31.10.10

Bola dan Botol

Salam semua..

siapa sangka saya tengok bola semalam. saya pun tak sangka. asalnya nak makan sambil tengok tv, tup-tup ter'sangkut' pulak depan tv. sempat tengok separuh masa pertama. separuh masa kedua, saya korbankan demi kerja sekolah (kunun..hehe).

saya ni pantang tengok perlawanan sebenarnya. nanti semangat bersorak tu keluar lebih. macam semalam, acap kali geng 'red warrior' nak skor, mula la adrenalin sorakan yang sepatutnya berakhir dengan teriakan 'Gol' naik. tapi tak gol pun. gol masuk masa separuh masa kedua dan saya tak sempat tengok pun. hehe..

untuk sesiapa yang menonton bola semalam, ini komen saya:
1) permainan semalam kurang semangat kepasukanan.
2) saya tak nampak strategi permainan kecuali geng kuning, bahagian pertahanan diorang boleh tahan. (macam saya ni terer sangat..hehe)
3) dua-dua geng, main macam nak gaduh. tak nampak rasa hormat sesama pemain.
4) penonton tak mesra alam. suka sangat buang botol ke padang. apa yang seronoknya tak tau la. diorang baling botol tu pun, belum tentu kena kepala pemain. -_-"
5) geng kuning terapkan 1Malaysia (?). geng penyerang terdiri daripada 3 kaum majoriti negara. pemain kegemaran saya: Gunalan. *bangga*

takmo komen banyak sebab saya tak tengok sampai habis pun.

apapun, menang kalah adat permainan. maaf kalau komen macam ter-melampau. ni pada pandangan saya je. saya pun tak tengok habis pun. gomen~

saya doakan, moga geng merah kuning masuk final pulak lepas ni. :P



nota: selamat maju jaya buat mereka yang sedang menempuhi peperiksaan akhir semester. doakan kejayaan yang cemerlang buat saya dan semua. jangan patah semangat! Yosh!

26.10.10

Life's like FYP

Salam..

pagi tadi terbaca status FB seorang kawan. dia tulis,

"Life is like Math... Once you are done with one problem, there is another one under it"


kemudian ada kawan-kawan komen,

"hidup ni mcm belajar bio...setiasa ada menda baru yg di discover,hehe
~kehidupan itu satu kemisterian~"


dan

"life is like history. once you did a mistake, there is a lesson behind it... (",)"


lalu saya pun menambah

"life's like FYP. full of challenges and excitement. Expect the unexpected. :P"



hehe...


apa pun, kena belajar syukur. setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah-Nya. tiada kebetulan. semuanya suratan.




nota: mau jadi lanun tak? :P
nota daripada Budak Tengok Langit: dah lama tak jumpa Bulan..

22.10.10

"Dia selalu ada"

Salam...

Habis je baca al-Fathir, ada Yasin.

Terdetik di hati, "nak skip boleh tak? Sebab dah selalu baca."

Keesokan harinya, hari yang kununnya mau sibuk, tak sibuk-sibuk. Bahana terlelap. Habis kacau-bilau tunggang-terbalik misi Dunia. Hiperbola. "Melepas lagi cobaan kali ini. Selamat beberapa ekor."

Malam itu, membawa diri memurnikan hati yang lara. Dapat pula sms daripada kawan mengatakan teman sebilik kami baru sahaja kehilangan ayahnya.

Innalillaahi wa inna ilaihirrooji'uun...

Terasa seperti sedih sekali. Lagi sedih jika diri berada ditempatnya. Mau nangiskah? Patut nangiskah? Lagi sengsara Hati. Keliru. Lalu ada suara menegas, "apa mau disengsarakan lagi daging kecil itu?"



Siapa sangka, Yasin itu untuk Abahnya. Bagai terjawab ngomelan tempoh hari.

Moga rohnya ditempatkan bersama para solihin. Aameen.. al-Fatihah.




nota: Dia memang selalu ada.

