6.10.10

Cemburu dan Rindu

Salam semua...

sejak raya yang lepas, tidak banyak entri yang dapat saya kongsikan. saya terlalu sibuk dengan Dunia dan asyik dengan pemerhatian eksperimen kehidupan. ditambah pula dengan wayerles yang acuh tak acuh je, maka tiadalah entri di laman ini buat seketika. (hehe..ayat pun skema sudah~)

minggu lepas minggu konvo. jadi ramai la senior-senior saya yang berkonvo. saya tumpang gembira. cemburu melihat mereka. tahniah buat akak-akak dan abang-abang yang sudah berkonvo. maka bermulalah bab baru dalam hidup kalian. semoga terus bersemangat ye!

Jumaat lepas saya berpeluang menghadiri kelas di kampus Gombak. dapat la jugak berangan jadi pelajar Gombak kejap. sempat masuk perpustakaan utama yang sangat besar dan canggih sampai buat saya teruja. haha.. dengan kafenya yang pelbagai, suasana kampus yang best dan sibuk di Gombak buat saya rindu dengan hidup macam tu.

ada banyak lagi perkara yang buat saya cemburu dan rindu. oh ya, saya cemburu dengan orang yang sangat bersungguh-sungguh. ini cemburu yang paling besar buat masa ni. dan saya sangat rindu akan rumah saya. ye, sangat yang amat. sebab Dunia, saya jadi macam ni. salahkan Dunia. huahua.. Ya Allah, ampun.. ~(_ _ )~


tak tau la kalian dapat kaitkan tak entri ni dengan tajuk entri.


nota: tajuk entri bunyi macam yuckie-yuck sikit.
nota.macam-macam: rasa macam mau terbang tapi tak boleh sebab kena ikat. (normal kah?)
nota serius: tahniah buat Kak Wani. moga kalian bahagia sampai ke syurga. ^_^

3 comments:

Anonymous said...

terbang je lah... cuba...=p

~~DucKneSs~~ said...

owh..patut la sunyi sangat2..windu la..hahha..juga cemburu dengan golongan yang bersungguh tu..

alifzaimimra said...

lydecker86:
tak boleh.. kena ikat.. :(

duckness:
windu ke? ok2. kena semangat nih! Yosh!