7.5.08

Khabar Sufiah dan Remaja Kita

Slm semua...

Kisah remaja pintar Sufiah - saya percaya ramai yang tahu akan perihal Sufiah. kisah beliau telah menjadi buah mulut di merata tempat sejak akhir-akhir ini. saya pernah melihat beberapa video mengenai beliau di youtube..sebagai seorang perempuan, saya agak malu dan sedih dgn perlakuan beliau beraksi di hadapan kamera tanpa merasa segan silu. beliau juga mengatakan betapa beliau bangga dengan kehidupan beliau sekarang...sampai begitu sekali..sungguh dahsyat..

walaubagaimanapun, bukan kisah Sufiah yang saya ingin perbesarkan di sini. Tetapi kisah remaja kita yang perlu kita risaukan.

tatkala ramai yang mengambil berat akan kisah Sufiah, agak ramai yang tidak tahu bahawa yang perlu diambil berat juga ialah kisah remaja kita. bukan saya hendak mengatakan bahawa kita perlu mengabaikan kisah Sufiah. tidak..tidak sama sekali. sebagai seorang Islam, kita wajib membantu saudara seIslam kita yang sedang dalam kesusahan.

di sini saya ada beberapa soalan...

apa reaksi anda apabila membaca berita tentang Sufiah?
"tak malu sungguh budak ni!"
"buat malu mak bapak je"

bagaimana pula reaksi anda apabila membaca berita tentang rempit, bunuh, rogol, dadah, atau kes buang anak?
"apa nak jadi dengan diorang ni?!"
"lagi-lagi kes yang sama, tengok bola lagi bagus!"
"ish ish ish, teruknya.."

itu mungkin reaksi-reaksi anda. reaksi-reaksi yang saya percaya ramai di kalangan anda yang menuding jari kepada si pelaku.

bagaimana pula reaksi anda apabila membaca berita tentang kes rogol yang melibatkan bapa anda?
atau kes buang anak yang melibatkan anak perempuan anda?
atau kes bunuh yang melibatkan anak lelaki anda?
na'udzubillahi min dzalik...

adakah anda masih mahu menyalahkan si pelaku?
menyalahkan anak-anak anda?
menyalahkan darah daging anda sendiri?
orang yang anda paling sayang?
tentu jawapan anda mustahil bukan?

tapi realitinya kita tidak tahu.

seperti kisah Sufiah tadi, emak Sufiah terkejut ketika mengetahui perkembangan anaknya. seorang ibu yang telah melahirkan dan membesarkan anaknya bagai menatang minyak yang penuh dengan harapan anaknya berjaya di masa hadapan. sama juga seperti ibu bapa yang lain yang menghantar anak-anak ke sekolah, berpenat lelah mencari rezeki demi sesuap nasi untuk melihat anak-anak mereka membesar menjadi anak-anak yang berguna. tapi realitinya kita tidak tahu hala tuju mereka.
jadi, siapa yang sepatutnya menunjukkan arah kepada mereka kalau bukan kita?

it's time to make a change. ubahlah persepsi anda. marilah kita bersama-sama merubah nasib remaja kita. demi agama dan masa depan kita.

2 comments:

Akmal Azeman said...

wahahahaha! ayt karangn tu~~~ im guessing u were always gud in ur bm ey??? whoa! :P

btw. apa2 pun..it all comes down to how parents start their life from the very beggining. Some parents don't talk much to their kids n give them too much freedom. Some parents suffocate the lives of their kids. Like Suffiyyah. She had been taught to be wayyy tooo committed to her studies, that she doesn't really have any social life..she's a late bloomer, i myte say. So, its all about culture shock when she finally discover that there's life beyond wat had been doing. She herself confesed that living wit her parents is a living hell. Yea. Her mom loves her. But THE way she brough her up..it ain't ryte. Same goes to others, like rempit n rogol n bla3....it all comes down to how they were trained to think n act. Pendidikan agama yg kureng also contribute to the cause..huhu

p/s: excuse moi for my long commt, cant help meself...huahuahua

alifzaimimra said...

tq kema for da loong comment. i love long comment. :P

it's true that parents r da sifus for their children. but da issue dat i want to discuss here is our responsibility towards da unfortunate people like Sufiah n da rempits. read my 2nd entry about this issue. :)