24.4.10

Optimis

Salam semua..

Alhamdulillah, habis sudah minggu pertama praktikal. Hari ni masuk seksyen stul (eja: stool). Seksyen yang nak tak nak kena buat dalam kebuk wasap. Secara teknikalnya, ada 3 ujian stul: full examination/microscope examination, ujian occult blood, dan culture and sensitivity. Selalunya seksyen stul tak terima banyak spesimen macam seksyen pus swab yang saya pergi semalam. Jadi, hari ni kira lapang sikit la. Sempat la kongsi pengalaman dengan staf sana.

*******

Pagi tadi semasa sarapan, sempat berbual dengan Ayah.

Ayah: Macam mana hari ni? Dah ready?
Saya: InsyaAllah sudah. (menjawab dengan muka yakinnya walhal hati sedaya-upaya menahan gemuruh)

Ayah: Aik, pakai baju semalam ke? (soalan yang sama juga telah diajukan pada hari semalamnya)
Saya: Mana ada.. Hari ni baju lain. Tudung je sama. (jawab dengan ekspresi muka serius-lagi-bersungguh-saya-cakap-betul-mana-ada-tipu. huhu)

Ayah: Kenapa pakai tudung sama?
Saya: Em..saja.. (sambil mencicah roti ke dalam air milo)

Ayah: Saja? Kalau orang tanya, kita jawab "sebab tudung cantik", "sebab saya suka tudung ni".. Mana boleh jawab "saja". Kita bila nak jawab, kena yakin dan optimis. Setiap perkara mesti ada sebab. Tak boleh saja-saja. Ni sikit-sikit "entah", "tak tau". Kita kena optimis dengan diri sendiri. Bersangka baik dengan diri sendiri baru ada yakin tu.
Saya: owh..ok. em..tak nak membazir. (dalam hati, "adeh..-_-")

Ayah: Membazir tu untuk jual beli atau penggunaan sesuatu perkara secara berlebihan. Masa zaman Rasulullah dulu, sahabat Nabi ambil air sembahyang sampai mencurah-curah airnya. Nabi pesan, "jangan membazir." Sahabat Nabi bertanya, "apakah dalam mengambil air sembahyang pun boleh berlaku pembaziran?" Nabi pun menjawab,"iya, walaupun ketika mengambilnya di dalam air yang sedang mengalir." (contoh: air sungai)

*membazir yang saya maksudkan ialah tidak mahu membazir tenaga untuk menggosok tudung baru*

Saya: Owh.. habis tu nak jawab apa? Lagipun pakai tudung ni sebab rasa padan dengan baju ni. Rasanya bersih lagi..baru je pakai semalam tudung ni..

Ayah: Tak padan la Ayah tengok.
Saya: Padan la.. biru dengan biru. Padan la. (sambil tengok baju dengan tudung)

Ayah: Ha! Jawapan macam tu ok. Bunyi yakin dan optimistik sikit.
Saya: (eheh..)

Ayah: Zaman Rasulullah dulu, ada seorang sahabat Nabi yang suka baca Surah al-Ikhlas dan Surah al-Kaafiruun. Ramai yang datang mengadu kepada Nabi sebab sahabat sorang ni asyik baca surah yang sama. Raka'at pertama baca Surah al-Ikhlas. Raka'at kedua pun baca surah yang sama. Lalu Rasulullah pergi berjumpa sahabat ni dan bertanya, "wahai sahabat, kenapa kau selalu membaca surah-surah yang sama?" Sahabat lalu menjawab, "sebab aku sangat sangat suka dengan kedua-dua surah itu, ya Rasulullah. Kalau boleh, aku mahu terus membaca surah-surah itu." Lalu Rasulullah berkata, "sebab sangat suka itulah kau masuk syurga."
Saya: (tak terkata pabila mendengar jawapan Rasulullah. rasa bergenang sekejap air mata..tak tahu sebab apa..huhu)

Ayah: Jadi, kalau orang tanya kita kena kena jawab dengan yakin dan optimis. OK, sampai di sini dulu tazkirah Jumaat. hehe
Saya: Baik!





Kesimpulannya, apa-apa yang kita buat, fikir dulu betul atau tak dan buatlah dengan yakin dan optimis. Tak kisah lah orang tak suka ke apa kan.



:)

3 comments:

wie said...

ayah hawa so kiut.. XD

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
alifzaimimra said...

widad:
tengok la anaknya.. :P