28.4.10

Kerja

salam semua...

Hari ni saya diberi peluang untuk memandu ke hospital. Selalunya Ayah yang hantar tapi sebab hari ni Ayah kerja luar, tak guna kereta. Bukan manja ye, tapi sebab takde kereta. Perjalanan ke hospital, 15 minit - kalau jalan tak sesak dan tempat letak kereta tak penuh.

Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat sampai. :)

Balik rumah tadi, jumpa Ayah.

Ayah: Macam mana hari ni? OK? Ada rasa macam orang bekerja tak?
Saya: em..ada la jugak. (sambil senyum menahan-diri-daripada-gelak sorang-sorang)

Ayah: Bagus. OK. Esok Ayah hantar lagi. hehe..
Saya: hehe.. OK.. cuma tadi masa nak letak kereta tadi tak sedar terlebih bajet jadi terlanggar tembok jalan. eheh.. (^_^")

Ayah: Itu terlebih optimis tu. Mujur tak jadi apa-apa. Lepas ni hati-hati lagi. Tenang sangat pun tak boleh gak.
Saya: Baik. ehehe..



*everything seems to be perfect until I terlanggar itu tembok..apa punya budak..bikin diri gelak sorang-sorang*



eheh.. ^_^"




nota kaki: Dunia, apa khabar kamu?

24.4.10

Optimis

Salam semua..

Alhamdulillah, habis sudah minggu pertama praktikal. Hari ni masuk seksyen stul (eja: stool). Seksyen yang nak tak nak kena buat dalam kebuk wasap. Secara teknikalnya, ada 3 ujian stul: full examination/microscope examination, ujian occult blood, dan culture and sensitivity. Selalunya seksyen stul tak terima banyak spesimen macam seksyen pus swab yang saya pergi semalam. Jadi, hari ni kira lapang sikit la. Sempat la kongsi pengalaman dengan staf sana.

*******

Pagi tadi semasa sarapan, sempat berbual dengan Ayah.

Ayah: Macam mana hari ni? Dah ready?
Saya: InsyaAllah sudah. (menjawab dengan muka yakinnya walhal hati sedaya-upaya menahan gemuruh)

Ayah: Aik, pakai baju semalam ke? (soalan yang sama juga telah diajukan pada hari semalamnya)
Saya: Mana ada.. Hari ni baju lain. Tudung je sama. (jawab dengan ekspresi muka serius-lagi-bersungguh-saya-cakap-betul-mana-ada-tipu. huhu)

Ayah: Kenapa pakai tudung sama?
Saya: Em..saja.. (sambil mencicah roti ke dalam air milo)

Ayah: Saja? Kalau orang tanya, kita jawab "sebab tudung cantik", "sebab saya suka tudung ni".. Mana boleh jawab "saja". Kita bila nak jawab, kena yakin dan optimis. Setiap perkara mesti ada sebab. Tak boleh saja-saja. Ni sikit-sikit "entah", "tak tau". Kita kena optimis dengan diri sendiri. Bersangka baik dengan diri sendiri baru ada yakin tu.
Saya: owh..ok. em..tak nak membazir. (dalam hati, "adeh..-_-")

Ayah: Membazir tu untuk jual beli atau penggunaan sesuatu perkara secara berlebihan. Masa zaman Rasulullah dulu, sahabat Nabi ambil air sembahyang sampai mencurah-curah airnya. Nabi pesan, "jangan membazir." Sahabat Nabi bertanya, "apakah dalam mengambil air sembahyang pun boleh berlaku pembaziran?" Nabi pun menjawab,"iya, walaupun ketika mengambilnya di dalam air yang sedang mengalir." (contoh: air sungai)

*membazir yang saya maksudkan ialah tidak mahu membazir tenaga untuk menggosok tudung baru*

Saya: Owh.. habis tu nak jawab apa? Lagipun pakai tudung ni sebab rasa padan dengan baju ni. Rasanya bersih lagi..baru je pakai semalam tudung ni..

Ayah: Tak padan la Ayah tengok.
Saya: Padan la.. biru dengan biru. Padan la. (sambil tengok baju dengan tudung)

Ayah: Ha! Jawapan macam tu ok. Bunyi yakin dan optimistik sikit.
Saya: (eheh..)

Ayah: Zaman Rasulullah dulu, ada seorang sahabat Nabi yang suka baca Surah al-Ikhlas dan Surah al-Kaafiruun. Ramai yang datang mengadu kepada Nabi sebab sahabat sorang ni asyik baca surah yang sama. Raka'at pertama baca Surah al-Ikhlas. Raka'at kedua pun baca surah yang sama. Lalu Rasulullah pergi berjumpa sahabat ni dan bertanya, "wahai sahabat, kenapa kau selalu membaca surah-surah yang sama?" Sahabat lalu menjawab, "sebab aku sangat sangat suka dengan kedua-dua surah itu, ya Rasulullah. Kalau boleh, aku mahu terus membaca surah-surah itu." Lalu Rasulullah berkata, "sebab sangat suka itulah kau masuk syurga."
Saya: (tak terkata pabila mendengar jawapan Rasulullah. rasa bergenang sekejap air mata..tak tahu sebab apa..huhu)

Ayah: Jadi, kalau orang tanya kita kena kena jawab dengan yakin dan optimis. OK, sampai di sini dulu tazkirah Jumaat. hehe
Saya: Baik!





