31.12.08

Senarai Harapan (baca: Wishlist)

dikemaskini pada tarikh 31 Disember 2008

Salam semua...

januari dah nak dekat...tinggal lebih kurang 5 hari lagi menuju ke tarikh keramat. hehe...

jujurnya, Empunya Laman tak pernah buat Senarai Harapan (baca: Wishlist) ni. ni pun saja nak buat. sekurang-kurangnya ada la pengalaman buat senarai ni. lepas ni takda la nak teringin atau kempunan nak buat senarai ni. hehe..

OK. kalau tahun lepas, Empunya Laman sambut dengan teman-teman sebilik dan hadiah paling bermakna ialah dapat mesej pesanan ringkas mengatakan Empunya Laman berpeluang mewakili Kulliyyah ke ISTAC. =)

OK. dipendekkan cerita, ni senarainya:
  • Kombat 1511
  • 1515 (dah jumpa. Semut bagi pinjam.)
  • Bahtera Penyelamat
  • apa-apa buku psikologi
  • sambut dengan keluarga (tahun lepas Mama dan Ayah pergi haji. tak dapat sambut sama-sama.)
  • Sang Murobbi (dah pesan kat Moja. terima kasih As)
  • external hard disk (tak mengharap sangat. boleh cari nanti.)
  • semangat yang terus bersemangat :D
  • satu Senarai Harapan (dah tercapai)
  • (dikemaskini) modem untuk akses internet
  • (dikemaskini) bagpack
  • (dikemaskini) kamera digital
  • (dikemaskini) Angah sentiasa bahagia





notakaki: takda mengharap pun. Semut kata, lebih seronok kalau kita sendiri yang menunaikan harapan tu. ada betulnya. erm, ni kira sedang menunaikan la kan?

30.12.08

Teruskan bersemangat!!!

salam ma'al hijrah semua...

apa khabar? dah lama tak pos entri baru. rasa rindu pula kat Laman Kehidupanku ni.

maaf la ye kawan-kawan. tak dapat nak pos entri baru selalu. nak masuk internet dah tak boleh 24 jam macam kat rumah. sejak berada di bumi Kuantan ni, masuk internet baru 3 kali untuk tempoh 9 hari. masuk internet pun, buka e-mel, buka blog. tak sempat nak baca semua blog kawan-kawan. mana yang sempat tu, Empunya Laman simpan dalam pendrive untuk dibaca bila-bila dalam kelapangan.

dapat pos entri ni pun sebab pinjam modem kawan. terima kasih ye, adaw. =D

perkembangan terkini:
- kelas dah mula.
kelas RKUD: memang teruja tak terkata
kelas Clinical Biochemistry: best!
kelas Medical Microbiology: tak sabar nak masuk makmal. =D

- Sahabatku yang sorang ni dah balik lepas extend cuti. rasa macam nak peluk kuat-kuat je bila jumpa. habis satu aras boleh dengar namanya dijerit. hehe... tadi kitorang jalan-jalan kat Megamall. saja jalan-jalan sambil makan aiskrim. :P

- masa jalan-jalan, jumpa banyak buku best! tunggu duit masuk dulu, lepas tu kita pulun buku-buku tu habis-habisan..ngeh3

- dapat ole-ole dari Pulau Kokos. hehe...

- hujung minggu ni ada program My EvoCamp kat Janda Baik. moga perjalanan program berjalan dengan lancar.

- lagi 5 hari menuju tarikh keramat. jeng jeng jeng...



itu sahaja perkongsian untuk entri kali ni. Empunya Laman nak syorkan kawan-kawan semua baca entri ini - sebuah perkongsian yang sangat menarik. ;)

24.12.08

Sedar

salam semua...

dulu sampai sekarang
bila jalan-jalan lawat blog
jumpa perkara yang tak diingini
rasa macam nak marah
tak puas hati
"mane boleh macam tu.."
"selamber je.."

tapi..

bila direnung kembali
entah-entah
Empunya Laman pun macam tu

apa yang dibuat pemblog tu
ada je dekat blog ni

...

bila difikir semula
macam dah terpesong je
dari objektif asal

nak delete ke..?
ekstrim sangat plak


takpa
kita belajar dari kesilapan
jangan sampai berulang lagi

apa lagi
jom berubah
yang baik kita ikut
yang tak baik kita jadikan pengajaran
kebetulan
1 Muharram pun tak lama lagi

jom!

Allahu Akbar!!!