19.10.10

Cabaran dan Penjual Ikan

Salam...

dulu, saya sering diingatkan bahawa makin jauh perjalanan hidup ini, makin besar cabarannya.

dan sebagai fasi, saya sering nasihatkan kepada adik-adik akan perkara itu. apa yang dinasihatkan kepada saya, saya nasihatkan kepada mereka.

tapi sekarang, baru saya merasai perkara itu.

kalau dulu, sikit-sikit cabarannya. sekarang, bertimbun-timbun cabarannya. sampai boleh jadi semput hidup. inilah maksudnya mau terbang tapi tak dapat dek kerana cabaran-cabaran itu. tak dapat terbang, kita berjalan di tepian.

ya, makin jauh perjalanan hidup ini, makin besar cabarannya.

dan makin jauh perjalanan hidup, makin kita mau jadi penting diri. makin mau jual ikan (baca: selfish).

kadang-kadang, sikap penting diri itu satu keperluan. diulang, kadang-kadang. bukan selalu. jika selalu, itu perkara yang menjengkelkan. mungkin kamu tak merasa. tapi orang sekeliling kamu merasai kejengkelan itu. serius.

jangan sampai perbuatan penting diri itu memakan diri.

saya harap saya tak menjengkelkan siapa-siapa. minta dijauhkan. mohon kesabaran. mohon kekuatan.




cuma, untuk Dia Yang Satu, saya mau sangat-sangat untuk punya penting diri. mau sangat yang amat. bukan sahaja mau jual ikan, semua pun mau dijual.


saya mau sangat yang amat.

14.10.10

Ahli Rajin

Salam semua...

saya menulis ini sebagai status FB saya:

alhamdulillah, Allah grants my wishes. in one sem, i'm a chemist, a vet, and surgeon. i never wish to become a scientist though. well, i take that as a bonus. *wink2*


untuk dua semester akhir ini, saya kena sediakan bahan-bahan kimia untuk projek tahun akhir saya. persediaannya perlukan perkiraan dan pengetahuan tentang bahan kimia. macam kerja ahli kimia.

untuk semester-semester ini jugak, projek tahun akhir saya melibatkan haiwan ternakan. jadi saya perlu ambil tahu anatominya dan cara hidupnya serba sedikit. macam kerja veterinar.

dan untuk semester-semester ini jugak, saya berpeluang melakukan pembedahan terhadap haiwan-haiwan tersebut. seperti kerja pakar bedah.

akan datang, saya bakal menjadi ahli statistik dan ahli sains.

saya doakan agar saya dapat menjadi ahli yang saya idam-idamkan nanti. eh, bukan ahli tapi mau jadi pakar. pakar apa? biarlah rahsia.

yang pasti, saya juga mahu jadi ahli yang disayangi-Nya.


erm.. memang benar bahawa setiap permintaan dan doa akan dikabulkan-Nya. bergantung sama ada kita sedar ataupun tidak. Hebat kan Allah? :)




nota: saya juga mau jadi ahli rajin.

12.10.10

Kuasa Iman kah?

Salam semua...

kebelakangan ni graf hidup mendatar dan jatuh, naik semula dan mendatar dan turun. jarang sekali naiknya. hujung minggu lepas mungkin naik sikit sebab balik rumah. sempat main layang-layang lagi. mendadak la naiknya. balik Kuantan balik, jadi mendatar semula.

macam mana ni?

di kala mud kurang baik ni datang, bermacam-macam bermain di fikiran. mengenang nasib, mengelamun mengingatkan kejadian-kejadian lepas. dan kadang-kadang frasa 'kalaulah' dan 'kan lain bila jadi macam ni..' keluar meracun fikiran.

aduh..

"bilanya la nak ingat Tuhan?" pap! rasa seperti pipi ditampar. sakit..

masa ni la suara kecil main peranan.