Kesimpulannya, apa-apa yang kita buat, fikir dulu betul atau tak dan buatlah dengan yakin dan optimis. Tak kisah lah orang tak suka ke apa kan.



:)

22.4.10

Naik dan Turun

Salam...

Hidup ini bermacam ragam. Graf kehidupan kadang naik, kadang pula turun.
Ada suka, ada duka.

Video untuk kalian. Hayati liriknya.




Ketahuilah, setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya.

Maka, bertabahlah dan bersyukurlah.



:)

20.4.10

Praktikal

salam...


alhamdulillah..
selesai Hari pertama praktikal.

:)

esok, kita ke makmal mikrob pulak.
jumpa spesimen nanah, urin, dan stul.

jumpa ini juga mungkin..

Gambar hiasan: plat darah uji mikrob


;)

"Belajarlah rajin-rajin ye."
- staf makmal biokimia

:)


moga diri dapat menempuhi hari esok dan hari2 akan datang dengan penuh semangat! Yosh!


v(n_n)v

18.4.10

Babies are meant to be loved and cared. and not to be dumped. thank you.

Salam...


bayangkan..
andai kamu seorang budak..
kamu dipijak..
kamu disepak..
kamu ditampar..
kamu dipukul..
kamu diterajang..
kamu dihentak..

sakit tak?



bayangkan pula..

andai kamu seorang bayi,
yang sangat comel lagi tembam,
yang buat orang geram melihat sampai mahu aja dicubit pipi yang gebu itu..

ditinggalkan keseorangan di depan pintu rumah orang..
dibiarkan menangis di atas tangga masjid..
diletakkan di dalam kotak kosong..
dibungkus di dalam beg plastik hitam..

bayangkan..
dalam keseorangan..
kamu dibiar kesejukan..
lalu digigit semut..
dimamah pula anjing yang kelaparan akan tangan kamu yang gemuk itu..

takpun..
kamu dibakar..


apa perasaan kamu?


sedih?


kamu tahu ke sedih?


kamu kan masih bayi. belum kenal Dunia. :)



Gambar hiasan: ini Riz Naufal, anak buah saya. :)

comel kan dia?


saya tahu. :)



*******




adik, ketahuilah bahawa persetubuhan di luar nikah itu adalah salah. Tuhan kita Yang Satu itu sudah berpesan, "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (surah al-Isra', ayat 32)

ketahuilah bahawa zina itu bukan sahaja persetubuhan di luar nikah. hubungan intim di luar nikah juga sebahagian daripada zina.

wahai kawan-kawan, berhentilah mengeji, mengata dan menyampah dengan mereka yang terlibat. apa kamu tau situasi sebenar mereka sampai mereka layak dikeji? layakkah mereka dikeji? layakkah kamu untuk mengeji?

berhentilah mengeji, mari kita cari solusi.


boleh, kan?





:)


luahan hati hasil respon kepada 'Persidangan Meja Bulat: Isu Pembuangan Bayi' anjuran Majlis HEWI PKPIM.

14.4.10

Tolong Pulangkan..boleh?

Salam...

kempen 1B1A untuk bulan April: Kembalikan ke tempat asal.



rasanya semua dapat faham kot maksud hadith di atas.

Jadi, jangan jadi zalim ye.



:)

12.4.10

Adaptasi dan Konsistensi

Salam...

Sesungguhnya adaptasi yakni penyesuaian diri di sesuatu tempat yang asing memerlukan satu tempoh, di mana tempoh itu bergantung kepada kebolehan diri itu sendiri.

dan proses penyesuaian diri memerlukan satu rutin yang diamalkan secara berterusan supaya diri cepat terbiasa dengan persekitaran yang asing.


dan..


Sesungguhnya konsistensi yakni istiqamah memerlukan semangat, kekuatan, dan kesungguhan yang berterusan.


...


Tolong~





nota kaki: dia rindu sama Kuantan. mau lihat Bulan dan Bintang. dia juga rindu sama rumah lamanya... tolong~ T_T

10.4.10

Pasca Program di MGS

Salam...

Khamis lepas saya sempat ikut jadi fasi untuk program kepimpinan di MGS Kuantan. Masa yang diperuntukkan bersama adik-adik yang akan ditauliahkan sebagai pengawas sekolah, ketua kelas, penolong ketua kelas, pengawas pusat sumber, dan pengawas alam sekitar hanya sejam.