23.12.08

Mari Bersemangat!!!

salam semua...

Empunya Laman kini sudah berada di bumi Kuantan. hari ni dah masuk hari ke-2 di sini.

tak banyak perubahan dan perkembangan.
- Kulliyyah Farmasi masih dalam pembinaan.
- Mr. Mongu sihat, alhamdulillah.
- belum berkesempatan berjumpa kawan-kawan dari kawasan hutan yang biasa ziarah kami. waktu makan tengahari nanti datang la tu.
- belakang mahallah, ada papan tanda baru: "VISITORS ARE UP TO THIS POINT ONLY".
- kafe sebelah kafe Dila dah boleh pesan minuman.
- semalam sempat beli barang kat Kuantan Parade. dalam perjalanan ke KP tu, nampak la landmark yang menaikkan nama kampus kami. hmm..dalam banyak-banyak perkara, perkara yang ini yang mempopularkan kampus tercinta. padan la kawan Mr. Mongu suka ziarah kami. hmm...

hari ni takda kelas. kelas batal.
semalam ada kelas Introduction to Quality Assurance. pengenalan je baru. siap bervideo conference lagi. kelas RKUD pun dah mula. Empunya Laman dah tahu dah nama subjek RKUD ni - Philosophy of Science. memang bakal jadi subjek kegemaran ni. teringat pengalaman ketika ke ISTAC tahun lepas. masyaAllah.

aktiviti...
- WacKOS: tengah tunggu PM balik. Pusat Sumber (baca: Resource Centre) dah tunggang-langgang. tapi tak kisahlah. kita boleh susun balik sama-sama.
- bilik baru lepas kemas. baru 5 minggu tinggal, baju dalam almari dah naik kulat. mungkin sebab cuaca kat sini lembap dek musim tengkujuh. takpa, mesin basuh kan ada. selesai satu masalah. hee..
- lepas ni banyak cuti. khamis ni cuti, lepas tu cuti awal muharram, lepas tu cuti tahun baru. mujur cuti tahun baru cina lambat lagi. kalau tak, jenuh nak ganti kelas.
- hujung minggu ni dan minggu depan ada program. nak ikut? jom!



apa-apa pun, tak kira susah ke senang ke, asalkan kita terus bersemangat. Allahu Akbar!




notakaki: gambar di Kem Hijri dah keluar. nak tengok boleh ke laman ini. =)

18.12.08

Kepulangan

Salam semua...

Beberapa siri kepulangan sedang berlaku dalam diari Empunya Laman. Jap, Siri kepulangan?? Apakah?? nak tau, sila teruskan membaca entri ini.



Kepulangan 1: Kem Hijri

Alhamdulillah, Empunya Laman baru selesai mengikuti program Kem Hijri yang diadakan di Sepang. Mula Isnin lepas sampai semalam. Banyak perkara yang Empunya Laman telah pelajari sepanjang berada di kem ni. Dapat pengalaman baru. Dapat jumpa Kak Sue. Dapat berjumpa dengan Ustaz Hasrizal dan team STC: Ustaz Izham, Ustaz Ridzuan, Ustaz Omar, serta Saiful Islam aka Yop aka anak Ustaz Hasrizal. Dapat berkenalan dengan adik-adik baru. Alhamdulillah.

Kem ni jika dilihat pada aturcaranya, ringkas je. boleh kata 60% daripada slot program diisi dengan kuliah. Ada juga aktiviti riadhah seperti main air dan jungle-tracking. Macam kem-kem yang lain. Kalau kuliah je memanjang mesti bosan, kan. Tapi yang menariknya, majoriti daripada peserta berjaya memberi tumpuan sepenuhnya dalam kuliah. Tak bersembang, tak tidur. Yang tidur pun hanya sorang dua. Tu pun mungkin sebab penat sangat. Menarik tak? Apa rahsianya?? “There’s no secret ingredient, you just have to believe,” kata ayah Po dalam Kung Fu Panda. Itulah rahsianya. Apapun, pada pandangan peribadi, pengisian kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal sangat memberi kesan kepada Empunya Laman. Profesionalisme dan semangat yang ada pada team STC pun banyak mengajar diri supaya menjadi lebih baik lagi di masa akan datang.

