22.1.09

Laporan PRK UIAM Kuantan: Membosankan

salam semua...


hari ini bersamaan 22 Januari 2009 ialah tarikh mengundi bagi semua mahasiswa UIAM. itulah yang sepatutnya berlaku tetapi tidak di kampus Kuantan. tarikh mengundi ditangguhkan ke tarikh 29 Januari 2009 minggu hadapan. itupun undian bagi satu kulliyyah sahaja. daripada 6 kulliyyah hanya 1 kulliyyah sahaja akan membuang undi. lagi 5 kulliyyah, mereka sudah menang tanpa bertanding. nak tahu kenapa? Wallahua'lam.


nak tahu kenapa tarikh mengundi ditangguhkan? 'konon' sebabnya boleh baca dekat laman ini. Empunya Laman bukannya suka sangat baca artikel kat situ, tapi kebetulan ternampak pautan yang Che Am letak di laman Along jadi 'ter'baca la.


terpulang kepada kalian nak baca atau tak. bagi Empunya Laman, artikel tu sangat membosankan. kenapa? apa lagi kalau sebab politik yang sememangnya satu subjek yang paling membosankan bagi Empunya Laman walaupun tak pernah belajar subjek politik. secara jujurnya, Empunya Laman berhenti baca surat khabar sebab sejak PRU lepas. sebab apa? sebab bosan. bosan dengan permainan tarik tali dan congkak yang dimainkan oleh parti-parti yang terlibat dalam pilihanraya. tapi tak sangka pula perkara ni berlaku di kampus sendiri. bosan~


paling membosankan bila 'ter'baca artikel ni. nak marah pun ada juga. banyak persoalan timbul dalam kepala ni bila baca artikel bosan tu.

"sejak bila kita ada pro-pro ni?"

"perlu ke pro-pro ni?"

"apa faedahnya pro-pro ni?"



soalan yang paling utama: "kalian sebenarnya masuk bertanding sebab apa?"



tadi dapat panggilan daripada Kak Dyll. Kak Dyll ceritakan suasana PRK di Gombak. cerita punya cerita, Empunya Laman rasa bersyukur sangat sebab suasana kat Kuantan tak jadi macam kat sana. Alhamdulillah.
rasa bersyukur sebab sekurang-kurangnya Empunya Laman boleh berasa aman malam ni untuk siapkan tugasan Clinical Biochemistry yang kena hantar esok.
aman sebab kat sini orang tak sibuk pasal PRK tapi orang sibuk pasal nak balik cuti tahun baru cina.
boleh kata majoriti blok M5 dah balik ke rumah masing-masing.

apapun, satu je nasihat daripada Empunya Laman.
lain kali, bersainglah dengan cara yang sihat,
kalah menang itu adat,
menang kalian untuk pegang amanat,
demi menyelesaikan maslahah ummat.

OK. Empunya Laman dah habis mengomel. ada komen? sila komen.






notakaki: oh ya, ada satu soalan: berapa banyak perkataan BOSAN dalam entri ni? orang terawal yang berjaya menjawab soalan ni dengan tepat akan dapat baucer khas pantri WacKOS. sengihnampakgigi
notanotakaki: sahabat sekalian, jemput baca entri ini. buat renungan PRK akan datang. ;)

12 comments:

Dendei said...

Nak jwb! nk jwb!

ada 8 pkataan bosan...he2..

Em, apa pun, kita di galakkan berlapang dada & berbaik sangka...

Cuba meletakkan diri di tempat mereka n kekalkan akhlaq & contoh yang baik...

Ingat balik niat kita untuk da'wah..

x dapat nak da'wah semua, da'wah sket2 pun xpe...

sedangkan membuang sampah di tempatnya itu juga satu da'wah, apatah legi menyatakan kebenaran...


Moral of da story: Jangan "Teropong"..he2...

~Sayang kamu semua~

Master J said...

hehehe..aku pun bosan dgn politik..kt uni pun ada gak politik..pro ni lah..pro 2..parti politik pun ada..bosan..dats y x amik tau pun psl PRK smua..mls nk amik tau..hehe..

Azym Azizi said...

Hehe..ak berbeza pendapat sikit..

Bg ak, kita kena amek tau pasal politik ni..
Sbb..yg bakal menjadi pemimpin nnt, kita..

Tkkan kita nak suruh org lain kot yg ke dpn..kita???

