak pada adik-adik. Em, selain tu, rancangan TV, laman-laman sawang, YouTube, Facebook, Friendster, MySpace, Tom Tom Bak, Astro, dan lain-lain pun boleh jadi pencorak kain putih yang suci lagi murni ni.

Jika cantik coraknya, bergunalah kain itu. Kalau buat jual, tinggi harganya. Macam cantiknya kain batik dan songket, popular di negara Perancis.

Jika kurang cantik coraknya, kaler tak padan, corak tak berseni, nak beli pun tak berkenan, dan akhirnya tak laku. Langsung dijadikan kain buruk, sekurang-kurangnya ada gunanya.

Macam tu jugak la adik-adik kita. Baik didikannya, maka baik lagi bergunalah mereka. Begitu juga sebaliknya.

Jadi, kalau nak tengok generasi adik-adik kita ni baik budi pekerti lagi terpelihara imannya, kena la pastikan corak pada kain putih mereka cantik. Macam mana? Nak pinjam kata Ustaz Zuridan, kita gunapakai ilmu yang kita ada sebaik-baiknya. ;)





hm.. nak tanya jugak, corak kain kamu pulak macam mana?


nota kaki: Ayah dah apdet blog. ;)

4 comments:

3p4h said...

Corak kain??? ermm.... warna wrni =)

p/s: rndu lak kt adik2 T_T

alifzaimimra said...

3p4h:
rindu? jom pergi program! ;)

3p4h said...

Mahu jd org biasa2 saja d prog, br alg join. Bole?

alifzaimimra said...

3p4h:
biasa2 itu macam mane? fasi kah? boleh je. ;)