Secara keseluruhan, kem ni best! Bukan sebab boleh main air je, tapi sebab pengajaran dan pengalaman yang ditimba sepanjang kem ni. Ucapan terima kasih kepada team STC kerana memberi peluang ini. barokallahu fikum. Kem Hijri – sesuai dengan kedatangan 1 Muharram akan datang, tujuan kem untuk mengajak semua untuk berhijrah menjadi lebih baik. InsyaAllah.

untuk maklumat lebih lanjut tentang Kem Hijri, sila lawati laman ini.


Kepulangan 2: Jemaah Haji

Empunya Laman ke KLIA malam semalam untuk menjemput Mama yang baru pulang dari Sabah. Dalam kepenatan pasca-program, tergerak juga hati nak temankan Ayah ke sana. Kononnya nak teman Ayah supaya Ayah tak cepat mengantuk, tapi sebabkan penat, tertidur juga. Eheh..

Sampai je di KLIA, tengok ada banyak kereta masuk. Pelik. Rupa-rupanya nak sambut kepulangan jemaah haji. Allahu Akbar.

Teringat waktu nak ambil Ayah dan Mama tahun lepas. Macam ni jugak la. Ramai orang. Jemaah semua pakai pakaian putih je. Terfikir la, kalau-kalau Ayah dan Mama pakai putih jugak, jenuh la kitorang nak mencari dari dalam kereta. Nak letak kereta tak boleh sebab jauh. Tika tercari-cari, terlihat kelibat seorang jemaah lelaki. Berjubah hitam dan berserban elok. Muka jernih, bersih tanpa kumis dan janggut. “Kemas,” puji hati. Tiba-tiba Adik bersuara, “tu Mama!” Pemandu setia kami sepanjang ketiadaan Ayah dan Mama, Abang Mahfuz, sepupu kami pun mencari tempat meletak kereta. Kebetulan ada kereta nak keluar, kami pun masuk memarkir. Alhamdulillah. Kami segera keluar menyambut Mama. Mama senyum, kami bersalaman dan berpelukan. Tengok troli kat belakang penuh. “Mama, Ayah mana?” sambil tercari-cari Ayah di sebalik puluhan jemaah yang lain. “Tu Ayah,” sambil menunjuk ke belakang. “Mana?” detik hati sambil mencari. Ternampak jemaah lelaki berjubah hitam tadi. Berjalan ke arah kami. Abang Mahfuz bersalaman dengan lelaki tu. Adik pun. Angah pun. “Ayah rupanya! Subhanallah!”


Kepulangan 3: Kembali

petang semalam ayah mertua En. Azlan, jiran kami telah kembali ke rahmatullah. sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan doakan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang soleh. aameen...


Kepulangan 4: Kuantan

InsyaAllah, Ahad ni Empunya Laman akan pulang ke Kuantan, pulang menemui kekasih lama – En. Tortora dan En. Mongu. Semester baru dijanjikan dengan subjek baru yang bunyi macam best dan mencabar: Introduction to Quality Assurance, Radiobiology, Parasitology & Entomology, Clinical Biochemistry, Medical Microbiology, RKUD (tak ingat nama subjek tapi yang pasti subjek ni bakal jadi subjek kegemaran), dan Parenting. 7 subjek kesemuanya. Ini mencabar diri untuk belajar dengan lebih tekun. no more play-play ha. Takpa, mesti boleh punya.. Allahu Akbar!

Ingat kata-kata ayah Po, “there’s no secret ingredient, you just have to believe.” Jadi, yakinlah dengan Allah dan yakinlah dengan diri sendiri. :astig:




notakaki: menghitung hari akan ketibaan Januari. hee~

12.12.08

"Doa sahaja kan belum memadai?" - Tunggu Teduh Dulu

salam semua...

Empunya Laman baru selesai baca novel Tunggu Teduh Dulu karya Faisal Tehrani. sengihnampakgigi
menarik jalan ceritanya. mula-mula ingatkan novel cintan, tapi cintan-cintan pun tak sama macam novel cintan yang lain. senyumkenyit tertarik hati ni nak baca pun sebab FT yang tulis. nak tahu macam mana cara penyampaiannya dan jalan cerita FT dalam kisah ni. kenyit

OK. secara ringkasnya, Tunggu Teduh Dulu mengisahkan tentang kecekalan dan ketabahan seorang wanita yang bernama Salsabila dalam menempuh episod kehidupan yang bermacam ragam. bermula dengan kisah persahabatan beliau bersama Kamil dan Lam Ping Hai sejak di bangku sekolah yang hampir pudar dek perebutan satu hati oleh dua jiwa, diselangi dengan kisah jerih payah beliau dalam mengusahakan ladang betik di tanah pusaka bersama Teh Sofia, serta kisah beliau dalam memperbaiki hubungan bersama keluarganya.

