30.12.08

Teruskan bersemangat!!!

salam ma'al hijrah semua...

apa khabar? dah lama tak pos entri baru. rasa rindu pula kat Laman Kehidupanku ni.

maaf la ye kawan-kawan. tak dapat nak pos entri baru selalu. nak masuk internet dah tak boleh 24 jam macam kat rumah. sejak berada di bumi Kuantan ni, masuk internet baru 3 kali untuk tempoh 9 hari. masuk internet pun, buka e-mel, buka blog. tak sempat nak baca semua blog kawan-kawan. mana yang sempat tu, Empunya Laman simpan dalam pendrive untuk dibaca bila-bila dalam kelapangan.

dapat pos entri ni pun sebab pinjam modem kawan. terima kasih ye, adaw. =D

perkembangan terkini:
- kelas dah mula.
kelas RKUD: memang teruja tak terkata
kelas Clinical Biochemistry: best!
kelas Medical Microbiology: tak sabar nak masuk makmal. =D

- Sahabatku yang sorang ni dah balik lepas extend cuti. rasa macam nak peluk kuat-kuat je bila jumpa. habis satu aras boleh dengar namanya dijerit. hehe... tadi kitorang jalan-jalan kat Megamall. saja jalan-jalan sambil makan aiskrim. :P

- masa jalan-jalan, jumpa banyak buku best! tunggu duit masuk dulu, lepas tu kita pulun buku-buku tu habis-habisan..ngeh3

- dapat ole-ole dari Pulau Kokos. hehe...

- hujung minggu ni ada program My EvoCamp kat Janda Baik. moga perjalanan program berjalan dengan lancar.

- lagi 5 hari menuju tarikh keramat. jeng jeng jeng...



itu sahaja perkongsian untuk entri kali ni. Empunya Laman nak syorkan kawan-kawan semua baca entri ini - sebuah perkongsian yang sangat menarik. ;)

2 comments:

MNM said...

Salam,
RKUD satu subjek yg agak berat skit.But its fun and exciting eventhough sometimes the concept can be quite confusing. Anyway, have fun.........

Happy 1430 n 2009
-MNM-

alifzaimimra said...

kpd MNM: wslm. yup. i admit RKUD can be quite confusing. but that's the fun kan? thank you bro for the tips. Happy 1430 and 2009 to you too! :)