31.7.10

Memori

Salam semua..

Semalam saya ke majlis walimah kawan sekolah saya. Dah banyak majlis walimah kawan saya tak dapat pergi sebab selalu bertembung dengan urusan dan program. Jadi kali ni saya tekad, saya mau turun jugak walau apa pun urusan dan program yang ada. Maafkan saya En. FYP dan kawan-kawan di Kuantan sekalian. Saya terpaksa meninggalkan kalian sebentar. ehehe

Okeh. Ada 2 sebab kenapa saya nak pergi ke majlis ni:

1) sebab kawan saya yang kahwin ni kawan baik saya.

Mula kenal sejak sekolah rendah lagi. Saya dan sorang lagi kawan, kami bertiga pergi ke sekolah sama-sama. Pernah satu hari ni, kami buat ramalan siapa antara kami yang akan kahwin dulu. Nampaknya betullah ramalan kami. Dia kahwin dulu. hee~

Tahniah ye, Rabi'atul! Semoga hubungan kalian kekal bahagia sampai ke syurga. Aameen.. :')


2) sebab saya nak jumpa kawan-kawan sekolah saya.

Saya sampai ke majlis lewat. Jadinya dapat jumpa kawan-kawan yang tinggal je. Itupun saya minta diorang tunggu kejap. hehe..

Kepada Anfal dan kawan-kawan yang sudah berkonvo, tahniah! saya konvo tahun depan. insya-Allah. ;)


**Nantikan entri khas seterusnya.. hehe**





nota: saya sangat 'suka' Terminal Bukit Jalil. (_ _ )"

28.7.10

Tali dan Magnet

Salam..


bagi saya,
hubungan sesama kawan
umpama seurat benang.
macam juga tali.
saling berhubung.
dekat.

tetapi sekali putus,
susah untuk disambungkan semula
melainkan diikat simpul.

tetapi simpulan akan tetap menjadi simpulan.
tidak seperti asal.

cumanya,
kalau kuat simpulannya, maka teguhlah ikatan itu.
kalau lemah simpulannya, maka akan mudah terurai akan ikatan itu.


bagi saya juga,
hubungan sesama kawan
umpama tarikan magnet.

saya cas lain.
kawan cas lain.
saling bertarikan.
kuat.

tetapi,
bila ada yang bertukar cas
maka saling bertolakan.

...


aduh...

boleh tak,
kalau hubungan sesama kawan
macam saya dan piza?
sebab saya suka piza.

hee~~ \(^_^)/


tapi,
kalaulah itu boleh kan.

aduuh... (_ _ )"




mungkin ini yang dimaksudkan dengan istilah "terimalah seadanya".


saya tidak sekuat mana. tapi saya mau jadi kuat! ^_^





nota: saya lupa nak kongsi entri ini. bacalah. saya suka. Cik Land of Smiles pun suka. entri bagus. cumanya abaikan gambar-gambar dalam entri tersebut ye.. ehehe
nota lagi: oh ya, semalam nisfu sya'ban. alhamdulillah, sempat berpuasa semalam. Bulan pun cantik. tak lama lagi, Ramadhan datang. wee~~

26.7.10

Airplanes and shooting stars

Salam..


Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now
Wish right now, wish right now




Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now
Wish right now, wish right now




but it's ok. i don't need airplanes.

:D

22.7.10

Simpan sampah dalam poket dululah ;)

Salam semua..

Kempen ke-9 1 Bulan 1 Adab: Simpan Sampah Dalam Poket Dululah.



sendiri boleh faham kan?



;)





nota: Yosh!

18.7.10

untuk Orang Kecil

Salam..

Saya mau kongsi lirik.

