31.5.10

You call us terrorists?? Well, isn't it obvious now??

Salam semua...



Saya dapat tahu tentang misi ini ketika wakil mereka memberi penerangan di tempat praktikal saya awal bulan lepas. Balik dari praktikal tadi dapat tahu bahawa kapal mereka diserang. Boleh baca berita lanjut di sini.

Sebab inilah saya masih tekad memboikot barangan buatan Barat. Lebih-lebih lagi yang menyumbang untuk Zionis. Susah-susah kita dapat duit, lepas tu kita belanjakan untuk mereka pulak. Tak untung tu. Depa yang untung buat beli peluru, mesin gan, bom, dan senapang. Memang la depa bagi peluang pekerjaan, Malaysia dah beli syarikat, dan sebagainya..tapi itukan masih produk keluaran Barat. Kita ni pun boleh buat barang-barang ni juga, kan? Kata nak negara maju. Tapi ikut kalian la setakat yang mampu. Saya boikot ni pun sebab ini je yang saya paling mampu buat selain derma dan do'a. Walaupun derma dan do'a jarang-jarang buat tapi sekurang-kurangnya ada buat.

Tiba-tiba tadi dapat idea - mau aja suruh pembekal barangan buatan Barat dan juga pengusaha restoran makanan segera Barat letak poster 'boikot Israel!'. Macam kerajaan arah letak poster penyakit pada kotak rokok. Macam tu la yang saya cadangkan. Cuma posternya lagi besar la. Biar orang nampak. Biar orang tahu. Biar orang selalu beringat.

Agak marah la jugak sebenarnya tadi. Kita datang nak beri bantuan, tapi tak pasal-pasal kena tembak. Tak ke kejam namanya tu?? Senang-senang je panggil kita pengganas, tapi tengok la siapa yang serang grup kemanusiaan ni. Siapa? Siapa??




Tengah-tengah marah, masa azan 'Isyak kat kawasan rumah tadi ada pulak yang tengah melalak berkaraoke. Kuat pulak tu. Nak lawan azan ke apa?? Kalau ada senapang kat tangan, mau aje tembak 40 das tembakan. Pergh~~

7 comments:

~~DucKneSs~~ said...

sedih jugak bila tau psl berita tu semalam..zalim sungguh derang tu..


YA ALLAH, selamatkanlah mereka2 yang lemah itu..kami memohon perlindungan dariMU YA RABB..

Dendei said...

Dah lama dgr..selalu dapat info..tp xsangka dorang sanggup wat camtu....

kejam!

kaki kan ada..sepak je laju2... xde ta'dib tol..

Fatimah bintun Qamar said...

Siapa pengeluar t'besar rokok? Dan siapa pula yg bnyak menggunakannya?Huhu..think bout it, kebanyakan barangan Yahudi, mereka sendiri tidak guna, tapi org ISLAM sendiri!

3p4h said...

Pembetulan: Jgn slhkn produk keluaran Barat secara keseluruhannya ya.


p/s: Bertindak dengan bijaksana

alifzaimimra said...

duckness:
mereka zalim lagi kejam. teruskan berdoa, ya.

a.K.u @ Kak Dyll:
sangat kejam!

tau takpe. nak mesin gan je kak. baru puas. huh~

caliph:
benar..benar!

3p4h:
tak salahkan semua produk Barat. cuma nak kempen beli barangan tempatan. Mana yang mampu boikot, boikot la. Contoh macam ubat-ubatan, barangan kesihatan sangat diperlukan. nak boikot itu susah la. huhu

p/s: baik!

ctpayong said...

tu namanya org tak bertamaddun kalau waktu azan melalak berkaraoke.

alifzaimimra said...

ctpayong:
mereka tak belajar sejarah kot dulu.. T_T