7.6.08

Saya di'tag'!!

salam semua...

sudah dua minggu laman kehidupanku ini dalam kesepian. mujur ada sahabat-sahabat yang rajin ke mari mengisi kekosongan di laman ini. terima kasih. :)

terima kasih yang tidak terhingga juga kepada saudara Mujahid dan Jazli yang mengambil kesempatan sempena ketiadaan saya dengan mengetag saya. :(

tidak mengapa..ada ubi ada batas..ada hari akan kubalas...muahahaha...ehem...


7 fakta tentang diri
1) anak sulung daripada 4 orang adik-beradik
2) memiliki 86% ciri-ciri seorang Capricorn
3) ada lesen kereta
4) paling suka makan piza dan spageti ;P
5) suka warna ungu
6) meminati muzik genre ska
7) tidak suka pada orang yang suka cakap tak serupa bikin

7 perkara menakutkan
1) azab ALLAH
2) iman lemah
3) hati yang tak tetap
4) bila buat ayah marah..huhu..
5) hubungan dengan keluarga dan kawan-kawan renggang
6) pemimpin yang tiada pegangan agama dan melengahkan agama
7) generasi akan datang yang berkemungkinan kurang bimbingan dan didikan agama dan sakhsiah

7 lagu buat masa ini
kebanyakan lagu-lagu ini dimainkan semasa program PJKN Melaka yang lalu. semua best-best belaka. :P
1) Insan Utama - Hadad Alwi
2) Bismillah - Opick
3) Jalinan - UNIC
4) Kasih Sayang - Raihan
5) Ku Berlari - Firdaus
6) Gemuruh - Faizal Tahir
7) Ceria - Alarm Me

7 perkataan selalu sebut
1) masyaAllah
2) Allahu Akbar
3) Astaghfirullah
4) ciss...
5) hait!
6) sik ada
7) hampeh...

7 perkara bernilai
1) diri sendiri (kerana diriku begitu berharga..ahaha)
2) keluarga terchenta
3) sahabat handai
4) adik-adik program
5) al-Quran dan buku-buku ilmiah
6) pengalaman dan pengetahuan
7) Mr. Mongu bday present daripada Reynni :P

7 pertama kali dalam hidup
1) tunggang basikal semasa berumur 6 tahun
2) dapat nombor satu masa darjah satu
3) patah tangan masa darjah dua
4) cermin mata pertama masa darjah tiga
5) ponteng sekolah agama masa darjah lima :P
6) duduk asrama/hostel masa masuk Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)
7) kemalangan pertama melibatkan kenderaan sendiri dan kenderaan orang lain semasa darjah lima - basikal langgar kereta..huhu

7 blog pilihan
blog-blog berikut dipilih untuk di'tag'. maaf, ya. ;)
1) Along
2) Angah
3) Nur Fatihah Pandak Abdullah
4) Azwani Jaini
5) Abg EmKay
6) Jamilul Hakim
7) Raufa Sufrina

itu sahaja untuk entri kali ini. Sekian, terima kasih. ;)

p/s: kepada sesiapa berminat untuk bermain permainan ini atau andai anda ditag tetapi tidak tahu cara bermainnya, sila klik sini. ;P

p/s/s: Buat Jazli, saya tidak sabar untuk membaca entri saudara versi Bahasa Melayu. ;))

6 comments:

Master J said...

me post in Malay??hehe..when pigs fly =p

Amin Mansor said...

along n angah ade blog jgk.ehehehe

alifzaimimra said...

kpd MJ: sudah ada piggie yg berterbangan..xcayer leh tgk citer Babe atau surf kt youtube..:P

kpd Amin: along n angah pn ade blog gak.. ;)

Matematis Muda said...

tak senonoh btul
sape yg langgar sapa?
hehe
rasa mcm beskal yg langgar kereta haha

Unknown said...

Do we need to unite under the name of bloggers united? Read here for more info and I desperately need your comments and thoughts. Spread the news and thank you!

alifzaimimra said...

kpd MM: mmg beskal langgar kete pn..terkejut nye pasal...huhu

kpd szakif: i've put my comment on ur entry. bacelah..:D