memetik kata-kata Teh Sofia, "Orang tak boleh pandang kita lemah. Kita perempuan Islam yang ada kekuatan dan maruah," FT berjaya mempengaruhi pembacanya dengan pembawakan watak seorang wanita Islam yang kuat dan tabah mengharungi cabaran duniawi demi mengejar keredhaanNya. kalau Muslimat di luar sana yang sedang dalam dilema atau punyai masalah, bacalah novel ni. insyaAllah, rasa lebih bersemangat lepas baca novel ni. serius! nerd

bab kegemaran Empunya Laman ialah bab Dua Puluh Lima, Dua Puluh Enam, dan Empat Puluh Empat. bab-bab saspen ni. nak tau baca. kenyit

nak berangan jadi macam Salsabila..fuh..jauh bezanya. memang jelas beliau seorang yang tabah dan sabar menempuhi dugaan. segala keputusan yang dibuat olehnya diserahkan bulat-bulat kepada Allah SWT. segala perkara diistikharah, diselidiki, dan difikir sehabis-habisan. sampai satu tahap, beliau sendiri tak tau nak buat keputusan. akhirnya, berkat kesabaran dan do'a, Allah tunjukkan jalan tanpa beliau sedari. dan jalan yang diberi petunjuk olehNya itulah jalan yang terbaik. kan?

bukan senang nak jadi macam Salsabila. hmm..apa pun, diri ni pun kenalah berusaha untuk menjadi hamba yang terbaik demi apa lagi kalau bukan untuk mendapatkan keredhaan dan rahmat dari-Nya. betul tak?

lagi satu watak yang Empunya Laman suka dan kagumi, watak Sazli. Sazli dalam kisah ni merupakan pekerja ladang betik Salsabila. kiranya Salsabila ni bosnya. bekerja di ladang selepas tamat SPM dan merupakan pekerja paling muda dan paling rajin di ladang Salsabila. walaupun di usia yang muda, beliau sungguh berpengetahuan baik dalam ilmu alam juga ilmu agama, itu yang paling utama. Sazli punyai ciri-ciri seorang pemimpin - berani, penyabar, ambil berat, dll - dan setiap perlakuannya (baca: akhlak) sangat berhikmah. pernah beliau dituduh oleh Salsabila atas perlakuan yang beliau tak buat, tetapi beliau terimanya dengan hati yang redha. masyaAllah..

lagi satu watak yang Empunya Laman suka ialah watak Lam Ping Hai. seorang muallaf yang memilih nama Saifullah selepas memeluk Islam. seorang yang berfalsafah, tidak mudah berputus asa, sangat menghayati konsep perjuangan (serasi dengan namanya), dan memahami bahawa setiap kejadian itu datang dengan hikmah. meminati Salsabila dan bersaing dengan Kamil untuk merebut hati Salsabila.

secara keseluruhannya, Tunggu Teduh Dulu takkan mengecewakan pembacanya walaupun novelnya setebal 678 mukasurat. watak-watak dalam cerita ini seperti Salsabila, Teh Sofia, Sazli (senyumkenyit), dan Lam Ping Hai wajar dijadikan contoh oleh kita semua. bukan sebab rupa paras mereka yang cantik lagi kacak ek, tapi sebab ciri-ciri personaliti mereka yang patut kita contohi dalam menjadi seorang Muslim dan Mukmin yang terbaik. InsyaAllah. tepuktangan

"Doa sahaja kan belum memadai?" kata Sazli. satu pengajaran di sini di mana bila kita meminta sesuatu, do'a sahaja belum tentu cukup. kita kena berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajatkan. lepas berusaha sehabis mungkin, kita bertawakkal kepada Allah agar usaha kita itu membuahkan hasil seperti yang dihajatkan. mungkin saja kita dapat apa yang kita nak, mungkin saja kita dapat lebih dan tak mustahil kita dapat kurang. jadi, lepas tawakkal, kita kenalah redha dengan ketentuanNya. firman Allah yang lebih kurang begini bunyinya, "barangkali apa yang kamu suka itu tidak baik bagi kamu. dan barangkali pula apa yang kamu tidak suka itu baik bagi kamu." jadi, berbaik sangkalah dengan Allah. fikirkanlah bahawa di setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya.

