11.1.11

Usrah dan Ukhuwwah

Salam semua..


Usrah.
Di sini,
saya kenal erti keluarga
saya kenal erti hidup
saya kenal Dia.

Ukhuwwah.
Bersama mereka,
saya kenal erti persahabatan
saya kenal erti pengorbanan
saya kenal erti kasih dan sayang.

Hidup.
Punya erti
dengan sifat hamba
dengan sifat ketua.
Adanya syukur dan redha,
ada tanggungjawab
untuk diri sendiri
dan terhadap orang lain
dan juga persekitaran.

Tanpa usrah dan ukhuwwah,
saya tidak jadi seperti saya sekarang.


Terima kasih, Allah. Alhamdulillah.


:)

10.1.11

Hujan

Salam semua.


Bumi Kuantan asyik hujan je sekarang ni. Pernah tu, 3 hari berturut-turut hujan turun tak henti-henti. Sekarang ni pun tengah hujan. Lebat la jugak. Cuma takda guruh petir. Boleh la main hujan kadang-kadang.

Dulu, saya suka hujan turun. Waktu ni dikatakan antara waktu doa dimakbulkan. Jadi bila hujan turun, doa banyak-banyak. Sekarang ni, rasa bahagia kalau hari tak hujan. Langit biru je. tak kisah la panas macam mana pun. Nak jemur baju pun cepat kering.
Tengok hujan turun, bikin Hati muram je, tapi nak nangis tak boleh..oh kalazion..

***

Mulai minggu ni, selepas 12 tahun, saya takda peluang nak makan spageti banyak-banyak kat rumah. Peluang untuk ter-naik berat badan dalam masa 2 hari pun tipis. Takda rasa homesick selalu. Takda dah kena bebel-bebel, merajuk main-main, merungut macam-macam.
Hari-hari pujuk Hati, "mungkin ini yang terbaik. Takmo sedih sangat, nanti-nanti boleh jumpa, insyaAllah." Sabar dan redha.

Saya harap adik-adik saya pun tabah. Terutama yang kecik tu.

Entri ni agak emo sikit. Sikit je. tak boleh lebih-lebih. Saya kan dah besar. Dah janji takmo hemo-hemo. Cumanya, kalau saya terlebih emo, harap kalian faham la ek.

5.1.11

Senarai Mesti-Buat untuk Jan-Mei 2011

Salam semua..

jom buat checklist jom! miss duckness yang suruh buat. hehe

1) mau FYP berhasil dengan jayanya.
2) mau habiskan 1 kodak (36 klik) untuk sem terakhir saya. (kalau sempat..hehe)
3) (saya hanya mau fyp berhasil dengan jayanya setakat ni.. boleh tak?)
4) mau sayang keluarga saya lebih daripada tahun-tahun lepas.
5) mau istiqamah datang usrah, jika berkesempatan.
6) (takmo bagitau yang lain sebab nak tunggu siap FYP. boleh?)


cik duckness... ok tak ni? ehehehe





nota: sekarang kalian sudah boleh 'like' entri kat sini. *wink2*

duatiga

Salam...



There is a light at the end of the tunnel.
-Along

Selamat pendek umur, semoga panjang amal.
-dik Wan



:)

nota: terima kasih tukang edit

1.1.11

Welcome 1432 and 2011

Salam...


"Sometimes, the moment u thought u'll lose something can be one of the best moment in your life. It's because He knows what's best for you. He gives you things you need, not things you want." 


Alhamdulillah, thank You, Allah for everything. 

May this year is better than yesteryear. :) 

and Ya Allah, please guide me. 

Aameen..

21.12.10

Pitch Blue

Salam semua...


Langit..
kadang biru
kadang kelabu.

Hati..
boleh jadi seperti Langit.

Pelangi..
keluar bila hujan turun di panas hari.

Langit jarang punya pelangi
Hati pula.. bila-bila boleh punya pelangi.

Pelangi di Hati..
keluar bila bahagia menjelang.
bahagia yang boleh ada tika sedih, gembira
suka dan duka.
bagai ada satu kuasa magis.


*ting*
(sumber inspirasi: cuaca Kuantan)





mau Pelangi? jangan lupa baca doa ye. moga setiap langkah dipandu-Nya. ;)




nota: dah lama tak bersajak. adakah.. harapnya tidak. oh Pelangi~ lalala~

16.12.10

Saya bukan Doraemon. Awak pun bukan.

salam..

Tip:

1) Untuk menjadi seorang ahli rajin, kita kena ada disiplin. Tak ada disiplin, kita jadi malas. kalau kita ada separuh disiplin, kita jadi ralas (rajin+malas) atau majin (malas+rajin).

2) Kalau mahukan sesuatu, rancang dan buat. Bukan rancang semata tapi tak buat. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

3) Kadang-kadang, kalau kita minta sesuatu, tak semestinya kita dapat terus. Jadi pentingnya perancangan. Macam kita nak pergi satu tempat dengan menaiki kereta. Kena rancang perjalanan..sibuk ke tak, tol bayar berapa, tempat tu buka ke tak.. Bukannya kita ni Doraemon yang punya pintu ajaib. Sekali minta, terus dapat atau terus sampai ke destinasi.



Yang benar,
bukan Doraemon tapi chomel suka makan Dorayaki.





nota: aja-aja fighting!

13.12.10

Kembali ke Sekolah

Salam semua...

mula-mula saya nak ucap terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. alhamdulillah saya lulus semua subjek semester lepas. terima kasih, semua. terima kasih, Allah. :)

Esok saya dah mula sekolah. insyaAllah ni semester terakhir saya. untuk semester ni, saya kena banyak berkorban. sabar ye, Hati. saya tau kamu akan sakit nanti tapi kejap je. takmo emo-emo ye. sakit tu kan nikmat. hee~ dan wahai Nafsu, sila pergi jauh-jauh dan jangan datang langsung ye. saya ada banyak kerja. saya mau fokus. terima kasih. :)


kepada semua, tolong doakan agar segalanya berjalan dengan baik ye. terutama FYP saya.
tolong doakan saya rajin ye.
tolong doakan saya kuat ye.
tolong doakan saya selalu penuh semangat, tabah, dan kental ye.

maaf atas segala salah dan silap. kadang-kadang saya teremosi lebih. kadang-kadang saya terkasar bahasa.

maaf jika saya jarang pos entri baru. saya tau kamu rindu terutama cik duckness (ececeh). jangan rindu-rindu sangat. nanti saya susah. doakan saya tau. B-)





aja-aja fighting! ;)

9.12.10

FOKUS!

Salam semua...

Saya sudah selamat berada di bumi Kuantan.. Alhamdulillah..

sekarang ni, apa yang kita perlu ialah FOKUS!!

Destinasi sudah ada di hadapan. Jalan pun dah ada. Tinggal nak fokus dan terus melangkah je.

ya, FOKUS!!!



Tuhanku, pandulah aku menurut Kehendak-Mu. aameen...

2.12.10

Haengbok

Salam people.. :)

"Experience is a great spoiler of pleasures" - Mason Cooley


that's my Quote of The Day. sendiri faham la ek.

now, let me have my 'haengbok' box full before going back to Kuantan. right now, it's half full. wanna help me with another half? ;)







nota: lagu ni bagi semangat. hehe