11.6.08

Sendirian

Salam semua...


semalam hantar adik ke Nilai
pendaftaran untuk kemasukan pelajar baru

ahad ni hantar adik lagi sorang ke PJ
pendaftaran untuk semester baru

5 atau 6 Julai
balik ke Kuantan
cuti semester tamat

-----------------------------------------------------

rumahku...
ahli rumahku: 7 orang
Mama, Ayah, Kak Su, Along, Angah, Adik, Anad

Adik dah pergi Nilai..tinggal 6

Angah akan pergi PJ..tinggal 5

Along akan pergi Kuantan..tinggal 4

Mama dan Ayah kerja..tinggal 2

Anad pergi sekolah..tinggal 1

tinggal Kak Su sorang-sorang..
tapi tak lama lagi, Kak Su akan pulang

yang tinggal?
Mama, Ayah, Anad...
dan rumahku...

-----------------------------------------------------

Kak Su pernah tanya,
"orang sini pelik la. lepas sekolah, mak suruh pergi universiti. bukan suruh tinggal rumah jaga mak. lepas pergi universiti, keje lepas tu kahwin. lepas tu tinggal mak sorang-sorang."

macam mana tu?

-----------------------------------------------------

yang pasti,
ku tidak mahu tinggalkan mereka sendirian.
dan ku tidak mahu ditinggalkan bersendirian kelak.
moga kita semua tidak meninggalkan mereka sendirian.
moga kita semua tidak ditinggalkan bersendirian kelak.
moga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah yang membalas jasa kedua ibu bapa kita.


"Ya ALLAH, Ya Tuhan kami. ampunilah segala dosa-dosa kami dan segala dosa-dosa kedua ibu bapa kami. Peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara kami sedari kecil lagi."

aameen ya robbal 'aalameen...

7 comments:

Master J said...

hehe..entry mcm ada similarity dgn mine jer sket2..hehe..=p

alif zai mim ra said...

owh..bkn tiru ye MJ..kebetulan..

pasni mmg dh jarang balik umah..rindunyerr...:((

nuar said...

emm.. tu asam garam dunia. atau pun boleh kite kata trend hari ni ?

kadang2 ni hati ibu mane la kite tau sangat. Luar tak tunjuk tapi dalam tunjuk. ;)

NMZ said...

Betullah. Kadang ibu salu cakap, bile blajar susah nak balik sebab sibuk, bile cuti banyak program pulak, so bile nak duk rumahnya?

Maka sejak itu memang kurangkan terus program2 dan banyak masa di rumah, kuar berjalan pun tak. Huu..

Papepun, show to them nape kite ke sana ke mari, let them know and understand :)

dammit said...

nice entry,mcm jaz jgak.btw,AMIN~

::Amin Mansor:: said...

bersabar ye hawa..

epah said...

Itulah namanya Kehidupan...