20.5.08

kepalaku diketuk...*tuk*

Salam semua...

terasa rindu setelah sudah empat hari saya berehat seketika daripada menulis. harap-harap tidak terjangkit penyakit acute blogotitis (pinjam terma daripada kak Arshana jap) :P. rehat-rehat pun, rehat saya untuk ke Tamrin Nuqaba' Kebangsaan pada hujung minggu lalu.

"iya, setelah mengharungi pelbagai rintangan, akhirnya ku pergi jua ke sana." ku bermonolog dengan bersemangatnya. :D

banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang menghadiri program ini. serius banyak!! terima kasih kepada pihak penganjur. *DUA IBU JARI KE ATAS* :P

iya, mula-mula dengar tentang tamrin, mesti ada banyak ceramah. yang risaunya..kita ini mudah mengantuk. tapi biasalah, kan. program mana yang tiada ceramah. tapi alhamdulillah, semua slot ceramahnya bagus-bagus belaka. slot daripada Cikgu Sidek dan Abang Ju paling seronok. rindu kt Cikgu Sidek..huhu

kemudian pada malam hari, ada usrah secara berkumpulan. majoriti muka-muka baru dalam kumpulan.

"xpe. itu satu peluang."

hendak dijadikan cerita, saya dilantik sebagai ketua.

"ketua biasa je kot.." ujar hatiku.

selepas perlantikan, semua ketua dipanggil ke hadapan untuk diberikan tugasan.
kami telah diberikan sebuah topik isu semasa untuk dibincangkan dalam kumpulan kami.

"Tajuk: Mahasiswi mencari pendapatan melalui pelacuran semata-mata untuk membayar yuran universiti..mak ai..panjang sungguh isunya."

apa lagi, saya pun teruja hendak membincangkan topik yang agak menarik ini. kebetulan pula saya pernah menulis entri tentang Sufiah. jadi, mungkin tiada masalah kepada kami untuk membincangkan isu ini. jadi, saya pun terus memulakan perbincangan kami.

semasa perbincangan, lain pula kisahnya. ahli kumpulan pula buat hal. ada yang mengantuk. ada yang sibuk ber'sms'. ada yang seperti tidak berminat dengan perbincangan kami. mujur ada yang berminat untuk berbincang.

"pelik...macam kenal je situasi ni..dejavu kah?"

walaubagaimanapun, sikap mereka itu tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan perbincangan. yang penting, tugasan ini perlu diselesaikan.

selesai perbincangan, semua ketua diminta ke hadapan sekali lagi untuk membentangkan perbincangan. saya sempat panjatkan kesyukuran kerana kami sempat menyelesaikan satu tugasan walaupun sambutan daripada ahli kumpulan kurang memuaskan. Alhamdulillah...

sebelum ke hadapan, saya disapa Kak Mar.

"kamu dapat watak apa tadi?" tanya Kak Mar.

saya terdiam. tiba-tiba terasa kepala ini diketuk. *tuk*

"padan la macam kenal je...hadoii!" sambil tersengih.

rupa-rupanya memang benar saya kenal dengan situasi tadi.

"aku jadi bahan modul rupenyer..."

cukup setakat di sini sahaja. akan saya lanjutkan kisah ini lagi di entri saya akan datang. insyaALLAH.


untuk santaian dan renungan, mari tonton video ini. Selamat menonton!



apa perasaan anda selepas menonton video ini?

nantikan sambungannya di entri saya yang seterusnya. ;)

2 comments:

Anonymous said...

hahaha
bes gila modul macam tu
lagi modul apa lagi ada

Anonymous said...

Xsangka lak achik djadikan bahan.. Kih5... Sabar je la noh...