22.6.11

Monolog Bebas

Salam...



bagai belon udara di awanan
bebas bergerak ditiup angin
ada kala dikawal udaranya
tapi tetap masih bebas di awanan


*bayangkan..konon-konon di puncak Broga sambil melihat langit biru yang indah.. :P*

walaupun sudah habis degree tunggu nak konvo je, adakah bermakna saya sudah bebas?
bebas daripada apa?
belajar kah?
esaimen kah?
peperiksaan kah?
FYP kah?

bebas daripada tanggungjawab sebagai pelajar.. bebas kah?

walaupun umur sudah lebih 18, adakah bermakna saya sudah bebas?
bebas daripada kekangan ibu bapa?
bebas membeli minuman mabuk?
bebas ke kelab malam?
bebas ke mana-mana?
bebas daripada kekangan siapa-siapa?
(bagai budaya budak Barat pulak.. bukan sahaja budaya, tapi undang-undangnya membenarkan mereka bebas.)

adakah saya sudah bebas? bebaskah saya? *dahi berkerut penuh emosi*



belum la der..*sambil menepuk bahu lalu melihat semula langit biru dihiasi awan-awan halus*

walaupun kamu dah habis degree tinggal nak konvo je..walaupun umur kamu sudah lebih 18.. kamu masih seorang hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa. kamu masih seorang staf kepada Big Boss. kalau dulu kerja kamu di sekolah, hanya belajar semata-mata. belajar, buat latihan, kumpul kemahiran dan segala. kali ni, Big Boss nak kamu tukar suasana lak. *wink*


tukar suasana?? macam mana tu?? *ekspresi penuh tanda tanya*


tukar suasana la..asyik dok Kuantan je.. kali ni dok Gombak lak. tak pun gi tempat lain selain Kuantan tu. *sambil memetik lalu bermain dengan lalang Broga*


tapi..saya suka Kuantan..ada pantai..kawan pun ramai. tak macam Gombak. sesak. kereta banyak. nak tengok Bulan pun susah. duit belanja lak laju je keluar. *sambil membaling anak batu*


haish..bahaya tu. kamu dah masuk zon selesa. cuba la keluar daripada kepompong. nak jadi rama-rama tak?


nak..rama-rama cantik.. tapi..nak jadi rama-rama kena pandai terbang..sayap rama-rama halus, mudah koyak..macam mana nak jaga?


haa...itu yang kita belum tau. Big Boss kan penuh misteri. penuh dengan surprise-Nya yang tersendiri. sekarang ni, nak jadi rama-rama, kamu kena la bersedia. boleh? *ekspresi penuh meyakinkan*


baiklah. boleh insyaAllah.. *sambil senyum redha*




mau bebas? bukan sekarang. tapi nanti. di dunia lain. ok? ;)



redha.sabar.yakin.go with the flow.





nota Diri: everything's gonna be OK. trust me. ;)

2 comments:

Anonymous said...

Uncle Farid menyampaikan tahniah kerana dapat menghabiskan kuliah dan sekarang menunggu konvo saja.Renong renonglah kata kata ini Telah berakata setengah Ulamak akal itu satu latifah maka sekira kiranya berfikir dinamakan akal, maka daripada sekira kiranya hidup tubuh dengan dia dinamakan roh (nyawa) dan daripda sekira kira berkehendak dinamakan nafsu. Maka tiga ini satu zat tetapi bersalah salahan ibarat. Bersinarlah hendaknya nur kepada hati kita bagi menangkap kebersihan dan kesucian.

alifzaimimra said...

MAT JS:
Jazakallah, uncle Farid. :)
jadinya, akal-roh-nafsu --> satu zat, perlu diseimbangkan sebaiknya.. gitu? insyaAllah..moga Allah Bantu di sepanjang jalan. :)