1.8.10

kiter_senorita

Salam..

ini entri khas buat mereka. ;)

Di walimah Rabi'atul, kami berjumpa kembali setelah sekian lama.

dari kiri: Ammal, saya, Faiz.


Cerita tentang kami:

Ammal
Lahir 13 Oktober. Bijak. Skema. Sangat bersungguh-sungguh. Penaik semangat saya untuk belajar. Punya daya ingatan yang kuat. Semua benda dia boleh ingat. hehe.. Suka barang Roxy. Saya suka buli dia dulu. Pernah masuk pertandingan puisi dan selalu diejek oleh saya. Tup tup, saya yang suka berjiwa-jiwi sekarang. :P Sekarang sudah jadi lawyer. Minggu depan dia konvo. ;)

Faiz
Lahir 14 Oktober. Gentleman. He will try his best to help no matter what. Ada band. Saya suka kacau dia dulu. Suka merendah diri. Sekarang sudah jadi sound engineer. ;)

Saya?
Paling muda. Comel. Masih belajar. :P


Kami ada satu persamaan: kami bertiga kidal. Unik. (",)v

*****

Ammal, saya, dan Faiz. Kami kawan sekelas masa Tingkatan 4 dan 5. Masa Tingkatan 4, kami tiada kelas tetap. Jadi kami selalu berpindah-randah macam nomad. Cikgu panggil kelas ni 'kelas terapung'. Floating~ Floating~ Tahun ni, tahun honeymoon kami. Biasalah lepas PMR, baru nak kenal Dunia. Keputusan peperiksaan ada je yang merah. Tapi kami buat biasa je. Selamber tak? :P (adik-adik, jangan jadi macam akak ek. ehehe)

Masa Tingkatan 5, kami dapat kelas tetap. Posisi kami berdiri di gambar sama dengan kedudukan kami dalam kelas. Tahun ni, kami dah insaf. 2 bulan sebelum SPM, baru nak pulun habis-habisan untuk SPM. Dalam kelas, meja kami paling depan dan paling dekat dengan meja cikgu. Semangat tak? Keputusan SPM kami? Mestilah marvellous! ;)


Kami punya latar belakang keluarga yang berbeza, minat yang berlainan. Sekarang kami ikut haluan sendiri. But when it comes to friendship, we're together. Kan?

:')



Oh ya. kiter_senorita, alamat e-mel saya yang saya masih guna sekarang. Sangat kebudak-budakan kan? Saya tahu. hehe.. Saya minat En. JT dulu. Jadi fahamlah kan kenapa. Kalau tak faham, takpe. hehe.. Kenapa tajuk entri sedemikian? Ini permintaan Faiz. Dia suruh letak. :P

Maaf, gambarnya kaki aja. hehe


Ada rezeki, mau jumpa sama kalian lagi. :')

3 comments:

3p4h said...

Style sgguh gmbr di atas! Marvellous!

~~DucKneSs~~ said...

yup..style.. :)

alif zai mim ra said...

3p4h:
terima kasih. utk kawan, mestilah marvellous! :P

duckness:
terima kasih. :D