23.5.08

Tukar uniform sekolah???

salam semua...

"tukar uniform sekolah??"

"yang putih tu ke? kenapa? ada apa dengan baju tu?"

"takkan kamu tak tahu. baru-baru ni ada cadangan nak tukar warna uniform sekolah kita tu. ye la, kan. budak-budak perempuan sekarang ni selalu jadi mangsa culik dan rogol, mungkin sebab baju diorang jarang sangat sampai menarik perhatian kaum lelaki nih."

"lelaki memang macam tu. pantang tengok perempuan. kalau sampai panahan dier tu..apa lagi..ngap la..*sambil buat gaya buaya makan antelop* tapi perlu ke sampai tukar warna uniform? saya dulu pegi sekolah pakai baju putih jugak. OK je. takde pape pun."

"entah la..."


alkisahnya, apa pendapat anda pula tentang isu penukaran pemakaian baju seragam sekolah? respons anda amatlah dihargai. terima kasih. :D

20.5.08

kepalaku diketuk...*tuk*

Salam semua...

terasa rindu setelah sudah empat hari saya berehat seketika daripada menulis. harap-harap tidak terjangkit penyakit acute blogotitis (pinjam terma daripada kak Arshana jap) :P. rehat-rehat pun, rehat saya untuk ke Tamrin Nuqaba' Kebangsaan pada hujung minggu lalu.

"iya, setelah mengharungi pelbagai rintangan, akhirnya ku pergi jua ke sana." ku bermonolog dengan bersemangatnya. :D

banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang menghadiri program ini. serius banyak!! terima kasih kepada pihak penganjur. *DUA IBU JARI KE ATAS* :P

iya, mula-mula dengar tentang tamrin, mesti ada banyak ceramah. yang risaunya..kita ini mudah mengantuk. tapi biasalah, kan. program mana yang tiada ceramah. tapi alhamdulillah, semua slot ceramahnya bagus-bagus belaka. slot daripada Cikgu Sidek dan Abang Ju paling seronok. rindu kt Cikgu Sidek..huhu

kemudian pada malam hari, ada usrah secara berkumpulan. majoriti muka-muka baru dalam kumpulan.

"xpe. itu satu peluang."

hendak dijadikan cerita, saya dilantik sebagai ketua.

"ketua biasa je kot.." ujar hatiku.

selepas perlantikan, semua ketua dipanggil ke hadapan untuk diberikan tugasan.
kami telah diberikan sebuah topik isu semasa untuk dibincangkan dalam kumpulan kami.

"Tajuk: Mahasiswi mencari pendapatan melalui pelacuran semata-mata untuk membayar yuran universiti..mak ai..panjang sungguh isunya."

apa lagi, saya pun teruja hendak membincangkan topik yang agak menarik ini. kebetulan pula saya pernah menulis entri tentang Sufiah. jadi, mungkin tiada masalah kepada kami untuk membincangkan isu ini. jadi, saya pun terus memulakan perbincangan kami.

semasa perbincangan, lain pula kisahnya. ahli kumpulan pula buat hal. ada yang mengantuk. ada yang sibuk ber'sms'. ada yang seperti tidak berminat dengan perbincangan kami. mujur ada yang berminat untuk berbincang.

"pelik...macam kenal je situasi ni..dejavu kah?"

walaubagaimanapun, sikap mereka itu tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan perbincangan. yang penting, tugasan ini perlu diselesaikan.

selesai perbincangan, semua ketua diminta ke hadapan sekali lagi untuk membentangkan perbincangan. saya sempat panjatkan kesyukuran kerana kami sempat menyelesaikan satu tugasan walaupun sambutan daripada ahli kumpulan kurang memuaskan. Alhamdulillah...

sebelum ke hadapan, saya disapa Kak Mar.

"kamu dapat watak apa tadi?" tanya Kak Mar.

saya terdiam. tiba-tiba terasa kepala ini diketuk. *tuk*

"padan la macam kenal je...hadoii!" sambil tersengih.

rupa-rupanya memang benar saya kenal dengan situasi tadi.

