25.12.09

Terus Pandang Ke Hadapan ;)

Salam semua...

keputusan PMR baru keluar semalam. Tahniah kepada semua pelajar lepasan PMR. Tak kira berapa banyak A yang adik-adik dapat, yang penting bersyukurlah dengan keputusan kalian. Tahun depan dah masuk dunia Tahap 2, SPM pulak. Cabarannya lebih besar dan mencabar. Jadi, belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan mudah patah semangat dan teruskan berusaha.





Teruskan berusaha. Jatuh, bangun semula. ;)

17.12.09

Bersih itu di mana-mana, bukan dalam kereta je.

Salam semua...



Kempen 1 Bulan 1 Adab untuk bulan ni: 'Hentikan Membuang Sampah dari Kenderaan'.

Minggu lepas saya ke satu kem. Dalam perjalanan ke kem tu, saya dan kawan-kawan tumpang kereta seorang kawan. Kawan saya sorang ni cari la tong sampah untuk buang sampah.
Kawan saya yang memandu ni kata, "dalam kereta ni takda tong sampah. Sebab tu kereta ni bersih," kata beliau dengan bangganya.
Kawan saya yang nak buang sampah ni pun tanya, "habis tu nak buang sampah kat mana?"
Dengan segan silunya si kawan saya yang memandu ni menjawab, "saya selalunya buka tingkap, lepas tu buang.."


APAKAH???


Harap kereta je bersih, tapi sikap masih tak bersih. Haish..tak cukup syarat ni..


Kesimpulannya di sini, bersih bukan untuk dalam kereta atau van atau segala macam kenderaan je, tapi bersih juga untuk jalan-jalan raya, kawasan lalu-lalang, rumput-rumput tepi jalan. Yang bawa motor dan basikal dan segala macam kenderaan beroda dua, satu atau tak beroda pun sama. Kalau semua buang sampah merata-rata, siapa yang nak tolong kutip?

Masa sekolah dulu 'kan pernah belajar (sesiapa yang pergi sekolah agama lah 'kan..saya pergi SMI je..), 'an-nadzdzofatul minal-iman wal-imanu fil-jannah' maksudnya 'kebersihan itu daripada iman dan iman itu terletaknya di dalam syurga.' Kalau kebersihan pun tak terjaga, macam mana nak jaga iman?





ha, 'kan dah kena bebel... Salam Ma'al Hijrah buat semua. ;)

5.12.09

wahai kamu, maaf dan terima kasih. :)

Salam semua...

Alhamdulillah, dah sampai Kuantan dah. Mungkin tak dapat nak pos entri baru selalu. Maaf la ye. Tapi siapa sangka, sepanjang cuti 2 minggu lepas, 5 entri berjaya diposkan. hehehe~

Alhamdulillah, cuti lepas banyak dihabiskan dengan keluarga dan kawan-kawan sekolah. Syukur lillah. :)

Lepas ni susah nak hepi-hepi lagi. Kena fokus pada stadi. Kerja pun berlambak. Jadi, wahai diri, bertabahlah~

Keputusan semester lepas ada peningkatan sikit. Alhamdulillah. Boleh jadi perangsang semangat untuk semester ni. Yang pasti, semester ni kena pulun habis-habisan. Wahai Hemato, Toksiko dan EOP (English for Occupational Purpose), bersiaplah kamu!! chaiyok2!! :P

OK, cuaca di Kuantan sekarang tak menentu. Mendung memanjang.. mataharinya selalu tersorok di balik awan tebal. Hawanya sejuk bukan main..tak payah pasang kipas pun. Air mandi pun saya kira hampir jadi beku sejuknya. Bolehlah kalau kalian nak berangan berada di musim sejuk, musim yang orang putih panggil winter tu. Pakai baju sejuk segala. Mujur juga tidak banjir kawasan kampus ni.

OKlah kawan-kawan. Mohon maaf atas segala silap dan salah. Kadang kata terlepas, yang tak termaksud itu yang buat kamu terasa. Kadang langkah tersilap, yang jelik itu buat kamu tak suka. Apapun, kalau nampak kekurangan, saya sekadar manusia. Jadi, mohon berlapang dada dan beri teguran membina. Sama-sama berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Kepada kamu juga wahai kawan-kawan, terima kasih.



Yosh!





nota kaki: Oh Januari, insya-Allah kita 'kan jumpa nanti. :D

1.12.09

Sejuta Harapan

Salam semua...

Bait-bait lagu ini ditujukan buat pemilik hati yang sering berbolak-balik.

Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahaya-Mu
Untuk terangi jalanku

Tanpa rahmat ampun-Mu
Tanpa kasih sayang-Mu
Hampa terasa hidupku

Ku ingin bersama-Mu
Dekat selalu dengan-Mu
Bahagia bersama-Mu

Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untuk-Mu

Ya Allah
Terangilah gelap hitam jalanku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untuk-Mu


'Sejuta Harapan' oleh Da'i Nada




Moga ia dapat membantu mencuci hati walaupun sedikit. :)

26.11.09

Salam 'Eiduladha buat semua

Salam 'Eiduladha buat semua. :)

"Allahu akbar..Allahu akbar..Allahu akbar..
Laa Ilaaha illallahu wallahu akbar..
Allahu akbar wa lillahil hamd..."


bergema takbir raya di surau tadi. rasanya macam baru semalam kita sambut hari raya fitri. masih terngiang-ngiang paduan takbir di masjid kampung atok. masih segar suasana tenang dan diam pagi raya itu. masih saya ingat, hari raya itu hari raya yang syahdu...

tup tup.. esok dah masuk raya adha... hua~~


antara lembu yang terkorban pada tahun lepas.


melapah daging dalam hujan. (dalam gambar: kereta sorong yang berjasa)


ketika leka mengimbas gambar-gambar korban tahun lepas, teringat kembali kenangan ketika mengambil Ayah dan Mama yang baru pulang menunaikan haji. satu kenangan yang sukar untuk dilupakan. kawan-kawan boleh baca entri ini. baca subtajuk 'Kepulangan 2: Jemaah Haji'. :)


sepanjang tahun ni, saya kira ramai di antara kita yang kehilangan orang yang tersayang. tambahan lagi dengan musibah yang tidak putus menguji kita. jadi, bawa bersabarlah. sabar itu 'kan indah?





nota kaki: senior saya ditimpa kemalangan semalam. keadaan beliau agak parah dan kini sedang menjalani rawatan di hospital. bapa saudara saya pula diserang sakit jantung pagi tadi. minta kawan-kawan tolong doakan agar mereka selamat.

25.11.09

Yesterday makes you Today

Salam semua...


Kadang-kadang diri kita akan mula sedar apabila kita buat silap. Apabila kita dah sedar, kita nak berubah untuk jadi lebih baik. Kita tekad untuk berubah.

Tapi ada satu perkara yang kita perlu tahu, proses perubahan tak pernah senang. Ada banyak rintangan dan dugaan sepanjang proses berlaku. Rintangan boleh jadi kesusahan mahupun kesenangan. Boleh buat kita sedih, boleh buat kita suka. Proses itu bukan sekejap, tapi lama. Boleh jadi berbulan, bertahun, mungkin sepanjang hayat.

Kadang-kadang, Dia bagi kita dugaan untuk dapatkan sesuatu. Sebab Dia Tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan kita perlu tahu bahawa kita mesti bersungguh-sungguh dalam berusaha untuk mendapatkan sesuatu itu agar kita tahu tahu betapa bernilainya sesuatu itu.





Sejarah semalam menjadikan diri kita hari ni. 'kan?


Terima kasih, Tuhan.




nota kaki: jom ikut kempen 1 Bulan 1 Adab. mungkin nampak kecil, tapi kalau ramai-ramai buat, mungkin boleh beri impak yang besar. insya-Allah. :)

23.11.09

Gigam

salam semua...

setelah sekian lama, akhirnya dapat jugak merasa pegang kamera. kamera lama rosak sebab terjatuh. jadi Ayah beli kamera baru - DSC-W290. yup, itu kamera digital. bukan SLR. ada rezeki, dapat la SLR tu. sabar ye..sabar..

boleh tahan jugak la kamera ni. ada mod pintar automatik (baca: intelligent auto mode) yang boleh sesuaikan mod dengan gambar yang hendak diambil. jadi tak payah la nak tukar-tukar mod setiap kali nak tangkap gambar. menarik, kan? selain tu ada pengesan muka (face detector) dan boleh kandid senyuman (smile shutter). untuk tangkap gambar potret, sesuai la. untuk tangkap gambar pemandangan, kurang sesuai. tapi tak kisah la. janji ada kamera.



Iskandar, 9 bulan




adik chubby makan aiskrim coklat



*gambar diedit dengan Picnik.





nota kaki: Gigam = Gila Gambar
nota kaki dua: hati sedang sakit. penat. bertabahlah.

