19.11.10

Korban Makan

Salam semua...

Kelmarin, makan macam-macam. makan berasak (pulut orang bugis) untuk sarapan. tengahari pulun daging korban dengan air asam. malamnya santap laksa johor.

Semalam, sebab banyak sangat daging korban (yang dimakan tengahari kelmarin), kami perangat je daging-daging tu untuk dimakan.

Hari ni, kata Kak Su mau bikin lasagna. tukar menu sebab asyik daging ja. tapi lasagna pun ada daging.. macam mana tu..?

Macam-macam. hehe

Oh ya, hari ni hari terakhir hari Tasyrik. boleh klik pautan ni untuk info hari Tasyrik. (pautan ni je yang senang faham..eheh)

hari ni hari terakhir hari Tasyrik. hari terakhir dengar takbir raya korban. hayati baik-baik takbir raya tu. ye Diri, kamu pun hayati baik-baik!


nota: terus doakan saya ya. ;)
maklumat tambahan: Hari Tasyrik ialah pada 11-13 Zulhijjah. manakala Hari Raya Korban ialah pada 10 Zulhijjah.

4 comments:

~~DucKneSs~~ said...

oih oih..bugiskah?hahhaha..sama la kita..selamat hari raya..

alifzaimimra said...

duckness:
bugis tu jiran saya.. ehehe.. takpa..takpa.. 1 Malaysia. ;)

~~DucKneSs~~ said...

owh..baeklah..1malaysia.. ^___^

alifzaimimra said...

duckness:
^_^