Aku
duduk
bersila di depan cermin

Aku
renung
segala cela diri

Aku benarkan
tiap yang datang
untuk meninggalkan

Engkau juga
tiada beza
tertakluk kebebasan

Aku tahu
siapa aku
kurang perlu untuk kau di situ

Khabar ke aku
apa yang baru
apa yang baru

Aku
duduk
di sisi telefonku

Langut
dagu
menunggu panggilanmu

Satu persatu
memori basi
menghantui benakku

Apa ini
satu lagi pengalaman
yang konon mendewasakan

Aku tahu
siapa aku
kurang sebab untuk kau di situ

Khabar ke aku
apa yang baru
apa yang baru

Khabar ke aku
apa yang baru
apa perlu kau tetap di situ

Aku benarkan
kau meninggalkan
seperti semua yang meninggalkan

Khabar ke aku
apa yang baru
apa yang baru

Khabar ke aku

'Khabar ke Aku' oleh Wani Ardy


*******

untuk dia.
iya, mau aja diluahkan.
hanya mampu di sini.

wahai kamu, doaku mengiringi
walau di mana kamu pergi.

maafkanku
kerna mengkhianati
tapi percayalah
diri ini masih seperti dulu.

kucuba untuk tidak sakit
kan kucuba untuk redha.

pergilah kamu.
pergilah.

kudoa
moga kau beroleh bahagia.
aameen.





nota hati: wahai emo, sila pergi jauh. saya mau ke pantai. \(^_^)/

15.7.10

Ahlan Wa Sahlan ila hazihil Jaami'ah :D

Salam semua..

Minggu ni minggu pertama untuk semester pertama di bumi Kuantan. ececeh.. ayat macam budak Tahun 1 tapi realitinya dah Tahun 4. terasa kejap je masa berlalu. tup tup, mau grad sudah. insyaAllah.

kepada adik-adik junior, ahlan wa sahlan akak ucapkan. belajarlah sepuas-puasnya. baik di dalam kelas, mahupun di luar kelas. timba pengalaman dengan senior, sesuaikan diri dengan tempat baru. takmo blur-blur tau. tak faham apa-apa, tanya tau. hee~~


oh Kuantan, sungguh kurindu padamu~~

Budak Tengok Langit cakap, "dah lama tak tengok langit malam Kuantan. Langitnya luas terbentang. Bintang-bintang bertaburan berkerlipan macam lampu lip-lap. Tak sabar nak tunggu 15 Sya'ban..nak tengok Bulan penuh. Memang lain daripada langit malam di KL. Langit KL waktu malam warna merah..penuh awan.. Langit Kuantan gelap. hitam legam. orang putih kata pitch black. Tapi bila Bulan ada, langit jadi terang-benderang sampai nak jalan tempat gelap pun tak payah pakai lampu suluh."

orang pernah tanya apa yang seronok sangat di Kuantan ni. saya pun tak tau nak jawab macam mana. mungkin sebab langitnya.. mungkin sebab dekat dengan pantai.. mungkin sebab suasana kampusnya.. cuaca kat sini tak payah cakap la.. kejap panas, kejap sejuk.. ada yang kata bosan sebab takda benda pun kat sini. tapi tak tau la.. yang pasti, di sinilah saya belajar mengenal hidup. dan sampai sekarang, saya masih belajar.dalam sibuk ada tenang. dalam susah ada senang, dalam duka ada suka..semuanya di sini. kadang-kadang, rasa hidup berTuhan lebih masyuk di sini.. okeh, emo pulak.. eheh

Alhamdulillah, laporan praktikal berjaya disiapkan dengan jayanya. sekian lama baru ternyata, saya seorang yang tidak gemar menulis laporan. huhu..

minggu pertama ni kepala agak sengal-sengal sikit. mungkin kerana laporan itu, mungkin kerana agenda-agenda menyibukkan jadual planner saya, mungkin kerana En. Mongu tertinggal di rumah, mungkin juga kerana sudah masuk 5 hari saya tak makan masakan rumah.. eheh.. :P

okeh.. sudah! esok mau jumpa adik-adik, mau jumpa kawan-kawan, mau buat kajian untuk kertas kerja Projek Tahun Akhir, mau pergi ke kelas. Yosh!





nota entri: maaf deh. kepala saya lagi sengalan jadi entrinya santai amat. makan banyak sangat biskut Munchy mungkin.. "munch Munchy make munchness munchier. (mod: masih sengal mungkin.. munch = sengal? ^_^")"

8.7.10

Superpower apa yang kita ada?