dalam novel ini juga, ketika Salsabila pergi mengerjakan umrah bersama ibunya, FT telah memberitahu dengan teliti suasana persekitaran di Bumi Madinah dan Tanah Suci. serasa macam kita berada di sana. Subhanallah.. terbuat hati ini rindu untuk ke sana. rindu

buat pengubat rindu... senyum

yang pasti, Tunggu Teduh Dulu tak mengecewakan pembacanya. banyak tips dalam ni. kenyit



OK, selesai satu buku. buku seterusnya: Atas Nama Cinta karya Isa Kamari. topi






nota kaki: Empunya Laman bayangkan Sazli macam Ustaz Nabil Ahmad (juga seorang anggota kumpulan FarEast), Allah yang mengilhamkannya. cuma Sazli takda la berloghat Perlis seperti Ustaz. lepas tu, kebetulan tadi baru jumpa Ustaz kat TV cerita Bersama Akhil Hayy. ehehe.. malu (ingat, yang penting bukan rupa, tapi ilmu dan akhlak.sengihnampakgigi)

11.12.08

Laporan Khas Raya Korban: Oh Piza~

Salam semua...

akhirnya salah satu impian Empunya Laman untuk cuti semester ni tercapai. :D :D
untuk kesekian lamanya sejak semester lepas, Empunya Laman dapat makan piza!! nyum3... piza bukan sebarang piza ek, ni piza buatan sendiri. siap pakai daging korban lagi tau.

walaupun tak sesedap piza Pizza Hut sebab takda nenas, tapi masyuknya...masyaALLAH..

takpa, lain kali boleh minta Kak Su buatkan lagi. lain kali, kita letak nenas ek. hehehe...





notakaki: maaf kerana entri ini tidak diselitkan gambar pizanya. takut-takut ada yang terliur nanti. :P

6.12.08

dugaan..lagi...

salam semua...

Jumaat lepas Empunya Laman ke Muktamar PEPIAS Pusat. ni muktamar PEPIAS yang pertama yang Empunya Laman pernah pergi. menarik gak perjalanan muktamarnya. ada la juga babak menyentuh jiwa. lagi-lagi masa babak pembubaran dan perlantikan pimpinan baru. lepas tu dipasangnya lagu Doa Perpisahan. adus...

terasa betapa beratnya amanah yang nak dipikul oleh pimpinan baru. berat sebab amanahnya termasuk tanggungjawab terhadap masyarakat. besar tanggungjawab tu. nak fikirkan masalah umat - dengan masalah sosialnya lagi. dadah, rempit, zina, ponteng sekolah, gay, lesbian, pengkid..macam-macam la. masalah sosial satu, ni belum masuk lagi sistem pendidikan yang tengah kacau-bilau dan sistem tarbiyyah yang makin suram di kalangan belia sekarang.

maghrib tadi pergi usrah dekat Kajang. kami berusrah tentang Ayat Kursi. baru tau, rupa-rupanya dalam Ayat Kursi tu ada 17 kali disebutkan sifat-sifat Allah. 17 kali dalam 1 ayat! Subhanallah...

kami juga sempat berbincang mengenai penggunaan ayat al-Quran sebagai pelindung diri. kalau tak kena pada amalannya seperti memuja roh, boleh dikira khurafat sebab amalannya itu seperti meletakkan harapan kita kepada benda bukan hidup. kan susah tu?

sedang kami berbincang, tiba-tiba Dr. cakap
"dugaan yang datang berkali-kali tanda Allah sayang kamu.."

terasa... huhu





notakaki: lepas tu dapat berita tentang kejadian tanah runtuh dekat Bukit Antarabangsa. Innalillah... esok ada misi menyelamat ke sana. nak ikut tapi tak tanya Ayah lagi. huhu...

4.12.08

Kadang-kadang kita perlu berkorban untuk dapatkan sesuatu...

kan?

tapi apakah sesuatu itu?

adakah pengorbanan itu berbaloi?






Salam aidil adha.


translation for wabi: sometimes we need to sacrifice to get something. am i right? but what is that 'something'? and is it worth it? salam aidil adha.

Syukran...

salam people...

alhamdulillah...
the Kem Ibadah is over.
mission accomplished.

syukran jazilan
to all the people who help in
and give moral support.

may ALLAH bless us
for all the hard work.

may ALLAH will guide us
in all our steps
and actions.




Syukran jazilan wa barokallahu fik.
related post: Modul Menyedihkan!