20.11.08

Siapa Aku? Siapa Kamu?

salam...


"Bersahabat dengan ahli 'ibadah kadang-kadang membuatkan diriku terasa hina.
Bersahabat dengan ahli maksiat kadang-kadang membuatkan diriku menjadi hina.
Namun, jika aku menjauhi ahli 'ibadah, maka jauhlah aku dari da'wahnya.
Dan jika aku menjauhi ahli maksiat, maka jauhlah aku untuk berda'wah kepadanya.
Kerana itu, aku perlu sentiasa menjadi hamba yang hina dihadapan-Nya."


Jap, aku berkawan dengan orang yang baik sebab aku mahukan da'wah mereka..? tapi jarang-jarang aku mengamalkan apa yang disampaikan.

Aku berkawan jugak dengan golongan yang lagi satu ni. Bersuka-suka, berjoli, dan berfoya. kalau boleh, memang nak diorang jadi macam kawan-kawan yang baik ni..tapi kadang-kadang aku rasa tak layak nak bagi nasihat kat diorang sebab kadang-kadang aku ni yang dinasihatkan.


tamakkah aku?


Aku ni pentingkan diri sendiri ke?

4 comments:

As said...

timbang2 lah semula tnya diri tanya iman, mintak petunjuk Dia :)

tak salah kawan dengan semua, dan berusaha setakat yang mampu untuk dakwah orang laen dan usaha sehabis boleh untuk jadi yang baik. Jangan sekaligus, tapi slow2 dan istiqamah

:D

take care

Anonymous said...

kita perlu berkawan dengn kedu2 dua golongn ini untuk kelangsungan dakwah itu..kalau tak kita siapa lagi nk hmpiri merek

akuYANGtipikal said...

tak tamak la,
sebab kite kene jugak keluar dari satu kelompok kawan je kan?

ambil yang jernih buang yang keruh~

and if nak tegur pun ade cara yg berhemah kan?

alifzaimimra said...

kpd As: slow2 dan istiqamah. baik! ;)

kpd aljuhr: betul3...

kpd gadisTIPIKAL: tegur cara yang berhemah tu macam mana ye? hmm...