"aku jadi bahan modul rupenyer..."

cukup setakat di sini sahaja. akan saya lanjutkan kisah ini lagi di entri saya akan datang. insyaALLAH.


untuk santaian dan renungan, mari tonton video ini. Selamat menonton!



apa perasaan anda selepas menonton video ini?

nantikan sambungannya di entri saya yang seterusnya. ;)

15.5.08

Hari Nakbah


Salam semua...

hari ini, 15 Mei ialah Hari Nakbah.

apa itu Hari Nakbah?

Nakbah membawa maksud malapetaka/bencana besar.

malapetaka besar buat negara Palestin dan juga umat Islam sejagat.

tarikh keramat 15 Mei pula ialah tarikh penubuhan negara haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.

untuk pengetahuan lanjut tentang Hari Nakbah, boleh taip "Hari Nakbah" atau "Nakba Day" di carian Google atau Yahoo. ;P



p/s: mari kita boikot barangan Amerika Syarikat dan Denmark. setiap sen yang kita guna untuk beli barangan mereka menyumbang kepada pembelian senjata untuk membunuh saudara seIslam kita di Palestin. sokonglah barangan buatan tempatan dan yang paling penting ada tanda logo Halal yang disahkan oleh JAKIM. =)

p/s/s: kawan-kawan, jangan lupa untuk doakan agar ALLAH beri kekuatan dan kesejahteraan kepada saudara-saudara kita yang ditindas di Palestin dan juga di seluruh negara.

doakan juga semoga ALLAH kuatkan iman dan tabahkan hati kita daripada kelalaian, kemewahan dunia, pengaruh liar Barat, dan pujukan syaitan.

sayangilah diri anda! =)

14.5.08

'SMS Merah' - kecoh sungguh!

"slm shbt2. diminta berhati2 apabila mendapat panggilan yg tidak dikenali di mana panggilan telefon yang bernombor panjang cth: +62852731520946 dan yang paling penting nombor itu berwarna merah. diminta jgn sekali2 menjawab panggilan tersebut. Ini kerana di indonesia sekumpulan penuntut ilmu hitam sedang mguji ilmu hitam mereka melalui telfon.jika sesiapa yang mnjawab pgilan itu akan berbuih dan akan mati selepas itu. ini mgkin nmpk mcm satu gurauan tapi prcayalah perkara ini benar2 tlh terjadi. even kes ni masuk berita kt indonesia n ia mula tersebar ke m'sia. doa2kanlah moga kita dijauhkan dpd sihir n sebrg gangguan syaitan. tlg sebarkan. seriously ni kes benar. dpt sumber sahih dr indonesia sendiri."

Salam semua...

Untuk pengetahuan semua, pernyataan di atas adalah khabar angin dan (tidak) sengaja disebarkan untuk menakutkan orang ramai terutamanya pengguna-pengguna telefon bimbit.

sila rujuk:
maaf kepada semua yang terlibat. harap kalian sebarkan perkara ini kepada semua.
terima kasih kpd saudara KM atas teguran membina saudara.


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kejahilan sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Hujuraat:6)


Pesanan daripada saudara KM:
ati2 penipuan HOAX and PESIN di HP dikauuww..
HOAX Itu Cuma Kerjaan Orang-Orang Iseng dengan beberapa alasan :
  1. Pengalihkan Perhatian
  2. Membuat Gempar/Teror
  3. Mengambil/Mencari Keuntungan
  4. Membuat Rugi Pihak Lain
  5. Persaingan Kotor
  6. Mencari Sensasi
  7. Membuat Panik
  8. Hanya Isu Ngak Jelas

PENIPUAN.....!! disini juga gitu, jam 10 dah suruh matiin, tujuannya kalau kita matiin hp kita, nanti penipu akan menelpon (misal) orang tua mengatakan bahwa kta kecelakaan dan kritis (misal) harus dioperasi, lalu minta uang secepatnya atau kita (misal) mati, kalau hp kita matikan maka (misal) orang tua tidak dapat mengkonfirmasi keadaan, dan karena bingung & takut & khawatir langsung mentransfer uang kepada si penipu, penipu tinggal mengambil uang dan melenggang pergi.

