Salam semua...
apa khabar semua? harap semua sihat sejahtera. maaf semua sebab lambat update. banyak sangat perkara yang nak dikongsikan sampai tak tau nak tulis yang mana dulu. cewah..iye la tu.. hari ni dah masuk hari ke-13 cuti semester. tinggal lagi 27 hari cuti. ngeh3...
dalam tempoh 13 hari tu, macam-macam dah berlaku. nak tau, teruskanlah membaca ek.
Tamrin Ruhiyyah wa Marohil (12-13 November 2008)
tamrin pertama kat Kuantan yang Empunya Laman pergi. sekejap je tamrin ni - mula Rabu petang sampai Khamis petang, tapi pengisian dia..Alhamdulillah, terisi jiwa dan rohani. dah lama sangat tak pergi program macam ni, so bila pergi, rasa macam baru terjaga dari tidur.
hari pertama program, baca ma'thurat kubro, tadarus surah at-Taubah, dan sempat la berusrah dengan senior. banyak pengisian rohani. masa ni la terasa diri ni laparkan makanan rohani. huhu..
hari kedua program, kalau semalam dah makan makanan rohani, hari ni makan roti pisang kat kedai Pak Lah(bukan PM kita ye). betul kata MJ, roti canai Pak Lah sedap..hehe.. tapi segan sikit sebab ramai pelanggan lelaki kat sini. huhu... lepas makan, kami ber'marohil' ke seluruh bandar Indera Mahkota. berbekalkan kereta dan ilmu geografi Kuantan, kami ke lokasi-lokasi yang diarahkan untuk berjumpa dengan masyarakat semata-mata untuk bertanyakan tentang ikhlas. ikhlas? ha ah.. gilo ko apo? tak..kami tak gilo. tapi tu la hakikatnya. macam-macam tempat kami pergi termasuklah gerai makan, sekolah, dan balai bomba. sempat la tengok jentera bomba keluaran terbaru. eheh..
di hujung tamrin, kami berdiskusi untuk mencari resolusi. secara ringkasnya, berdasarkan jawapan yang kami terima, kebanyakan masyarakat Indera Mahkota mendefinisikan ikhlas itu sebagai membuat sesuatu perkara tanpa mengharapkan ganjaran dan tidak mengungkit. berbeza dengan maksud ikhlas dalam konteks Islam. di mana ikhlas itu ialah membuat sesuatu semata-mata kerana Allah tanpa mengharapkan apa-apa balasan. bukan kerana mahukan syurga mahupun kerana takutkan neraka. hmm...
sebelum pulang, kami diberi amanah untuk teruskan bertamrin sepanjang cuti 5 minggu ni. amanahnya: baca ma'thurat kubro setiap jumaat, qiyamullail sekali seminggu, dan dirikan sekurang-kurangnya sekali solat sunat tasbih. Allahu Akbar!
Usrah
lepas tamrin, apa lagi, balik ke KL la. rancangan asal nak balik terus ke rumah tapi sebab sampai KL malam, singgah bermalam kat Gombak jap. sempat ikut usrah sekali lagi. banyak info dan isu semasa yang dibincangkan. masa ni juga la, terbuka mata melihat realiti dunia - dapat tau macam-macam kisah. kisah Melayu di Pulau Pinang kini jadi minoriti la, kisah pengkid la, kisah yoga la.. telinga ni hanya mampu untuk mendengar. nak kongsi pun tak mampu. penat kepala ni dok mikir. walhal penat tamrin pun belum hilang lagi. ye la, sebulan terperap kat bilik konon-konon stadi untuk final, tak tengok tv, tak baca surat khabar. bila usrah je, bertubi-tubi info baru masuk macam peluru. terkelu lidah nak berkata. huhu...
keesokan harinya, jumpa Kak Dyll dan geng Sri Lanka. rindu sangat nak jumpa Kak Dyll tapi hari tu pun jumpa kejap je. jadi la, kan. diorang sekarang sudah berada di Sri Lanka dalam satu misi dakwah. tolong orang Melayu dan orang Islam kat sana. kalian boleh baca dengan lebih lanjut tentang jurnal misi mereka di laman ni.
oklah, selesai Laporan Cuti Semester: Bahagian 1. harap kema puas hati. hee..
4 comments:
aktif ok azmar ni... kagum!
tajuk entry tak bleh blaaa tau~ :P
hoho...siap countdown brapa lama lagi cuti. :D
kpd szakif: takda apapun yang perlu dikagumkan. huhu...
erm..gempak tak tajuk entri tu? maklum la..terjangkit penyakit STBB. hehehe...
kpd As: mesti la ada countdown. bukan senang nak dapat cuti 5 minggu. tak tengok Liyana (http://saraliyana.blogspot.com) punya blog lagi. 1 hari 1 entri. hehehe..
Post a Comment