23.11.10

Insomnia Chi

Salam...

masa final exam lepas, saya selalu susah nak tidur. insomnia kata orang.

itu masa final exam.

tapi

dua tiga hari ni selalu masuk tidur awal. lepas tu bangun tengah malam dan tidur semula jam tiga empat pagi.

@_@

*****


masa zaman muda di Kuantan, saya selalu ada perasaan tak-sabar-nak-balik-kampus sampai orang pelik dengan saya. sekarang ni, saya ada perasaan tu tapi separuh sabar je la. takda la sampai tak sabar langsung. saya nak lepak kat rumah lama-lama sebab nanti Kak Su dah nak balik kampung. bila Kak Su balik, takda dah masakan yang sedap, takda dah spageti yang saya boleh makan dua tiga empat pinggan, takda dah piza dan lasagna salah-bakar-sebab-salah-timing-tapi-boleh-adjust-sampai-jadi-elok yang sedap, dan macam-macam takda dah yang saya tak boleh tulis kat sini sebab terlalu personal. ececeh.

yang saya pasti, balik je saya ke Kuantan lepas ni, mungkin susah untuk saya pulang ke rumah untuk beberapa bulan sebab FYP mau saya tinggal lama dengan dia. kalau dulu, saya emo-emo dan cepat sakit rumah (baca: home sick) tapi sebab saya dah dewasa, saya kena jadi hemo-hemo. eh, maksud saya, saya kena jadi rasional. kena kawal emosi sampai jadi macam robot. eh, mana boleh. haha

macam-macam saya mengarut malam ni. mungkin sebab nasi lemak dan burger siang tadi. tambah dengan Chi Square dan Biostat sebagai bahan utama. ke sebab malam ni Bulan Penuh? eheh. ok.

oh ya, selamat menempuhi peperiksaan SPM buat adik-adik yang ambil SPM. usaha, do'a dan tawakkal selalu. ok? kamu boleh buat punyalah. chaiyok!

eheh. ok. selamat malam. eh, selamat pagi. @_@





nota: Chi Square disebut 'Chee' Square atau 'Kai' Square?

22.11.10

Wahai Cuti

Salam...


"Wahai Cuti, kamu telah berjaya menambah berat badan saya. Terima kasih."

-_-"

Sekadar gambar hiasan. Tidak, ini bukan menu kegemaran saya.

-_-"

19.11.10

Korban Makan

Salam semua...

Kelmarin, makan macam-macam. makan berasak (pulut orang bugis) untuk sarapan. tengahari pulun daging korban dengan air asam. malamnya santap laksa johor.

Semalam, sebab banyak sangat daging korban (yang dimakan tengahari kelmarin), kami perangat je daging-daging tu untuk dimakan.

Hari ni, kata Kak Su mau bikin lasagna. tukar menu sebab asyik daging ja. tapi lasagna pun ada daging.. macam mana tu..?

Macam-macam. hehe

Oh ya, hari ni hari terakhir hari Tasyrik. boleh klik pautan ni untuk info hari Tasyrik. (pautan ni je yang senang faham..eheh)

hari ni hari terakhir hari Tasyrik. hari terakhir dengar takbir raya korban. hayati baik-baik takbir raya tu. ye Diri, kamu pun hayati baik-baik!


nota: terus doakan saya ya. ;)
maklumat tambahan: Hari Tasyrik ialah pada 11-13 Zulhijjah. manakala Hari Raya Korban ialah pada 10 Zulhijjah.

11.11.10

Cekal

Salam...


"Ayah, saya takut..."

"buat apa takut. Memang kena amik exam pun..."

"Takut..."

"Anak-anak Ayah ni kan bijak."





Terima kasih, Ayah. :)

Kawan-kawan, tolong doakan saya ye. Ada exam esok. Last paper. Paper undang-undang alam sekitar. Kalau ada tip, boleh kongsi sini. hee~~

Doakan saya boleh jawab dengan tenang dan lancar. Doakan saya lulus dengan cemerlang. Doakan untuk adik-adik saya dan kawan-kawan saya jugak ye. :)

Terima kasih, kawan-kawan. :)



Aja-aja fighting!

10.11.10

Obat

Salam semua..


saya takda la minat sangat dengar lagu Sami Yusuf. tapi suka la jugak dua tiga lagu beliau.

lagu ni saya baru minat. Without You.




rancak, kan? hehe.. yang penting lirik dia. layan.. ;)


lagu ni pun saya suka. Healing.




paling suka. ;)


"Ya Allah, sembuhkanlah aku dan jauhkanlah aku dari sebarang kesakitan."
- ni lebih kurang maksud lirik yang terakhir tu. yup, itu satu do'a.





