10.8.10

Ya Ramadhan, Bulan yang diinsafi..

Salam Ramadhan al-Mubarak...





"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa, (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."

surah al-Baqarah, ayat 183 dan 184


teruskan membaca hingga ayat 188. hayati ayat 186. :)


"Apa yang telah diberi oleh Allah lebih banyak daripada apa yang kita pinta"

majalah Solusi, isu no. 22


InsyaAllah, malam ni dah mula tarawikh. Esok kita mula puasa. Kita puasa fizikal dan mental. Spiritual kita isi penuh-penuh dengan 'amalan. Kita perbaiki dan perbanyakkan 'amal ibadah kita. Kita ber'pesta' ibadah. Dan jadilah kita dalam kalangan orang-orang yang bersyukur.

Maaf atas segala salah dan silap.





:')





nota hati: Mama dan Ayah, maaf. Adik-adik, maaf. Kak Su, maaf. Kamu, kamu, dan kamu, maaf. Kawan-kawan, maaf. Semua orang, maaf. :')

nota: ingatkan nak pautkan entri Ramadhan saya yang lepas. tapi bila baca balik, segan plak. bersemangat sangat entrinya. kalau nak baca, sendiri cari la ek. eheh

4 comments:

~~DucKneSs~~ said...

terawih semalam terlepas sbb ada unexpected incident..sedey..


but, never mind, i got a whole month of terawikh in front of me (^_____^)

samat berposa ye miss azmar..jgn ponteng2..heheh

alifzaimimra said...

duckness:
yeah! kita ada sebulan untuk tarawikh. 'amalan2 lain pun boleh buat jugak. hee~~

selamat berpuasa juga buat kamu, cik duckness. kita puasa zahir batin. erm..ponteng bersyarat takpe kan? hehe

~~DucKneSs~~ said...

xpe..ponteng sebab ada cop mohor, xpe..hehhe..



tp waktu tu, jgn lak riak minum air milo tabur kat depan orang..hehehe..*terliur pk air milo ais tabur..

alifzaimimra said...

duckness:
hehehe.. jangan risau.. eden pun sogan nak minum milo depan orang puasa. :P