Bersama saya ada 12 orang adik-adik: Kong Hui Yee, Amyra, Fatima, Adriana, Aalia, Hanis, Syaza, Aimi, Erdini, Ayna, Athirah, dan Anisah.

Dalam sejam, kami berta'aruf (bersuai kenal) dan pecahkan ais (ice-breaking). Tapi melihatkan raut wajah masing-masing, ais masih belum mau pecah. Mind-setting tak setel lagi.. -_-"

Takpelah. Kita main lukis-lukis pulak.

Dah puas melukis, adik-adik OK sikit. Sudah rajin bertanya dan bercakap. ~Lega..

Di akhir program, hanya kata-kata ini yang mampu diberi,

Gapailah cita-citamu setinggi bintang di langit,
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Semoga adik-adik menjadi pemimpin yang amanah, berani, dan bertanggungjawab di masa akan datang.


:)


Terima kasih, ya ukhti atas kata-kata yang sangat bermakna itu. :)





nota kaki: tadaima~ v(n_n)v
nota kaki 2: dia mau kumpul semangat untuk hari yang mendatang. tolong doakan dia ye. :)

6.4.10

Jom berlarian~

Salam semua...

serasa mau aja berlari lalu terbang di awangan selepas selesai menjawab exam toksiko tadi.

wee~~~~

walaupun segala isi-isi esei tu agak lopong dan tidak lengkap, ditabahkan juga hati untuk tampal lopongan-lopongan tu dengan isi-isi yang berkaitan dengan soalan esei.

Dr. Lim cakap, "kalau tak tau jawab, jawab je apa-apa yang berkaitan. nanti I tolong bagi markah." berbunga-bunga Hati melompat keriangan sambil menjerit "Sayang doktor!"

Habis dicurahkan segala isi toksiko yang ada di kepala. dah kering isi, diperah-perah sampai tiada lagi titisan isi yang tinggal.

habis menjawab, baca doa sikit lalu keluar dewan.

puas~ ^_^


wee~


Yang seronoknya:
- tamat sudah tahun Tigaku di sini. [~(^_^)~]
- lepas ni cuti seminggu.. boleh main dengan Haziq, buli Asnad, kacau Aiman, geletek Haris... [oh bahagia~ ^_^]


Yang 'boleh tahan' seronoknya:
- ada praktikal 3 bulan.. [suasana baru..insyaAllah ok. doakan ye..]
- jumpa orang yang macam-macam.. [persiapkan Niat, Iman, Hati, dan mindset]
- bakal menghadap surat khabar... [nak tak nak, isu semasa ke update jugak]
- persediaan untuk Projek Tahun Akhir (FYP) [semangat FYP kena maintain.. hee~]
- kerja-kerja yang tak pernah selesai

O_O




kesimpulannya, nak hepi, biarlah bersederhana.. hepi sedang-sedang. yang penting, senyum selalu. teruskan mengingat Dia. :)

ok, dah puas berlari. hee~




nota kaki: sahabat karibnya bertanya, "apakah aku mampu beramal di luar sepertimana beramalnya aku di sini?" ...

5.4.10

Selamat Ulangtahun

Salam...

hari ni hari ulangtahun perkahwinan Mama & Ayah.

Happy Anniversary, Mama & Ayah!
insya-Allah kita jumpa hujung minggu ni.


Luv,
anakmu.



:)

3.4.10

Pengalaman itu Guru Kehidupan

Salam...

Yup, pengalaman itu guru kehidupan.
tapi ada juga yang sebut universiti kehidupan.
mana-mana pun boleh.

kalau dalam ilmu sains,
teori tanpa ada kajian atau penemuan,
hanya sekadar teori dan tidak boleh dijadikan fakta.
itu sebab ada sesi praktikal.

kalau dalam ilmu memasak,
belajar melalui buku memasak saja,
tak cukup untuk buktikan masakan tu sedap.
contoh kalau nak buat piza.
kena uli tepung,
kena tau tepung tu tepung apa,
buat sos tomato,
potong sayur dan bahan2 toping,
letak keju,
kemudian bakar,
dan seterusnya rasa
dan makan..
baru tau piza tu sedap ke tak.
(saja bagi contoh piza..eheh)

jadi,
kena alami sendiri peristiwa tu,
baru merasa makna hidup.

melalui pengalaman jugak,
kita belajar untuk memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.
untuk siapa lagi kita nak jadi baik kalau bukan untuk Yang Maha Mencipta dan untuk diri kita sendiri.
betul tak?

jadi belajarlah melalui pengalaman.
setiap perkara yang berlaku ada sebabnya.
fikirkan.

jangan serik untuk teruskan hidup.

aja-aja fighting! v(n_n)v





nota kaki: baru sekarang dia faham kenapa senior selalu suruh belajar rajin-rajin. sebab apa yang kita belajar tu berguna untuk masa akan datang. ehehe