Hari 1, 15 April 2012
Malam ni akan bermulanya Misi Jejak Patani. Misi ulung kelolaan GPTD Unisel ini dianggotai oleh mahasiswa-mahasiswa Unisel, UIA, UM dan KLMU seramai 8 orang dan 2 orang pengiring - En Suhadak, pensyarah Unisel dan En. Wan Rahman atau lebih dikenali dengan Che We.
Persediaan telah dimulakan beberapa bulan yang lalu bermula dengan misi tinjauan, induksi, pencarian dana dan sebaran kempen menderma buku. Ini merupakan kali ketiga saya ke bumi Darussalam, membawa misi pendidikan dan membuat kajian sosiobudaya tempatan masyarakat setempat Patani.
Dari Greenwood, kami bertolak pada jam 10 malam ke Pengkalan Kubur. Terima kasih kepada Mama, Ayah, abg Hakim, dan Kak Dyll kerana ikut menghantar kami. Terharu rasanya.
Kami tiba di Pengkalan Kubur pada waktu Subuh. Alhamdulillah, kami berkesempatan untuk solat berjemaah di masjid yang terletak lebih kurang 2 km dari jeti Pengkalan Kubur. Usai solat, kami meneruskan perjalanan ke jeti yang menjadi nadi penghubung Malaysia-Thailand. Kelihatan budak berpakaian seragam sekolah berjalan kaki dan ada yang berbasikal menuju ke sekolah. Ada juga yang datang dari sempadan, menaiki bot penumpang semata-mata untuk belajar di sekolah tempatan. Menurut Che We, ibu bapa dari sempadan lebih suka untuk menghantar anak-anak mereka untuk bersekolah di Malaysia kerana sistem pendidikan Malaysia lebih teratur.
Allah menguji kami di awal misi lagi. Dalam perjalanan ke jeti, roda bagasi berisi buku hasil sumbangan orang ramai rosak dan kami terpaksa mengusung beg tersebut sepanjang perjalanan. Terasa jauh pula walhal jaraknya hanya 2km!
|
Pagi-pagi dah senam. :P |
Selepas melapor diri di imigresen, kami menaiki bot penampang yang membawa kami ke sempadan.
Sebelum ke destinasi utama iaitu Patani, kami singgah di Kampung Tabal atau lebih dikenali dengan Kampung Takbai. 8 tahun lalu, kampung ini menjadi saksi peristiwa hitam yang telah meragut puluhan nyawa.
|
bergambar depan AYATA |
Selepas kendiri di Rumah Anak Yatim Tabal (AYATA), kami meneruskan perjalanan ke Patani menaiki van. Perjalanan ke Patani mengambil masa kira-kira 2 jam. Kerana teruja, saya dan kak Hani menghabiskan masa berbincang dan mempelajari bahasa Thai. Nak kenal 'ban' atau kampung yang majoriti penduduknya Islam ialah penduduknya. Yang perempuan pasti bertudung dan yang lelaki selalunya berkopiah. Kebiasaan jalan-jalan di kampung akan ada
road block. Lebih kurang 20
roadblock yang sempat kami kira dan berjaya kami lepasi sebelum sampai ke Kg. Nad Tanjung, Patani.
Kami tiba di Sekolah Dasar Nad Tanjong, Yaring, Patani sekitar jam 12 tengah hari, waktu Zohor. Waktu di sini awal 1 jam dari waktu Malaysia. Kami disambut oleh adik-adik yang menyertai program motivasi di sekolah ini dengan meriah sekali. Adik-adik mesra dan sopan bersalaman dengan kami.
Kemudian kami dibawa berjumpa dengan ketua kampung dan para fasilitator (juga digelar sebagai
murobbi dan
murobbiah yang bermaksud pendidik) yang akan bersama menggerakkan program motivasi ini. Pada awal pertemuan tu terasa janggal dan segan pun ada kerana penampilan mereka yang kelihatan sopan. Yang perempuannya bertudung labuh dan memakai kain/skirt labuh. Yang lelakinya berkopiah (ada yang berserban) dan berkain pelikat.
Petang itu, kami diperkenalkan kepada adik-adik Nad Tanjong. Sempat juga kami kendalikan aktiviti bersama adik-adik ni. Oh ya, kami kena ber'kecek' sepanjang keberadaan di sini. Kampung ini masih mengamalkan bahasa Melayu dialek Kelantan sebagai bahasa perantaraan manakala Bahasa Thai sebagai bahasa kedua. Pada awalnya ada antara kami yang mengalami kesukaran berkomunikasi kerana Bahasa Melayu
standard sukar difahami. Mujur lidah cepat
adapt dengan bahasa. Jadi boleh la kecek sikit-sikit. hehe~
|
adik-adik lelaki memakai jubah sepanjang program seakan uniform bagi mereka |
Pengalaman yang lepas membantu saya untuk tidak lagi berasa gentar menjejakkan kaki ke bumi Darussalam. Tiada apa yang hendak dikhuatirkan bahkan saya rasa lebih tenang di sini. Memang betul kata bro
Zan Azlee dalam bukunya
Operation Nasi Kerabu, tidak ada apa yang perlu dikhuatirkan di sini kecuali resah jika tidak dapat makan nasi kerabu. Ok, serius nasi kerabu kat sini sedap. Walaupun nasinya tidak berwarna biru, tetapi serius sedap!
...akan bersambung