16.11.08

Mohon Bantuan

salam semua...

Mohon bantuan kepada sesiapa yang:
  1. memerlukan khidmat terjemahan buku/kitab ke Bahasa Arab;
  2. sudi untuk menjadi penaja bagi pelajar Malaysia di Syria,

bolehlah menghubungi Empunya Laman di hmazmar_ahmad@yahoo.com atau hijriah_126@yahoo.com.

Ingat lagi tak kepada Angah? Angah sekarang sedang belajar di Universiti Damsyik, Syria. Bagi kawan-kawan yang belum mengenali Angah bolehlah ke laman ini. Khabar Angah, baru-baru ini Universiti Damsyik sudah tidak menerima pelajar asing. Ramai yang sudah dihantar pulang oleh pihak kerajaan. Baru dua bulan Angah duduk di bumi Syria, tiba-tiba dapat berita sedih ni. Sekarang ni, Angah memerlukan dana untuk tampung perbelanjaannya di sana.

Oleh itu, sekali lagi Empunya Laman ingin memohon bantuan sahabat-sahabat sekalian agar menyebarkan berita ini kepada keluarga, sahabat handai, dan kenalan-kenalan. Kerjasama anda amatlah dihargai. Sahabat sekalian bukan sahaja dapat membantu Angah tetapi dapat membantu sahabat-sahabat kita di sana.

Wahai Angah, bersabarlah.

Moga Allah permudahkan segala urusan Angah. Allah akan sentiasa bersama-sama kita.

3 comments:

hajarJazz said...

achik!!! huhu.. thanx for this post..

doakan angah kat sini..

Unknown said...

semoga Allah permudahkan urusan beliau :)

hadapi dugaan dengan tabah eh...

Anonymous said...

Bersabar angah.... Innallaha maas sobirin...

Kami usahakan apa yang boleh...