:)

9.11.10

Dia Maha Kaya

Salam semua...

Kaya.. cakap pasal kaya, selalunya orang akan ingat duit, harta.. bling-bling.. $_$ yup, segala macam perkara materi yang keluar di kepala. itu manusia.

Kaya.. Siapa paling kaya? banding dengan makhluk-makhluk-Nya, Allah Maha Kaya. Tuhan sekalian 'alam. Pencipta langit dan bumi dan seluruh jagat raya. Bumi yang kita duduk ni, salah satu daripada sembilan, eh bukan.. Pluto bukan planet dah jadi lapan planet dalam satu galaksi. em.. berapa banyak galaksi kita ada? Wallahua'lam. Siapa tuan punya galaksi-galaksi ni? Semestinya penciptanya, Allah.

Sekaya-kaya Allah pun, Dia Maha Pemurah. Pemberi rahmat dan nikmat. Minta je apa pun, Dia mesti bagi. Serius. Minta je banyak-banyak. Dia lagi suka. tak macam manusia, lagi banyak orang meminta, lagi menyampah kita.

Dalam banyak-banyak benda, ada 4 perkara yang Dia nak kita minta: petunjuk, makanan, pakaian dan minta ampun.

Allah mahu kita minta petunjuk selalu. Secara tak langsung, kita hari-hari minta. Paling kurang pun 17 kali sehari melalui al-Fatihah dalam solat. Dia mahu kita selalu minta petunjuk supaya kita tak sesat. Supaya kita dapat menuju ke destinasi yang para nabi dan orang-orang soleh pun pergi.

Allah mahu kita minta makanan dan pakaian. Kalau kita tak minta, siapa lagi nak bagi. Walau macam mana pun kita usaha, kita tidak ada upaya jika Allah tidak memberi. Sebab hakikatnya, manusia tidak punya apa-apa. Oleh itu, mintalah makanan dan pakaian.

Allah mahu kita selalu meminta ampun. Kita manusia. Bukan Nabi Muhammad yang ma'sum, tiada dosa dan syurga itu pasti buat Rasulullah. Kita hanya manusia. Dosa keliling pinggang, keliling badan. Tak terkira banyaknya. Tapi Allah kan Maha Pengampun. Allah suruh kita minta ampun. Allah tak mahu kita gelisah, susah hati dengan banyaknya dosa kita. Jadi Dia mahu kita meminta ampun, beristighfar dan bertaubat janji tak buat lagi. Dan Dia akan ampunkan selagi kita tak menduakan Dia.

Mintalah sebanyak-banyaknya kepada Allah. Dia Kaya dan Tak Kedekut. dan takkan kurang kekayaan Allah dengan banyaknya permintaan kita. Baik kan Allah? Hebat kan Allah?

"Hai hamba-hamba-Ku! Sekalian kamu tersesat kecuali siapa yang telah Aku beri petunjuk kepadanya. Maka mintalah petunjuk kepada-Ku, tentu Aku beri petunjuk itu kepada kamu.

Hai hamba-hamba-Ku! Sekalian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku beri makan kepadanya. Maka mintalah makanan kepada-Ku, tentu Aku beri makanan itu kepada kamu.

Hai hamba-hamba-Ku! Sekalian kamu tidak berpakaian kecuali siapa yang telah Aku beri pakaian kepadanya. Maka mintalah pakaian kepada-Ku, tentu Aku beri pakaian itu kepada kamu.

Hai hamba-hamba-Ku! Sekalian kamu bersalah malam dan siang dan Aku yang Mengampun segala dosa. Maka mintalah keampunan kepada-Ku, tentu Aku mengampuni bagi kamu."



petikan daripada Hadith ke-24, daripada kitab Hadith 40 (Terjemahan dan Syarahnya), cetakan Dewan Pustaka Fajar (1996)




Jangan putus semangat. Jangan putus asa. Yok!




Saya sayang Allah! Terima kasih, Allah. :')





nota: tolong doakan kawan-kawan yang ditimpa banjir, kemalangan, bencana alam, dan macam-macam perkara lagi agar mereka tabah menghadapi ujian. besar ujian mereka. tolong doakan juga untuk saya agar tabah untuk ujian final dan ujian hidup. doakan saya lulus dengan cemerlang. Terima kasih. Saya pun tolong doakan untuk kalian jugak. ;)

1.11.10

Let's spread good words!

Salam people.

spreading good words and advices is recommended in Islam. the reason is to make you a better person and make the world a better place.
plus, giving good words to people is considered a sadaqah (charity).

well,

i just got myself featured in 4HIJAB.

so, how about you?

jom join!

*wink2*

p/s: for sisters only. ;)





note: i thought the picture suits the theme. :P