"wahai Kamu, bangun! tenang-tenang aja deh. ini cabaran hidup. dulu cabaran lain. Kamu boleh handle. ini Tuhan kasi lain punya cabaran. Kamu sabar sajalah. dulu Kamu sudah rancang kan mau bikin apa? jadi ikut sajalah. tambah sabar lebih sikit. kerja lebih sikit. fokus banyak-banyak. jangan malas-malas. Kamu boleh. Dia kan ada. jangan lupa sama Dia."

entah macam mana Hati jadi tenang. pelan-pelan dia bangkit. "Kamu boleh! Kamu boleh! jangan lupa Dia!"

inilah penangan kuasa Hati dan Minda. mampu menipu diri sendiri daripada mud tidak baik kepada mud bagus yang amat. daripada sedih kepada gembira. daripada bermasam muka kepada tawa gembira. eh jap, ini namanya motivasi diri.

teringat dialog Amir Khan dalam 3 Idiots. lebih kurang macam ni kata beliau, "hati kita ni kecil dan pengecut. senang kena tipu. tapi bila difikirkan balik, hati yang kecil ni jugalah yang mampu mengubah diri kita daripada pengecut kepada berani. semuanya bergantung kepada apa yang kita fikir dan percaya. jadi, kalau takut, cakaplah 'Aal iz wel'."

ok, bahagian 'Aal iz wel' itu mengarut. tapi ada betulnya penjelasan beliau. semuanya bergantung pada apa yang kita fikir dan percaya. kuasa Iman kah?


*******


tadi sempat belek buku "Difficult Conversations" hasil kajian Douglas Stone, Bruce Patton dan Sheila Heen. siapa sangka dalam kepala kita ni ada orang kecil yang bercakap dengan kita. ala, yang suara kecil dan halus yang kadang-kadang bermain di fikiran tu.. kalau tak percaya, ada tak terfikir orang cakap macam ni: "orang kecil? ada ke?" atau "mengarutlah.." yup, itulah suara orang kecil. buku ni ada beri panduan macam mana nak handle suara kecil ni. sangat menarik. ini antara isi buku. tapi kalau nak tau pasal suara kecil tu, kena cari la bukunya. ;)





hm.. apapun, positif itu penting. bukan untuk menipu diri. tapi memotivasi diri. dan jangan lupa Tuhan. "ingat tu! jangan lupa Allah!" ;)


hm.. kuasa Iman kah? Ya Allah..


nota: saya suka entri ini dan ini. :)

6.10.10

Cemburu dan Rindu

Salam semua...

sejak raya yang lepas, tidak banyak entri yang dapat saya kongsikan. saya terlalu sibuk dengan Dunia dan asyik dengan pemerhatian eksperimen kehidupan. ditambah pula dengan wayerles yang acuh tak acuh je, maka tiadalah entri di laman ini buat seketika. (hehe..ayat pun skema sudah~)

minggu lepas minggu konvo. jadi ramai la senior-senior saya yang berkonvo. saya tumpang gembira. cemburu melihat mereka. tahniah buat akak-akak dan abang-abang yang sudah berkonvo. maka bermulalah bab baru dalam hidup kalian. semoga terus bersemangat ye!

Jumaat lepas saya berpeluang menghadiri kelas di kampus Gombak. dapat la jugak berangan jadi pelajar Gombak kejap. sempat masuk perpustakaan utama yang sangat besar dan canggih sampai buat saya teruja. haha.. dengan kafenya yang pelbagai, suasana kampus yang best dan sibuk di Gombak buat saya rindu dengan hidup macam tu.

ada banyak lagi perkara yang buat saya cemburu dan rindu. oh ya, saya cemburu dengan orang yang sangat bersungguh-sungguh. ini cemburu yang paling besar buat masa ni. dan saya sangat rindu akan rumah saya. ye, sangat yang amat. sebab Dunia, saya jadi macam ni. salahkan Dunia. huahua.. Ya Allah, ampun.. ~(_ _ )~


tak tau la kalian dapat kaitkan tak entri ni dengan tajuk entri.


nota: tajuk entri bunyi macam yuckie-yuck sikit.
nota.macam-macam: rasa macam mau terbang tapi tak boleh sebab kena ikat. (normal kah?)
nota serius: tahniah buat Kak Wani. moga kalian bahagia sampai ke syurga. ^_^