memang ada radiasi dari hp, tapi bukan malam saja, siang juga asal hp itu nyala. tapi radiasi itu kecil sekali dan tidak sampai membunuh namun mengurangi umur 1-2 thn (Jangan terlalu sering meletakkan hp dekat tubuh, terutama kepala ya!!) Tapi kalau ada yang pake alat pacu jantung, interverensi hp bisa mengganggu jantung dan orang nya bisa mati!


Pesanan buat kawan-kawan: kalau nak sebarkan sebarang khabar, tolong pastikan khabar yang hendak anda sebarkan itu telah dikaji dan dibuktikan kesahihannya.


Ya ALLAH. ampunilah aku. aku telah berdosa.
Ya ALLAH. jauhilah kami daripada bencana kelalaian.
dekatkanlah hati kami denganMu, Ya ALLAH...
aameen...

13.5.08

'Sayang Sayang Sayang?'

Salam semua...

terdetik hati untuk menulis entri ini selepas membaca entri sahabat saya, Azree. entri ini menyentuh tentang perasaan cinta.

cinta? cinta apa ya? saya pasti ramai yang memikirkan cinta sesama manusia. iya..cinta atau 'sayang sayang sayang' oleh alif aziz atau juga couple.

ya..saya akui. topik ini agak bosan. tapi dalam kebosananlah, kita alpa dan leka hingga membiarkan rakan sebaya hanyut dibuai arus cintan ini.

berlambakan kisah cinta yang sedang berlaku di dunia luar sana. pada pandangan saya, ada 4 jenis kisah cinta:
  1. ada kisah cinta yang berjaya hingga ke jinjang pelamin dan beranak pinak.
  2. ada kisah cinta yang berjaya ke jinjang pelamin tetapi setakat di situ sahaja.
  3. ada kisah cinta yang tidak perlu ke jinjang pelamin tapi sudah beranak pinak.
  4. ada pula kisah cinta yang 'islamic'.

fokus saya di sini ialah tentang kisah cinta nombor 3 dan 4. pengisian di bawah ini adalah petikan daripada entri Azree. terima kasih, Azree. semoga entri ini dapat memberi manfaat kepada semua.

sumber rujukan: http://studiomuslim.com/dakwah/dakwah-dan-cinta/


Lawan Vs Kawal

“Kamu perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.

Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya... Dan juga senior termasuk naqib saya itu.

Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.

“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.
“Belum lagi.” Jawabnya ringkas.

Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.

“Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”

Seorang ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.”


Over Rate Diri Sendiri

“Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.

“Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.

“Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.

Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, ’Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’

“Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.

“Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.

“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya. Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai ’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.

Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.

Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.

Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.


Hijab dan Wanita Dakwah

Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.

Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.

“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat. Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.”

Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar. Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak.

Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.

Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan.


sumber rujukan: http://studiomuslim.com/dakwah/dakwah-dan-cinta/

terima kasih sekali lagi kepada Azree. semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua. =)

p/s: been there, done that. ;)

12.5.08

Hari Ibu kami =)

Slm semua...

Hari Ibu...ehehe..
ada cerita di sebalik Hari Ibu tahun ini.
Cerita yang bagi ku mungkin agak unik dan bermakna.

entah macam mana aku mendapat keyakinan bahawa Hari Ibu jatuh pada 8 Mei.
padahal sudah nyata buat sekian lama bahawa Hari Ibu jatuh pada minggu kedua bulan Mei.
"tu la...cuti ni mane tengok kalendar..sume hari same je.." ku bermonolog.


Khamis, 8 Mei 2008. kira-kira pada jam 10 pagi.

sempat lagi ku khabarkan kepada ayahandaku tentang Hari Ibu...
berikut merupakan perbualan kami di telefon.