Salam semua...


Hujung minggu lepas ada Program Da'ie Muda. Macam-macam yang saya belajar. Okeh, pada Jumaat malam tu, ada kuliah Maghrib. Ustaz yang beri kuliah ceritakan perihal keadaan dunia sekarang.

Ustaz cakap, di Malaysia ni ada suku juta anak tak sah taraf. suku juta sama dengan 250,000 orang. Bayangkan kita, ada 250,000.. ramai tak? ramai kan?? itu pun yang didaftarkan..

Ustaz cakap lagi, ada 3 gejala yang orang sekarang ikut cara orang zaman jahiliyyah dulu.

1)Bunuh anak

Dulu: orang jahiliyyah tanam anak-anak perempuan mereka hidup-hidup sebab takut jadi papa kedana.

Sekarang: kalau bayi ditanam, kira paling baiklah. Tapi, apa yang kita selalu dengar? Na'udzubillah..


2) Ilmu tilik

Dulu: orang jahiliyyah dulu suka pergi tilik nasib, main nasib. Jumpa tukang tilik, percaya pada tangkal dan segala. Pagi-pagi (kononnya la), main baling syiling. Kalau dapat kepala, nasib baik, kerja pun baik. Kalau dapat ekor, nasib malang, duduk rumah seharian tak pergi kerja.

Sekarang: Peredaran zaman memajukan manusia. Tak payah susah-susah masuk redah hutan jumpa bomoh. La ni ada internet, boleh baca horoskop. Lengkap setahun punya nasib.


3) Khidmat 'mesra' (nota: perkataan asalnya ada unsur 18SX..)

Dulu: Perempuan arab jahiliyyah kalau nak kahwin, kena 'test' dulu sesuai ke tidak. dah mengandung, baru nak pilih bakal suami mengikut citarasa sendiri.

Sekarang: nak 'test' ke, apa ke.. orang tak kisah. nak kahwin ke tak, itu belakang cerita. cuma kadang-kadang, dah mengandung baru menyesal. lain cerita pulak, ada yang siap buka bisnes lagi. aduuh... minta dijauhkan..Na'udzubillah...


Lalu, Ustaz pun bagi soalan: 'Superpower' apa yang kita ada?

Apa yang kita ada untuk basmi gejala-gejala mungkar ni? Kalau Superman ada seluar ajaib, kalau Batman ada kuasa kelawar, kalau Spiderman ada kuasa lekitan sarang labah-labah, kita pulak ada superpower apa pulak?

kalau kita tengok superhero-superhero, bila lawan je, mesti lawan sorang-sorang. betul tak? tapi sebenarnya tidak. setiap hero pasti ada heroinnya. eh, silap.. pasti ada pembantunya. Pembantu-pembantu ni omputih panggil side-kick. Kalau Batman, ada Robin. Kalau Superman, ada mak ayahnya yang tolong jahitkan baju. Kalau Spiderman, ada Mary Jane. hehe.. (ok, tak tau la pulak side-kicknya apa..)

Jadi, kita pun sebenarnya superhero jugak. Dan superpower kita macam-macam ada. Lain orang, lain superpowernya. Dalam konteks realiti sekarang, superpower tu boleh kira macam kemahiran la kot. Contoh macam saya, ada kemahiran memandu kereta.

Jadi, bayangkan dengan superpower saya ni saya boleh memandu ke mana-mana tempat yang saya nak pergi. Contoh kalau ada situasi kecemasan - contoh mak sakit ke, kawan sebilik sakit ke.. - yang memerlukan pemandu dan hanya saya seorang sahaja di situ yang boleh memandu, saya kira superhero la masa tu. (jap, ni contoh je ye. usah fikir saya macam angkat bakul sendiri pulak.)

