setelah sebulan bertarung secara mental, emosi, dan fizikal di Kuantan, Empunya Laman pulang ke kampung halaman demi mengubat kerinduan dan mencari ketenangan.
oh, rumahku Syurgaku.
buat pertama kali Empunya Laman bertolak pulang pada awal pagi iaitu pada jam 9.30. selalunya pulang petang. terima kasih yang teramat buat kak Ela dan maaf atas segalanya. huhu
terima kasih juga kepada Along yang sengal atas pembelian tiket.
OK, sampai sahaja di Pekeliling, Empunya Laman mengambil keputusan untuk mengubah haluan perjalanan pulang. kebiasaannya apabila sampai di Pekeliling, Empunya Laman akan menaiki monorel ke KL Sentral dan seterusnya menaiki komuter ke stesen UKM. tetapi kali ini, Empunya Laman menaiki STAR-LRT ke stesen Tasik Selatan dan transit komuter terus ke stesen UKM. jadi, terpaksalah Empunya Laman korbankan hajat untuk berfoya-foya di KL Sentral.
ternyata, keputusan ini ada imbalannya. hehe..lagipun, setiap perkara itu kan ada hikmahnya. hikmahnya, Empunya Laman dapat menjimatkan masa dan yang paling penting sekali, menjimatkan perbelanjaan tambang sebanyak RM 2! sangat bagus!! dapat la Empunya Laman beli dan makan cekodok lima biji dan donat tiga biji sambil menunggu Ayah di stesen komuter.
sampai sahaja di rumah, hirup udara segar dan aroma rumput menusuk hidung. alhamdulillah. ucap salam "Assalamu'alaikum" dan Kak Su menjawab dengan nada girang "Wa'alaikumussalam" sambil membuka pintu. kulihat Hafiz merangkak menuju Kak Su. oh..terubat rinduku.
kemudian, aktiviti pertama yang Empunya Laman lakukan ialah menonton televisyen. sempat la tonton dua filem inggeris. sangat seronok!!
petangnya, Mama dapat tangkap seekor ikan patin yang subhanallah..besar saiznya di kolam depan rumah. MasyaAllah!
bangun tidur pagi tadi, dengar bunyi burung mengicau..subhanallah walhamdulillah...tenang.
sukar untuk Empunya Laman dapatkan ketenangan sebegini di Kuantan. dulu senang. tapi sejak propaganda melanda ditambah pula bau kurang enak yang datang entah dari mana, ketenangan itu tiada. kacau.
tidak mengapa. kembalinya Empunya Laman ke Syurga untuk menikmati ketenangan ini. walau sekejap cuma, syukurlah. pulang ke Kuantan nanti, Empunya Laman kembali sibuk. ada tiga kuiz minggu hadapan. hujung minggu hadapan pula ada konvensyen bahasa dan rehlah. minggu satu lagi Empunya Laman terlibat dengan program anjuran WacKoS.
sibuk atau tidak, yang penting kita nikmati setiap saat yang diberiNya. ops..terasa. huhu.. lagi satu sebab Empunya Laman pulang ialah kerana Empunya Laman mahu belajar menjadi rajin semula. huhu
di kala menaip tulisan ini, szakif menyapa di YM:
"oit balik kuantan. kat sini meriah2. macam2 ade. lalala~"
baharu Empunya Laman teringat. hari ini di Kuantan ada ARC Biggest Day. szakif menang dalam pertandingan memasak. tahniah buat kamu! esoknya pula ada Hari Sukan Kuliah Sains. agak terkilan juga kerana tidak dapat sertai dan wakili rumah sukan kebanggaan Empunya Laman iaitu Coral. silap komiti juga sebab lambat keluarkan iklan. isk..
tapi tidak mengapa, szakif. keseronokan dan kegembiraan di sana tidak sama dengan nikmat ketenangan yang Empunya Laman kecapi di sini.
di akhir tulisan ini, Empunya Laman insafi diri dengan sabda Rasulullah:
ingatlah lima perkara sebelum datang lima perkara:bacalah dengan latar lagu Raihan. baharu masyuk.
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati
p/s: malam ini ada filem Happy Feet. Empunya Laman sudah tonton tapi mahu tonton lagi.
7 comments:
nak balik jugak nak nak nak nak
kpd As: maaf tak ajak. tak tau pula As nak ikut.. lain kali la ek. ;)
:D
Achik mmg LAMPI!!! Selambe je ckp along sengal. Hampehmu nih.. Len kli xmo blikn tiket ag.. huh. (LAMPI!!!!!) =p
along mmg sengal..achik x lampi k.
apekah adik beradik bergaduh ni...epah maafkan je hawa ni..dia mmg camtu..mesti masa dia minta belikan tiket tu hawa tertido...kuikuikuikui...
still rasa marah ngan hawa sebb balik kl tak belanje abg pizza..huh!!!
kpd abg ah seng: tak habis-habis dengan isu tidurnya tu. utk pengetahuan abg ah seng, hawa tak tertidur tau. maaf tak beritahu abg ah seng ttg kepulangan hawa. lagipun kalau beritahu, belum tentu hawa dapat belanja makan piza. :D
Post a Comment