12.12.08

"Doa sahaja kan belum memadai?" - Tunggu Teduh Dulu

salam semua...

Empunya Laman baru selesai baca novel Tunggu Teduh Dulu karya Faisal Tehrani. sengihnampakgigi
menarik jalan ceritanya. mula-mula ingatkan novel cintan, tapi cintan-cintan pun tak sama macam novel cintan yang lain. senyumkenyit tertarik hati ni nak baca pun sebab FT yang tulis. nak tahu macam mana cara penyampaiannya dan jalan cerita FT dalam kisah ni. kenyit

OK. secara ringkasnya, Tunggu Teduh Dulu mengisahkan tentang kecekalan dan ketabahan seorang wanita yang bernama Salsabila dalam menempuh episod kehidupan yang bermacam ragam. bermula dengan kisah persahabatan beliau bersama Kamil dan Lam Ping Hai sejak di bangku sekolah yang hampir pudar dek perebutan satu hati oleh dua jiwa, diselangi dengan kisah jerih payah beliau dalam mengusahakan ladang betik di tanah pusaka bersama Teh Sofia, serta kisah beliau dalam memperbaiki hubungan bersama keluarganya.

memetik kata-kata Teh Sofia, "Orang tak boleh pandang kita lemah. Kita perempuan Islam yang ada kekuatan dan maruah," FT berjaya mempengaruhi pembacanya dengan pembawakan watak seorang wanita Islam yang kuat dan tabah mengharungi cabaran duniawi demi mengejar keredhaanNya. kalau Muslimat di luar sana yang sedang dalam dilema atau punyai masalah, bacalah novel ni. insyaAllah, rasa lebih bersemangat lepas baca novel ni. serius! nerd

bab kegemaran Empunya Laman ialah bab Dua Puluh Lima, Dua Puluh Enam, dan Empat Puluh Empat. bab-bab saspen ni. nak tau baca. kenyit

nak berangan jadi macam Salsabila..fuh..jauh bezanya. memang jelas beliau seorang yang tabah dan sabar menempuhi dugaan. segala keputusan yang dibuat olehnya diserahkan bulat-bulat kepada Allah SWT. segala perkara diistikharah, diselidiki, dan difikir sehabis-habisan. sampai satu tahap, beliau sendiri tak tau nak buat keputusan. akhirnya, berkat kesabaran dan do'a, Allah tunjukkan jalan tanpa beliau sedari. dan jalan yang diberi petunjuk olehNya itulah jalan yang terbaik. kan?

bukan senang nak jadi macam Salsabila. hmm..apa pun, diri ni pun kenalah berusaha untuk menjadi hamba yang terbaik demi apa lagi kalau bukan untuk mendapatkan keredhaan dan rahmat dari-Nya. betul tak?

lagi satu watak yang Empunya Laman suka dan kagumi, watak Sazli. Sazli dalam kisah ni merupakan pekerja ladang betik Salsabila. kiranya Salsabila ni bosnya. bekerja di ladang selepas tamat SPM dan merupakan pekerja paling muda dan paling rajin di ladang Salsabila. walaupun di usia yang muda, beliau sungguh berpengetahuan baik dalam ilmu alam juga ilmu agama, itu yang paling utama. Sazli punyai ciri-ciri seorang pemimpin - berani, penyabar, ambil berat, dll - dan setiap perlakuannya (baca: akhlak) sangat berhikmah. pernah beliau dituduh oleh Salsabila atas perlakuan yang beliau tak buat, tetapi beliau terimanya dengan hati yang redha. masyaAllah..

lagi satu watak yang Empunya Laman suka ialah watak Lam Ping Hai. seorang muallaf yang memilih nama Saifullah selepas memeluk Islam. seorang yang berfalsafah, tidak mudah berputus asa, sangat menghayati konsep perjuangan (serasi dengan namanya), dan memahami bahawa setiap kejadian itu datang dengan hikmah. meminati Salsabila dan bersaing dengan Kamil untuk merebut hati Salsabila.

secara keseluruhannya, Tunggu Teduh Dulu takkan mengecewakan pembacanya walaupun novelnya setebal 678 mukasurat. watak-watak dalam cerita ini seperti Salsabila, Teh Sofia, Sazli (senyumkenyit), dan Lam Ping Hai wajar dijadikan contoh oleh kita semua. bukan sebab rupa paras mereka yang cantik lagi kacak ek, tapi sebab ciri-ciri personaliti mereka yang patut kita contohi dalam menjadi seorang Muslim dan Mukmin yang terbaik. InsyaAllah. tepuktangan

