12.5.08

Hari Ibu kami =)

Slm semua...

Hari Ibu...ehehe..
ada cerita di sebalik Hari Ibu tahun ini.
Cerita yang bagi ku mungkin agak unik dan bermakna.

entah macam mana aku mendapat keyakinan bahawa Hari Ibu jatuh pada 8 Mei.
padahal sudah nyata buat sekian lama bahawa Hari Ibu jatuh pada minggu kedua bulan Mei.
"tu la...cuti ni mane tengok kalendar..sume hari same je.." ku bermonolog.


Khamis, 8 Mei 2008. kira-kira pada jam 10 pagi.

sempat lagi ku khabarkan kepada ayahandaku tentang Hari Ibu...
berikut merupakan perbualan kami di telefon.

"Ayah, hari ni Hari Ibu."
"oh, ye ke. Ayah pun tak ingat la. habis tu nak buat ape?"
"tak tau la. ingat nak buat kad. tapi dah selalu buat. ingat nak belikan hadiah."
"OK jugak. nak belikan ape?"
"tengok la apape yang leh beli nanti."
"duit ade?"
"duit? ehehe..sik ada."

kedengaran Ayah ku ketawa di talian.
aku pun tersengih.

"takpelah. kitorang buat kad je lah. lagipun Adik ade cadang nak buat picnic."
"oh. OK lah tu. tak payah beli hadiah. buat kad je. nanti tunjuk kat Ayah."

selepas meredah pelbagai halangan...
dipendekkan cerita, Kad Hari Ibu pun siap.
selepas mendapat tandatangan daripada semua ahli keluarga,
senyap-senyap kami letakkan Kad Hari Ibu di atas meja solek Mama.
kami letakkan betul-betul di sebelah tas tangan Mama.
kononnya mahu buat kejutan.

di ruang tamu di hadapan televisyen.
iklan Hari Ibu.
"la..ye ke..betul la hari Ahad.." ku bermonolog lagi sambil tersengih.
sehingga ke hari Sabtu, kami mendiamkan diri tanpa menyentuh isu Hari Ibu.


Sabtu, 10 Mei 2008. kira-kira jam 9 malam. dalam kereta.

"jadi ke picnic esok?"
"jadi. ni nak gi beli makanan la ni."
"oh. gi picnic kat mana?"
"kat Semenyih."

lantaran kepenatan kerana pergi merantau di siang hari
dan menunggu Mama ku di stesen komuter UKM,
ku berpura-pura tidur sebab tidak mahu turut serta ke pasar mini.
tetapi aku ikut juga sebab tidak mahu ditinggal bersendirian di dalam kereta.
ehehe...


Ahad, 11 Mei 2008. HARI IBU SEDUNIA. jam 9.30 pagi.

aku baru bangun.
terus ke komputer.
tiba-tiba Mama tegur.

"Along, tak siap lagi?"
"hah..?"

aku kemamaian.

"nak pegi dah la."
"oh. nak pegi pukul berapa?"
"pukul 10 nanti."

aku tengok jam.
sudah 9.49 pagi.
aku tersengih.

"OK."

konvoi tiga kereta: kereta kami, Kak Naz, dan Uncle Din.

Bangi >> Semenyih >> tinjau Sg Tekala...penuh >> tinjau Sg Gabai...penuh >> Hulu Langat >> destinasi terakhir: Ecotouria Resort, Sg Congkak

Alhamdulillah...akhirnya sampai juga hajat kami untuk berkelah.


air sungai ni sejuk...brrr...

lepas mandi, kami makan ikan bakar

monyet peliharaan tuan punyer Ecotouria Resort

cuma ingin berkongsi.
walau sesibuk mana pun kita
hargailah masa yang kita ada bersama orang yang tersayang.
dan
hargailah keindahan alam sekitar.
(",)v

1 comment:

Anonymous said...

Salam Achik... Nice post...
Ryte, walau sesibuk mana pun kita, kita perlulah meluangkan masa bersama keluarga. Tanpa keluarga, siapalah kita? Ryte?