28.11.08

Kisah Raya..

salam semua...

saja nak kongsi cerita raya. nak lepas tension jap. kebetulan teringat satu kisah di hari raya lepas. Empunya Laman pernah cerita yang Empunya Laman beraya di Perak tahun ni. tak caya, baca sini.

sebenarnya dah dua tahun, kami tak beraya di Perak. tahun ni baru berkesempatan nak turun utara. tahun-tahun lepas tak sempat sebab adik ambil SPM. maklum la, bila dah lama tak balik, keadaan kat kampung pun macam dah lain. orang kampung pun dah lain. yang budak dah jadi besar, makcik pakcik dah jadi atok.

bila jumpa je saudara mara, ayat ni yang biasa kami dengar,
"hangpa dah besaq dah.." (kamu semua dah besar dah..) ;
"la ni hang buat pa?" (sekarang ni buat apa?) ;
"keja dah ka?" (sudah kerja ke?)

dan ayat yang paling menginsafkan,
"hangpa belajaq la rajin-rajin no!" (kamu semua belajar rajin-rajin ye!).

"baik, makcik. kami usaha buat yang terbaik. doakan kami ye.." balas Empunya Laman.

OK jap, melalut lak.

dipendekkan cerita, pada hari raya kedua, kami pergi beraya ke rumah kakak sebapa Ayah.(Nota: Ayah tak pernah panggil kakak tiri.) kami panggil Mak Mah. masa kecik dulu, Mak Mah ni selalu bawa motor merah pergi rumah Tok. kalau pergi rumah Mak Mah pula, selalu jumpa Pak Cik duduk berayun kat bawah rumah. sekarang ni, Mak Mah dah tak larat dah. mata pun dah kabur sebelah. Pak Cik pun dah tak larat dah. masa jumpa, Pak Cik tengah baring. bila kami datang, Pak Cik bangun duduk atas skateboard. rupanya masa Pak Cik baring, Pak Cik baring atas skateboard tu. "Allahu Akbar, masih kuat lagi Pak Cik ni!", kata hati. tengok keadaan rumah yang sederhana ditambah pula dengan keadaan Pak Cik yang daif, Empunya Laman tahan hati daripada sebak. masuk wad pun mata boleh berair, lagikan nak tengok keadaan Pak Cik. tapi Empunya Laman cuba tahan juga.

Mak Mah pelawa minum. Ayah kata tak payah susah-susah. Ayah pun bersembang la dengan Mak Mah dengan Pak Cik. Pak Cik cakap kurang jelas. gigi dah takda. Empunya Laman cuba nak faham cakap Pak Cik tapi tak dapat. Pak Cik pun tak banyak cakap. tak larat. bila bercakap sikit, Pak Cik tercungap-cungap ambil nafas. kita tengok rasa terseksa ni kan pula Pak Cik sendiri. tengah rancak bersembang, tiba-tiba Pak Cik cakap sesuatu berulang-ulang kali. kebetulan ada saudara lain yang datang beraya cakap kat Pak Cik, "takpa, umoq panjang lagi," sambil gosok belakang badan Pak Cik.

mula-mula Empunya Laman tak faham. tengok angah sebab nak tanya dia Pak Cik kata apa. nampak mata angah berair. Empunya Laman tanya lagi. tiba-tiba, angah menangis! tak puas hati juga, Empunya Laman tanya lagi, angah cakap Pak Cik kata Pak Cik redha, dah bersedia. Empunya Laman pun apa lagi, tumpang berair mata. sebak..



3 minggu lepas raya, Ayah dapat call. Pak Cik dah selamat ke Rahmatullah. innalillah...



tak sangka raya tahun ni mengharukan. dah la tahun lepas pun macam tu.

bila teringat kat Pak Cik, umur makin meningkat, mesti banyak perkara Pak Cik dah buat semasa hidup. Ayah kata, Pak Cik rajin solat dan mengaji. Mak Mah pun sama.

nak banding dengan diri ni, umur muda lagi, rasa macam banyak benda nak buat. as-Syahid Hasan al-Banna pernah berpesan,"tanggungjawab lebih banyak daripada masa yang ada." nak pergi sana la, nak pergi sini la. nak buat itu la, nak buat ini la. semua nak buat tapi last-last tak buat apa-apa pun. banyak masa disia-siakan. huha sana, huha sini..

andai kita tahu bila kita mati. tapi kita tak tahu. tapi tu la hikmah Allah nak beri. suruh kita bersedia. hidup ni pendek je. jarak antara dua jari je...



erm..kalian dah bersedia?



nota kaki: cerita penuh pasal Pak Cik boleh dibaca di sini. Moga roh Pak Cik ditempatkan bersama orang-orang soleh. al-Fatihah...

2 comments:

As said...

hawa pernah bg link nih kat as dulu..

perjalanan beliau sbg pengajaran kehidupan..

terima kasih atas perkongsian!

:D

alifzaimimra said...

kpd As: moga sama-sama dapat pengajaran. :')