9.6.10

Janganlah kerana mendengar guruh berdentum di langit, air tempayan dicurahkan

Salam semua...

Sejak dua menjak ni, tazkirah Ayah mesti dikaitkan dengan pepatah Melayu. Ayah pun suka bagitau yang Melayu ni penuh adat dan adab. Bahasanya halus lagi berlapik. Adatnya penuh adab. Ayah cakap, walaupun adat ni ada yang Nabi tak buat, selagi tak langgar syariat, kita boleh buat insya-Allah. Nak menegur orang pun, orang Melayu berkias dalam teguran supaya orang tak terasa dengan teguran kita.


Petang tadi masa Ayah ambil saya di tempat praktikal, ada bunyi guruh.

Ayah: Bunyi apa tu?
Saya: Bunyi guruh, Ayah.

Ayah: Janganlah kerana mendengar guruh berdentum di langit, air tempayan dicurahkan. Tau tak apa maksudnya?
Saya: Em? ... (tak dapat nak bagi respon sebab tengah mamai..ngantuk..huhu)

Ayah: Agak-agak apa maksudnya?
Saya: erm.. tak tau..
Hati Saya: Ayah nak 'literally' atau 'metaphorically'? -_-"
(masa ni rasa macam zombi je. mata tahan ngantuk. otak pulak tak dapat nak proses apa-apa.)

Ayah: Kat sekolah dulu tak belajar ek?
Saya: ha? a ah... tak belajar semua..

Lepas tu Ayah pun jelaskan la maksud pepatah tu. Panjang jugak la. Nak tak nak saya kena la dengar jugak. (_ _ )"

Maksudnya lebih kurang macam ni, Ayah cakap kalau sudah ada kasih, tak perlu kita tinggalkan apa yang kita ada dan tagihkan kasih orang.

Ayah: Macam pepatah tu, orang dulu-dulu kat depan rumah ada tempayan. Buat basuh kaki sebab orang dulu tak pakai kasut bila jalan. Jadi bila hujan, perlu ke kita buang air tu?
Saya: Tak perlu la. Membazir.

Ayah: Ha.. tak perlu la tukar, kan? Orang ingat, alang-alang nak hujan tu, dicurahkan la air tempayan tu kononnya nak ganti dengan air yang baru. Walhal, air tu pun bersih jugak.
Saya: Oh... a ah. Ye la.. (masih termangu-mangu.. (-_-)")

Bila dah tak mamai sangat, otak pun memproses maklumat. Hati pun bagi respon.

Hati Saya: Dalam jugak maksud pepatah tu. Minta dijauhkan. Takmo la buang air tempayan bila guruh berdentum.



huhu



Terima kasih, Ayah. Maaf tak dapat fokus tadi. (_ _ )"





nota kaki: jumpa pautan menarik yang boleh tolong hilangkan stres. terima kasih ye, adik PT. eh bukan, terima kasih kepada anak sedara adik PT. klik sini. :P
nota kaki dua: saya sayang semua orang. -_-"

5 comments:

ctpayong said...

mcm jgk malu bertanya sesat jalan...boleh jadi xjumpe jalan or ikot ajaran sesat (nanguzubillah) atau boleh jadi xtahu kalau malu xmenentu...yg tersirat dlm peribahasa orang dulu.

~~DucKneSs~~ said...

hahhaha..rajen benar ayah kamu berpepatah..hehhehe..kalo saya, mesti saya tido..

alifzaimimra said...

ctpayong:
ye ke, ibu? baru tau.. terima kasih. kena belajar lagi ni. hehe

duckness:
hehe.. mana boleh tido. nanti kantoi bosan. :P

~~DucKneSs~~ said...

then, u have to learn ' the art of sleeping with open eyes' la..hahha

alifzaimimra said...

duckness:
hehe.. itu skil sudah lama saya sudah master la. eh..terkantoi pulak.. :P