Salam semua...
sudah 11 hari saya berada di bumi Kuantan. hehe.. tak habis-habis dengan Kuantan dia..
untuk entri ini, ingin saya kongsikan luahan pengalaman hujung minggu pertama saya di Kuantan selepas cuti tiga bulan.
rancangan asal untuk menghadiri Konvensyen Mahasiswa di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu terpaksa dibatalkan. lagipun, hari keesokannya ada Program Induksi untuk Konvensyen Bahasa dan Ketamadunan. sempat juga ikut serta kru WacKOS terbit video di KOS.
jadi, untuk mengisi hari Sabtu itu, saya keluar ke pekan dengan kawan-kawan.
kami ke East Coast Mall - pusat membeli-belah yang baharu sahaja dibuka di bandar Kuantan. besar juga tempatnya. kedai membeli-belahnya pun boleh tahan menarik. ala Mid Valley dan Alamanda gitu. penduduk Kuantan ni loaded gak ek.
kami menumpang kereta senior untuk ke sana. pulang dengan teksi.
tambang ke East Coast - RM 8
tambang pulang - RM 15
mari kita bandingkan harga tambang sebelum cuti 3 bulan. situasi yang sama - pergi dengan senior dan pulang dengan teksi.
tambang ke Megamall (jauh sikit dari East Coast) - RM 6
tambang pulang - RM 12
mahal, kan? mujur tambang Kuantan-KL masih kekal dengan harga lama - RM 16.80.
kenapa? mungkin ini angkara harga minyak naik. haish..tulis jugak entri pasal minyak..haish
itulah luahan yang boleh dikongsikan bersama. huhu...
ok, sampai di sini dahulu. jumpa lagi!
p/s: sempat beli kasut baharu di East Coast. nak jugak bagitau..hehe
7 comments:
salam perjuangan...
erm, east coast mall 2 ktne yek?
dgn kuantan parade jauh tak?
insya allah ada mase bleh ana g...
mmg besar east coast mall tu...
banyak jugak mall kat kuantan ek
hehehe
cuma mcm tak begitu menarik utk pelancongan kat sana...
kpd bad,
salam perjuangan kembali. east coast mall tu dkt ngn stadium. dari traffic light tu, jln trus. nak knl..bgunan tu warna jingga. :P
kpd akutaktahu,
mmg besar east coast tu. nanti datang Kuantan, jgn lupa bagitau. kita pergi east coast sama-sama. boleh makan piza. :D
ye, saya dah kenal kasut saudari, terima kasih
terima kasih saudara jaed kerana sudah kenal dgn kasut saya.
Salam achik, itulah dia.. Kesan kenaikan minyak mmg xbole dipertikaikan. Meskipun dlu pak Lah ada ckp yg mnyk xkn naik. Tp last2 ini jdnya..Erm..
p/s: Beli kasut bole tp nk blnja along nsi dagang xble eh.. Hampeh tul.
kpd along,
wslm wrh. ada sbb nape beli kasut tu. err..nasi dagang?? bkn ke along yg patut blanje achik ns dagang tu?? haish...nk berdolak-dalih lak..
Post a Comment