Salam semua...
mula-mula ingatkan, bila sudah balik Kuantan ni, makin jarang hendak menulis..tapi hari ni sudah masuk hari keempat di Kuantan dan sudah ada dua entri. hehe...
mungkin sebab minggu ni tak berapa sibuk sangat dengan kuliah. jadi, di waktu lapang ini saya ambil peluang untuk menulis.
untuk entri kali ni, saya nak kongsi sebuah lagu. lagu ni ditujukan khas untuk adik-adikku tersayang dan semua adik-adik yang kenal kakak yang comel ni.
err..lagu ni untuk renungan kawan-kawan juga.
pertama kali dengar lagu ni, saya tertarik dengan rentak lagunya.
pertama kali kenal liriknya, saya sebak. pesanannya terkesan di hati.
maaf, saya tak dapat nak muat turun audio di sini. cuma liriknya yang boleh dikongsi.
artis: Firdaus
tajuk: Permata Ayah Bonda
Mewangi kuntuman bahagiaDi halaman ayah serta bondaMenatang selaut cahayaMelerai resah dan gundah di jiwaSegunung impian dicitaSelangit harapan didambaDibelai dimanja mesraKaulah racun kau penawarSenyuman dan tangisanmuPengubat duka dan laraEngkau...umpama sebutir permataDi perlubukan kasih nan bersinar bercahayaHiasi rumahtanggaEngkau...harapan seisi keluargaPanjatan doa dan air mataYang pasrah kepada Yang EsaKepadamu tercurah kasih sayang dan pengorbananAgar terus gemilangDididik diasuh tiap masaDiajarkan ilmu yang bergunaMengenal ALLAH dan RasulMenyemai menyubur iman di dadaDilayur segala kekerasanDilentur dengan kelembutanDititip seuntai madahHidupmu mula dan berakhirMenyusur fitrah dan sunnahBernoktah di penghujungnyaTiada yang lebih membahagiakanMelihat dirimu kian membesar dewasaDi dalam sejahteraUsah...terpesona pujukan duniaYang hanya menyilau pandanganMemukau dengan keindahannya...Nasihat ayah bondaAgar engkau lebih bersediaUntuk menghadapinya...Bersemi kelopak kasih sayangDi persada cinta yang sejatiTitisan susu ibundaMenyegarkan menghapuskan dahagaRenjisan keringat dari ayahandaMenyubur pohon kehidupanTuaian sebidang tabahBuatmu doa dan harapanJadilah insan yang muliaPembela di hari tua...Waktu bisa merubah segalanyaDewasalah dalam rahmat dan kasih IlahiRedahi pancarobaAndai...langkahmu tersasar ke simpanganPulanglah ke laman ayah bondaKembali menghuni di tamannyaBersamalah semulaMenghirup embunan kasih sayangSedingin air mata bondaEngkaulah permata ayah bonda...
buat adik-adik, moga perkenalan kita kekal sampai bila-bila.
jaga diri, jaga iman, jaga 'amal.
sayang mak ayah kita.
i can't be with you always but do remember that you will always be in my heart. sayang sama Mama dan Ayah..doakan Along di sini.p/s: kema pesan bahawa beliau tak dapat kemaskinikan blognya buat masa ini kerana beliau ada banyak perkara di dalam kepala. hehe...
p/s/s: kema cakap tulisan hawa macam karangan SPM...lalala~