"Doa sahaja kan belum memadai?" kata Sazli. satu pengajaran di sini di mana bila kita meminta sesuatu, do'a sahaja belum tentu cukup. kita kena berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajatkan. lepas berusaha sehabis mungkin, kita bertawakkal kepada Allah agar usaha kita itu membuahkan hasil seperti yang dihajatkan. mungkin saja kita dapat apa yang kita nak, mungkin saja kita dapat lebih dan tak mustahil kita dapat kurang. jadi, lepas tawakkal, kita kenalah redha dengan ketentuanNya. firman Allah yang lebih kurang begini bunyinya, "barangkali apa yang kamu suka itu tidak baik bagi kamu. dan barangkali pula apa yang kamu tidak suka itu baik bagi kamu." jadi, berbaik sangkalah dengan Allah. fikirkanlah bahawa di setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya.

dalam novel ini juga, ketika Salsabila pergi mengerjakan umrah bersama ibunya, FT telah memberitahu dengan teliti suasana persekitaran di Bumi Madinah dan Tanah Suci. serasa macam kita berada di sana. Subhanallah.. terbuat hati ini rindu untuk ke sana. rindu

buat pengubat rindu... senyum

yang pasti, Tunggu Teduh Dulu tak mengecewakan pembacanya. banyak tips dalam ni. kenyit



OK, selesai satu buku. buku seterusnya: Atas Nama Cinta karya Isa Kamari. topi






nota kaki: Empunya Laman bayangkan Sazli macam Ustaz Nabil Ahmad (juga seorang anggota kumpulan FarEast), Allah yang mengilhamkannya. cuma Sazli takda la berloghat Perlis seperti Ustaz. lepas tu, kebetulan tadi baru jumpa Ustaz kat TV cerita Bersama Akhil Hayy. ehehe.. malu (ingat, yang penting bukan rupa, tapi ilmu dan akhlak.sengihnampakgigi)

11 comments:

Anonymous said...

Baru je berhajat nak bc novel yg achik br abes bc 2, tp bl tgk page dia smpai lbih 500 muka, mmg x dan la.. =p

Huhuu... Kalo achik nk rasakan brada d tnh Suci Makkah, bacalah buku Haji Muda. Ibu along yg cadangkan kt along aritu, katanya terasa seakan berada d sana.

p/s: Oh itukah Sazlinya? Ermm...

Anonymous said...

kpd 3p4h: tak rugi baca walaupun novelnya tebal. achik pun tak sangka boleh habis baca. :P

along ada ke buku Haji Muda? hmm..blh pinjam? hehe

p/s: oh Sazli~ :">

As said...

amboi..buat book review die :D

atas nama cinta-isa kamari tuh best :D
as ada CD die skali :)

alifzaimimra said...

kpd As: ehehe.. :D
atas nama cinta best ek? dah lama cari novel tu. tak sangka isa kamari yang tulis sebab hawa pernah baca buku beliau - Tawassul. best gak. ;)
CD tu CD cerita ke? kalau cerita, nak pinjam.. :D

Matematis Muda said...

semua dia nak pinjam
hee

alifzaimimra said...

kpd Matematis Muda: hehe..bnda baik kalau dikongsi, apa salahnya. kan? er..ko ada apape tak yang nak dipinjamkan? :P

3p4h said...

Along xda bku Haji Muda 2, tp ibu along ada la.. hehehe..

Achik, 'Tawassul' 2 achik pnya ke? Nak pnjam!!!

p/s: Btul 2 achik, xslh pnjm mminjam ats tjuan yg baik =) Slmt mminjam n bsedia utk mminjamkan.

alifzaimimra said...

kpd 3p4h: nak? balik kuantan nanti achik bagi. buku tu mmg something r...

3p4h said...

Yes!!!! TQvm...

As said...

tak aci aaa epah pinjam dulu
pastu pas baca bg kat as lak!!

bukan CD cerita
CD lagu, pasan tak ade lirik/sajak kat depan buku tuh

alifzaimimra said...

kpd 3p4h: sama-sama. rm1 untuk satu hari. :P

kpd As: insyaAllah. ingat tu along.

owh..ingatkan CD ceritanya. CD lagunya memang ada dah kat belakang buku tu.