Okeh, itu baru saya sorang. Bayangkan kalau semua boleh memandu, ramai 'kan superhero? Kalau ramai, jadilah superhero-superhero! Jadi kalau ada situasi kecemasan dan ada ramai orang yang memerlukan bantuan, superhero-superhero ni la yang boleh tolong. Ramai-ramai tolong, baru senang kerja kita. Kan?

Ustaz bagi kami perumpamaan sebatang lidi dengan seberkas lidi. Dengan sebatang lidi, macam-macam kita boleh buat. cucuk sate, cucuk udang BBQ, cungkil gigi.. tapi kalau diminta untuk menyapu rumah, mampukah dengan sebatang lidi? Cuba bayangkan.. mampu tak?? Mestilah tak. Mau sebulan tak bersih-bersih rumah tu. (hehe.. comel lak pakai 1 lidi bersihkan rumah..) Jadi, kalau mau rumah bersih, kerja siap cepat, kita pakai seberkas lidi. Betul tak?

Poinnya di sini, superpower yang kita perlukan ialah sebenarnya kekuatan kesatuan. Superpower-superpower yang banyak dikumpulkan menjadi satu. Inilah yang disebut dalam bahasa 'arabnya sebagai jema'ah. Sama-sama saling berganding bahu membanting tulang membantu membasmi gejala-gejala tadi. Dan dengan berjema'ah, barulah jadi supersuperduperpower!! :D


"Setiap manusia itu hidup secara bermasyarakat secara tabi'inya"
-petikan daripada kitab Muqaddimah tulisan Ibnu Khaldun.






Jadi apa tunggu lagi? Yok, kita bersatu!! ;)

6.7.10

Abah

Salam semua...


Jumaat lepas di KL Sentral, sambil menunggu tren ke Shah Alam untuk ke satu program, telefon berbunyi.. Nombor yang tak bernama, saya kira ini mungkin panggilan dari Shah Alam. tapi bukan...



Kak Hasni: Assalamu'alaikum, dik. Ni Kak Hasni. Ingat lagi tak?
Saya: Wa'alaikumussalam wrh. Kak Hasni? Oh ya, Kak Hasni. Akak apa khabar?

Kak Hasni: Baik.. ingat dah lupa dah..
Saya: Eh, tak kak. Saya ingat lagi. Ye kak?

Kak Hasni: Dik, ni akak nak bagitahu.. Abah dah takde, dik....



Pada saat itu, saya terduduk.. mata tanpa diminta berair.. "apa benar berita ini.."

Abah, ayah angkat saya.. sudah tiada..

Sudah hampir dua tahun tak berjumpa.. niat ke Temerloh untuk berjumpa keluarga angkat selalu tergendala.. Walhal duduk di Kuantan, 2 jam je perjalanan..

Saya terkilan..


Abah pemalu, tak suka bergambar. Gambar solo Abah ni je la.



Sama-sama sedekahkan al-Fatihah dan doakan moga Abah ditempatkan bersama para solihin... aameen..

Ada peluang mau berjumpa lagi.. Ya Allah, berikanlah aku peluang untuk bertemu dengan mereka lagi.. aameen...

4.7.10

Ego Kebal

Salam...


"How can you be so tough?", tanya seorang sahabat.

"I'm not", jawab saya.

"kenapa tanya?" tanya saya.

"because you were different during high school", jawabnya.

"really? people change."


kalau saya tough, dah lama dinding ego itu saya pecahkan. tapi saya tak mampu. saya hanya mampu biar. biar..

Kellie's Castle, Perak



nota hati: Kerana Allah sayangkan kamu, saya juga sayangkan kamu. :')

1.7.10

Komplikasi

Salam semua...


komplikasi atau
rumit atau
serabut atau
payah atau
susah


hanya boleh terjadi kalau minda kita kata sebegitu.


jadi, kalau fikir rumit, maka rumitlah ia.


jadi, kalau tak nak susah, jangan fikir susah.


senang, kan?





:)


oleh itu, wahai laporan praktikal, sila siap sekarang! :P

"eh kamu. itu bukan rumit. tapi mim alif lam sin. -_-"




nota hati: jom layan Kaca Angkasa pulak. ;)