18.4.10

Babies are meant to be loved and cared. and not to be dumped. thank you.

Salam...


bayangkan..
andai kamu seorang budak..
kamu dipijak..
kamu disepak..
kamu ditampar..
kamu dipukul..
kamu diterajang..
kamu dihentak..

sakit tak?



bayangkan pula..

andai kamu seorang bayi,
yang sangat comel lagi tembam,
yang buat orang geram melihat sampai mahu aja dicubit pipi yang gebu itu..

ditinggalkan keseorangan di depan pintu rumah orang..
dibiarkan menangis di atas tangga masjid..
diletakkan di dalam kotak kosong..
dibungkus di dalam beg plastik hitam..

bayangkan..
dalam keseorangan..
kamu dibiar kesejukan..
lalu digigit semut..
dimamah pula anjing yang kelaparan akan tangan kamu yang gemuk itu..

takpun..
kamu dibakar..


apa perasaan kamu?


sedih?


kamu tahu ke sedih?


kamu kan masih bayi. belum kenal Dunia. :)



Gambar hiasan: ini Riz Naufal, anak buah saya. :)

comel kan dia?


saya tahu. :)



*******




adik, ketahuilah bahawa persetubuhan di luar nikah itu adalah salah. Tuhan kita Yang Satu itu sudah berpesan, "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (surah al-Isra', ayat 32)

ketahuilah bahawa zina itu bukan sahaja persetubuhan di luar nikah. hubungan intim di luar nikah juga sebahagian daripada zina.

wahai kawan-kawan, berhentilah mengeji, mengata dan menyampah dengan mereka yang terlibat. apa kamu tau situasi sebenar mereka sampai mereka layak dikeji? layakkah mereka dikeji? layakkah kamu untuk mengeji?

berhentilah mengeji, mari kita cari solusi.


boleh, kan?





:)


luahan hati hasil respon kepada 'Persidangan Meja Bulat: Isu Pembuangan Bayi' anjuran Majlis HEWI PKPIM.

6 comments:

MaMMaMia said...

that baby yg dlm picture tu kena dump ke??

Anonymous said...

teringat kata-kata Ust Pahrol dalam buku beliau, Nota Fikir untuk Zikir.

Manusia ini ada dua jenisnya:
1)proaktif
2)reaktif

Proaktif itu adalah orang yang apabila berdepan dengan masalah, dia mencari peluang, apakah yang harus atau sepatutnya dia lakukan.

Reaktif pula adalah jenis manusia yang suka menyalahkan orang lain dan suka tumpukan masalah kepada lingkungan pengaruh orang lain, dan ia sedang membudaya dalam masyarakat kita..

::Bentuk diri untuk jadi proaktif, bukan reaktif. InsyaAllah;)

alifzaimimra said...

ameera alzawawy:
no no.. itu cuma gambar hiasan. that's my anak buah. huhu

lydecker86v2:
jadi, jom jadi proaktif! ;)

Unknown said...

makcik di kampung beria-ria mencari anak kerana dia tak mampu melahirkan anak. rasanya ada 10,000 orang macam makcik saya, dan menanti anak untuk diangkat.

manusia seperti serigala, sekali disuapkan jiwa, pasti selamanya mahu saja.

alifzaimimra said...

Putra:
akak rasa kasihan sama mak cik kamu. rasa kasihan juga sama mereka yang terlibat. setiap perkara ada hikmah-Nya. kita perlu mencari hikmah2 tu supaya hidup lebih dihargai.

p/s: dalam maksud ayat terakhir kamu tu.

:)

Unknown said...

ayat kak Fynn dalam bintang jatuh, diubah sedikit.

dan puisi beliau banyak pengaruh pada diri ini. hee :)