"Ayah, hari ni Hari Ibu."
"oh, ye ke. Ayah pun tak ingat la. habis tu nak buat ape?"
"tak tau la. ingat nak buat kad. tapi dah selalu buat. ingat nak belikan hadiah."
"OK jugak. nak belikan ape?"
"tengok la apape yang leh beli nanti."
"duit ade?"
"duit? ehehe..sik ada."

kedengaran Ayah ku ketawa di talian.
aku pun tersengih.

"takpelah. kitorang buat kad je lah. lagipun Adik ade cadang nak buat picnic."
"oh. OK lah tu. tak payah beli hadiah. buat kad je. nanti tunjuk kat Ayah."

selepas meredah pelbagai halangan...
dipendekkan cerita, Kad Hari Ibu pun siap.
selepas mendapat tandatangan daripada semua ahli keluarga,
senyap-senyap kami letakkan Kad Hari Ibu di atas meja solek Mama.
kami letakkan betul-betul di sebelah tas tangan Mama.
kononnya mahu buat kejutan.

di ruang tamu di hadapan televisyen.
iklan Hari Ibu.
"la..ye ke..betul la hari Ahad.." ku bermonolog lagi sambil tersengih.
sehingga ke hari Sabtu, kami mendiamkan diri tanpa menyentuh isu Hari Ibu.


Sabtu, 10 Mei 2008. kira-kira jam 9 malam. dalam kereta.

"jadi ke picnic esok?"
"jadi. ni nak gi beli makanan la ni."
"oh. gi picnic kat mana?"
"kat Semenyih."

lantaran kepenatan kerana pergi merantau di siang hari
dan menunggu Mama ku di stesen komuter UKM,
ku berpura-pura tidur sebab tidak mahu turut serta ke pasar mini.
tetapi aku ikut juga sebab tidak mahu ditinggal bersendirian di dalam kereta.
ehehe...


Ahad, 11 Mei 2008. HARI IBU SEDUNIA. jam 9.30 pagi.

aku baru bangun.
terus ke komputer.
tiba-tiba Mama tegur.

"Along, tak siap lagi?"
"hah..?"

aku kemamaian.

"nak pegi dah la."
"oh. nak pegi pukul berapa?"
"pukul 10 nanti."

aku tengok jam.
sudah 9.49 pagi.
aku tersengih.

"OK."

konvoi tiga kereta: kereta kami, Kak Naz, dan Uncle Din.

Bangi >> Semenyih >> tinjau Sg Tekala...penuh >> tinjau Sg Gabai...penuh >> Hulu Langat >> destinasi terakhir: Ecotouria Resort, Sg Congkak

Alhamdulillah...akhirnya sampai juga hajat kami untuk berkelah.


air sungai ni sejuk...brrr...

lepas mandi, kami makan ikan bakar

monyet peliharaan tuan punyer Ecotouria Resort

cuma ingin berkongsi.
walau sesibuk mana pun kita
hargailah masa yang kita ada bersama orang yang tersayang.
dan
hargailah keindahan alam sekitar.
(",)v

9.5.08

Kisah Sufiah dan Remaja Kita (versi Bahasa Inggeris)

Salam people...

today's entry is related to my previous entry - "Khabar Sufiah dan Remaja Kita". but it's gonna be in English. :)

a big thank you to my friend, Kema for reminding me about this.

here, we might know why Sufiah, the rempits, and others are corrupted. we can't just put blames on each other and end up doing nothing to the poor kids. we should n MUST help them!

why MUST we help them? OK. let say if you happen to know that the person you love the most commited shoplifting(eheh)..what would you do? are you gonna leave him/her alone with their mistake? of course not. you won't leave him/her. same goes to them. you must help them because you love them. treat them like your brothers or sisters.

how should we help them? they are the person you love. so, would you scold him/her? scare them to death? of course you won't, would you? you must have advice or slow talk with him/her so that he/she won't repeat the same mistake again. well, again, same goes to them. we can talk to them and advice them. show them the right way to behave.

well, i guess that's something that everyone should ponder.

related topic: Hilangnya Budaya Kesukarelawan di Kalangan Mahasiswa

8.5.08

My Kind of Sandwich

You Are a Club Sandwich

You have a big personality. It's hard for anyone to ignore you!
You dream big. You think big. And you eat big.
Some people consider you high maintenance, but you just know what you want... and when you want it.

