salam semua...
terima kasih atas ucapan dan ingatan.
Thank You for the wishes.
Empunya Laman sangat terharu.
I was touched.
tak pernah dalam hidup menangis dalam kegembiraan.
I've never in my life shed happy tears.
itulah yang pertama kali.
that was the first time.
moga kalian semua dirahmatiNya.
may God bless you.
terima kasih sekali lagi.
thank you again.
Wahai Allah, Pemberi Semangat
Peneman tikaku keriangan
Peneman tikaku kesunyian
Peneman tikaku kebuntuan
Penemanku sepanjang masa.
syukur kepadaMu atas segala kurniaan
syukur kepadaMu atas segala ujian
syukur kepadaMu atas segala dugaan
syukur kepadaMu atas segala-galanya...
Alhamdulillah...
Buat Mama dan Ayah...
yang melahirkan, membesarkan, dan mendidik
diri ini untuk menjadi seorang yang tabah,
yang senantiasa mengingatkan diri ini
agar tidak mudah leka.
maaf sebab tak dapat bersama
moga ada hikmahnya.
walau jauh di mata tapi yang pasti
kalian berdua sangat dekat di hati.
Buat sahabat sekalian...
kalianlah tempat kuluah perasaan
kalianlah tempat kukongsi kegembiraan
kalianlah tempat kukongsi kedukaan
Buat semua...
teruskanlah membantu diri ini untuk menjadi lebih baik.
marilah bersama memperbaiki diri untuk jadi lebih baik.
kegembiraan ini kukongsikan bersama.
senyumlah agar hatimu kembali segar berbunga.
senyumlah agar hatiku gembira melihatmu gembira.
moga gembira kita menambah semangat
dalam perjuangan menambahkan keimanan.
walau dalam senang mahupun payah
bergembiralah kerana segala perkara yang berlaku
adalah dari ketetapanNya.
bergembiralah kalian...
tapi cukuplah dengan pesta di tengah malam,
cukuplah dengan pesta nafsu.
berpeganglah kepada senjatamu
perbaiki dirimu.
marilah kita ke pesta perjuangan
berjuang melawan nafsu
berjuang menegakkan keadilan
berjuang untuk mencapai keredhaanNya
moga pesta-pesta ini
dapat memadam api jahannam
dan mencapai kebahagiaan yang abadi.
Buat Diri...
umurmu semakin meningkat
begitu juga dengan matangmu.
Teruskanlah bersemangat!
ya...
TERUSKANLAH BERSEMANGAT!!!
7 comments:
Alhamdulillah..
Syukur bangat.. Selamat 'membesar' Achik!
hehe budak kecik =p
:)
may Allah gives the best, as what He always did
Assalamualiku. adikku...
Subahanallah, adikku sudah dewasa...=D
belum puas rasanya mengadap muka kamu beberapa hari yang lepas....huhu...
belum terubat rindu dihati..
ada hadiah untuk di beri...tapi sbb terlalu emosi, sampai terlupa nak bagi...=p
Harapnya, usia yang Tuhan beri, jangan di sia-siakan...
Teruskan perjuangan menuju DIA...
InsyaAllah, biarpun kita jauh, hati kita tetap bersama...
Semoga lebih matang, pemikiran, perbuatan & perkataan..
Moga pengalaman semalam menjadi pengajaran menempuh hari-hari mendatang...
InsyaAllah...
Kuatkan hati, teguhkan azam...
(kalau nak tulis ni, bleh buat satu buku...hehe...)
~Moga kita di beri ruang utk bertemu kembali krn Allah...InsyaAllah..
Wassalam...
kpd 3p4h: membesar dgn selamat! hait! :P
kpd MJ: budak kecik yang comel.. :P
kpd As: aameen... =)
kpd a.K.u: wa'alaikumussalam wrh kak.. ada hadiah ke?? hehe..nanti saya tuntut. ;)
sori la acik. hanye org yg dtg sini je leh dpt hadiah.. CJ7 angah tu, dah bg kat tuannye blom?
kpd hajarJazz: ye ke? takpa la... T_T
CJ7 kat achik lagi. tak jumpa tuan dier... :(
Post a Comment