Pendapat ak je ek..tk melibatkan mana2 pihak..hehe

Wallahualam

Anonymous said...

wah, sangat beremosi. aku rasa ramai dari kita jadi bosan dengan politik, sebab kita dah rasa benci dengan terma politik barat, cuba la baca tentang politik islam pulak, baru la korang dapat sudut berbeza tentang politik.

dan aku rasa sikap bosan dan tak mengendahkan politik ni, boleh jadi macam apologetik, bahaya tu

alifzaimimra said...

kpd a.K.u: berlapang dada dan berbaik sangka? baik! tambah lagi satu, sabar. :)

erm kak dyll..jawapannya bukan 8. takpa, teruskan mencuba. ;)

sayang akak juga. :)

kpd MJ: MJ, kita sama. tapi, bosan dan malas pun sekurang-kurangnya kena ambil tahu juga. :(

kpd Azim: benar, nak atau tak, kita kena ambil tahu pasal perkara yang bosan ni.
sebab kita semua bakal pemimpin.
sebenarnya tanpa politik, kita tak mungkin berada di tempat kita sekarang.
bagi mereka yang sedar, harap-harap kita tak jadi macam mereka yang 'lupa diri' ketika berpolitik.

kpd jaed: erm, beremosi juga la. mujur aku tangguh waktu 'publish' entri ni. kalau tak lagi beremosi kot tapi sia-sia la aku menaip kerana melepas emosi semata-mata tanpa usul periksa. kan?

aku kagum dengan politik islam tapi adakah itu menjadi amalan orang politik sekarang? hm, nampaknya dah tau dah siapa bakal jadi calon SRC tahun depan. :P

apologetik? boleh tolong jelaskan? ;)

Anonymous said...

ko mmg hebat, asik tau je sape calon..

hehe, aku rasa bukan amalan politik je yang perlu kita nilai, tapi kita kena selami jugak dasar politik yang diperjuangkan

mungkin a dan b menggunakan cara yang sama, tapi dengan tujuan berbeza.

dan mungkin jugak kita membenci a buat benda tu hanya kerana b jugak buat benda sama.

em, berbelitnya ayat aku.

apologetik sila cari sendiri. saya memang suka menimbulkan soalan dan salah paham :P (bukan kedekut ilmu ye!)

Adlan said...

alamak. terlambat singgah. smlm sebok tgk tv tak sempat jd org first kira bosan..

kalo dok kuantan, pasti rasa kebosanannya. da la 1 kuliyah je bertanding.

bagusla bdak kuantan semua boleh dikatakan promahasiswa belaka. hehe

pro-Aspirasi tak kesah kot kerusi2 kt sana tu. tu psl gombak nye lagi hangat.

adlan prihatin

alifzaimimra said...

kpd jaed: aku tak hebat.
aku faham apa yang kau nak sampaikan.
kau memang suka cetuskan kontroversi kan? haish...

kpd myadlan: Empunya Laman bersyukur situasi di Kuantan tak macam Gombak. moga yang berlaku terselit hikmah yang indah.

oh ya. anda masih ada peluang untuk jadi pemenang. teruskan mencuba. ;)

Anonymous said...

betul ke kau faham? jangan salah faham eh..

aku bukan sengaja nak kontroversi, sori ye :(

alifzaimimra said...

kpd jaed: boleh la faham sikit-sikit.

"dan mungkin jugak kita membenci a buat benda tu hanya kerana b jugak buat benda sama."
- aku tak benci a dan b kalau diorang buat benda yang sama. lagipun bersatu itukan lebih baik daripada berpuak-puak. asalkan matlamat jelas untuk kebaikan dan tak merosakkan keharmonian dan kepercayaan orang lain.

kontroversi merujuk kepada "saya memang suka menimbulkan soalan dan salah paham".
- kalau nak timbulkan kontroversi sebagai renungan dan diskusi bersama takpa. jangan orang lain faham lain dan kelirukan orang sudah. panjang ceritanya nanti.

oleh itu, berkontroversi itu biar berpada-pada. Wallahua'lam.

mu'iz said...

assalamualaikum.
PRK Kuantan xmcm gombak? cuba refer dgn abg pitat. apa taktik yang digunakan pesaing dia untuk memenangi pilihan raya?

tak terkejut pun, cuma bila yang buat benda tak senonoh tu mereka yang mendokong akan aspirasi Islam. rasa tak yakin bila mereka yang berkuasa nanti.

1 lg ialah trend provokasi ke atas calon-calon bebas. ini 1 lagi sikap kurang hajar kerna ia dilakukan secara paksaan.

papepun, sy sbg student dari KOS, klu mereka yg dipilih tidak adil & amanah, maka lawan ttp lawan!!!

hu3...kak hawa jela masuk src. ;-P

3p4h said...

Achik, kot ye pn mrh dgn politik, jgn ditinggalkan surat khabar @ isu2 smasa =p

Nk komen lbih2 nnt kne gam plak. Cukupla apa yg jaed n muiz ckp 2...

Petik kata2 Pak Natsir kt blog Abg Suhail:

" Bagi orang dakwah, semua orang adalah kawan melainkan yang benar-benar lawan. Bagi orang politik, semua orang adalah lawan melainkan yang benar-benar kawan."

Teruskan berdakwah.