Your best friend: The Tuna Fish Sandwich

Your mortal enemy: The Peanut Butter and Jelly Sandwich




i like the descriptions..
i like the part "it's hard for anyone to ignore you". hehe...
i like to eat tuna fish sandwich...>:)
but i prefer to eat peanut butter and jelly sandwich the most..too bad if it's my mortal enemy.


some might think i'm a perfectionist.
wanna know what, I AM a perfectionist. ahahaha...*evil laugh*


however, i'm learning to take other people's opinion into consideration.
yeah..i've gotta learn to lower my alter ego.
yeah..watev...


to jaed: la la la... :P


extra info: i'm good at chasing people away. i dunno. it just happen naturally, i guess. ;)

Death and Us

Salam people...

entry for today - Death and Us.
"wut do u mean with dat?"
"well, it's simple. it's about death and us. *lol*"
"enough babbling."

Death and Us...
lately, my surroundings are all related to death.

first, last drama i watched: One Litre of Tears
it was a Korean drama based on a true story. (thanks to my friends, i'm now addicted to kdrama.^_^")
summary: a normal 15-year old girl being diagnosed SCD-causes neurons to damage gradually. to overcome her fear of losing senses, she wrote a diary about her painful disease and her hopes. she died 10 years later.
it was a 10-episode drama and i cried for every episode. just like in japanese drama - Yamada Taro Monogatari. *demn*

here's some conversation telling the reason of crying. (mind me of BM conversation..eheh)

AMK: jgn menangis yg bukan2. menangis krn citer yg d lakonkn x dpt pape pon.
me: tp itu yg best. kiter dpt merase perasaan yg jrg kte dpt. hehe..
AMK: menangis adalah perasaan no 1 manusia. no 2 adalah gembira.
me: bkn ke menangis satu perbuatan? sedih itulah satu perasaan. err..tu pndpt sy la.
AMK: betul le tu. sy slh ckit je. tu pon nak berkire.
me: hehe..mane de..
AMK: jd.. xyah le menangis yg sia2.
me: xsia2 pn.. at least sy blaja sumthing.
AMK: pe yg dpt?
me: feeling jgn mudah give up.
AMK: lg?
me: kte xtau kte mati bile... selagi nyawa dikandung bdn, selagi tu la kte kne meneruskan hidup tnpa menyia2kan mase yg ade.

-end of conversation-

second, i just finished reading a blog - http://khalidaziz.blogs.friendster.com/khalids_blog/.
the true story goes like in the korean drama. he wrote about his whereabouts until the day he passed away. to his families, be strong. :)

third, the father of my R&D manager passed away last month. http://haris.blogspot.com/

forth, i watched the so-called scary video recommended by my sister.
(watch: http://www.youtube.com/watch?v=KjWQcT4qGUU&feature=related)
summary: it was about three portugeses in a car looking for a place. two guys and a girl. one driving and another one recording the scene. it was at night. when they reached the highway, they saw a young lady(which the audience refer her as the ghost) and they gave her a lift. to cut the story short, they had an accident and two of them died.
my sister told me it was real. she happened to know about it when she went to a talk conducted by an ustaz. i watched it during the day..so less scary la. hehe..(if u ask me whether i believe it or not, that's another issue.)

all in all, i just wanna say that death and us, cannot be separated. the gap between death and us is not that far. it's the nearest thing..like a saying: it's between your two fingers. it's very near, like our own shade. cannot be separated.

Rasulullah PBUH said, the wisest man of all is the man that always think about death. (p/s: i'm not good in delivering hadith..but i hope you can understand my message.^_^")

so people, be prepared. always.
u can live your life to the fullest..but make sure your life is not meant just for you, but also for the sake of other people. be good. avoid evil.

al-fatihah to Bro Khalid and Haris' father. May Allah give strength to both families. aameen.

7.5.08

Khabar Sufiah dan Remaja Kita

Slm semua...

Kisah remaja pintar Sufiah - saya percaya ramai yang tahu akan perihal Sufiah. kisah beliau telah menjadi buah mulut di merata tempat sejak akhir-akhir ini. saya pernah melihat beberapa video mengenai beliau di youtube..sebagai seorang perempuan, saya agak malu dan sedih dgn perlakuan beliau beraksi di hadapan kamera tanpa merasa segan silu. beliau juga mengatakan betapa beliau bangga dengan kehidupan beliau sekarang...sampai begitu sekali..sungguh dahsyat..

walaubagaimanapun, bukan kisah Sufiah yang saya ingin perbesarkan di sini. Tetapi kisah remaja kita yang perlu kita risaukan.

tatkala ramai yang mengambil berat akan kisah Sufiah, agak ramai yang tidak tahu bahawa yang perlu diambil berat juga ialah kisah remaja kita. bukan saya hendak mengatakan bahawa kita perlu mengabaikan kisah Sufiah. tidak..tidak sama sekali. sebagai seorang Islam, kita wajib membantu saudara seIslam kita yang sedang dalam kesusahan.

di sini saya ada beberapa soalan...

apa reaksi anda apabila membaca berita tentang Sufiah?
"tak malu sungguh budak ni!"
"buat malu mak bapak je"

bagaimana pula reaksi anda apabila membaca berita tentang rempit, bunuh, rogol, dadah, atau kes buang anak?
"apa nak jadi dengan diorang ni?!"
"lagi-lagi kes yang sama, tengok bola lagi bagus!"
"ish ish ish, teruknya.."

itu mungkin reaksi-reaksi anda. reaksi-reaksi yang saya percaya ramai di kalangan anda yang menuding jari kepada si pelaku.

bagaimana pula reaksi anda apabila membaca berita tentang kes rogol yang melibatkan bapa anda?
atau kes buang anak yang melibatkan anak perempuan anda?
atau kes bunuh yang melibatkan anak lelaki anda?
na'udzubillahi min dzalik...

adakah anda masih mahu menyalahkan si pelaku?
menyalahkan anak-anak anda?
menyalahkan darah daging anda sendiri?
orang yang anda paling sayang?
tentu jawapan anda mustahil bukan?

tapi realitinya kita tidak tahu.

seperti kisah Sufiah tadi, emak Sufiah terkejut ketika mengetahui perkembangan anaknya. seorang ibu yang telah melahirkan dan membesarkan anaknya bagai menatang minyak yang penuh dengan harapan anaknya berjaya di masa hadapan. sama juga seperti ibu bapa yang lain yang menghantar anak-anak ke sekolah, berpenat lelah mencari rezeki demi sesuap nasi untuk melihat anak-anak mereka membesar menjadi anak-anak yang berguna. tapi realitinya kita tidak tahu hala tuju mereka.
jadi, siapa yang sepatutnya menunjukkan arah kepada mereka kalau bukan kita?

it's time to make a change. ubahlah persepsi anda. marilah kita bersama-sama merubah nasib remaja kita. demi agama dan masa depan kita.

Looking for Trained Facilitators

Salam people...

i'm looking for trained facilitators for this upcoming programme:

name of programme : Program Motivasi utk Pelajar Sekolah Menengah
date : 23rd-25th May 2008
venue: somewhere in Melaka
no. of facilitators needed: 25

if u're interested, contact me at kiter_senorita@yahoo.com.
latest confirmation is by 20th May 2008.
details of the programme will be brief for those who are willing to join. TQ. =)

6.5.08

Bismillaahir Rahmaanir Raheem...

Salam people.

At last, I am now officially writing on my own blog site. yeay!! ^_^

Previously, I used to write my entries on friendster, but now, thanks to my friends, I decided to have my own blog site. I think it's gonna be easier and more convenient.

Well guys, thank you for coming to my page. feel free to drop your comment and suggestion. =)