22.11.09

Tadaima!

salam semua...

peperangan menghadapi EAP, Pato, Farmako, Imuno, Fisio, dan Biostat akhirnya tamat. final pun habis. sekarang saya cuti 2 minggu. yeay~

akhirnya sampai jugak saya ke rumah terchenta pada Jumaat lepas setelah 2 bulan lebih berkelana di bumi Kuantan. (ayat tak-boleh-bla...) 2 bulan tu kira rekod paling lama setakat ni. heh..bertahanlah~

untuk 2 bulan lamanya, akhirnya rumah terchenta cukup korum. semua orang ada. Ayah siap bawak balik KFC bungkus sempena gathering ni. kitorang jarang beli fast food tapi hari tu Ayah beli jugak. KFC mealnya pun saya tak tahu meal yang mana sebab bercampur-baur. ada burger, ayam, kentang goreng...semua ada kecuali nasi. tapi Ayah tak makan pun. mungkin Ayah hepi sangat. saya pun hepi. itu cara dia. :)

Anad, adik bongsu saya, suara dia dah mula garau. tampak misai halus di bawah tahi lalat dia. ini tanda-tanda hormon testosteron sudah mula bekerja. gerun. :/

tiada rencana atau program sepanjang 2 minggu ni. sambutan raya haji di surau taman pada Jumaat ni. hujung minggu dipenuhi dengan menghadiri kenduri kahwin. hari biasa dipenuhi dengan kerja rumah, projek, dan buku muka. walaupun agak tipikal bunyinya, harapnya hari-hari ini penuh dengan kerja yang produktif. yup..




nota kaki: untuk pengetahuan umum, hari ini sampai 25 november ada Konvensyen Pendakwah Muda di USIM, Nilai. barisan penyampai kertas kerja dan bengkel antaranya terdiri daripada Faisal Tehrani dan Shahkirit - antara nama yang aktif dalam medan lapangan. kepada yang pergi, selamat berprogram. :)

1.11.09

Buang Habuk

salam semua...


lama dah tak letak entri baru. berhabuk jap blog ni. lalang pun dah panjang keliling laman. maaf la. bulan lepas agak sibuk. macam-macam berlaku. bulan ni pulak ada periksa. masa senggang macam saat ni baru boleh selit satu entri.

sibuk ber-EAP, kuiz, presentation, assignment, midterm pun baru habis khamis lepas. final dah nak mula rabu ni. lepas final, cuti 2 minggu. cuti nanti pun mungkin akan sibuk dengan program. takpe2.. sibuk la bagus. fokus tak hilang. ;)


harapnya kesibukan ni, bukan sekadar buat penat badan je.. bukan habuk semata-mata. harapnya setiap penat lelah tu ada sahamnya di Sana kelak. aameen..


mohon sokongan dan dorongan daripada semua. moga diri ini tidak mudah putus semangat dan lemah.


kawan-kawan, selamat menempuhi peperiksaan! chaiyok2!


nota kaki: Bulan Halo buat saya kagum dengan-Nya. kali terakhir nampak bulan ni masa bulan ramadhan. mungkin ini juga satu petanda?

9.10.09

Melukis Keindahan Hidup

salam semua.

artikel berikut saya ambil daripada Proud Muslim hasil tulisan Ukh Vivi buat tatapan semua.


Menapaki jalan hidup kadang seperti menggoreskan koas pada sebuah bahan lukisan. Mulus tidaknya goresan sangat bergantung pada jiwa sang pelukis. Jangan biarkan jiwa kering dan gersang. Karena lukisan hanya akan berbentuk benang kusut.

Bayangkan saat diri tertimpa musibah. Ada reaksi yang bergulir dalam tubuh. Tiba-tiba, batin diselimuti khawatir akibat rasa takut, tidak aman, cemas dan ledakan perasaan yang berlebihan. Tubuh menjadi tidak seimbang. Muncullah berbagai reaksi biokimia tubuh: kadar adrenalin dalam darah meningkat, penggunaan energi tubuh mencapai titik tertinggi; gula, kolesterol, dan asam-asam lemak ikut tersalur dalam aliran darah. Tekanan darah pun meningkat. Denyutnya mengalami percepatan. Saat glukosa tersalurkan ke otak, kadar kolesterol naik. Setelah itu, otak pun meningkatkan produksi hormon kortisol dalam tubuh. Dan, kekebalan tubuh pun melemah.

Peningkatan kadar kortisol dalam rentang waktu lama memunculkan gangguan-gangguan tubuh. Ada diabetes, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kanker, luka pada dinding saluran pencernaan, gangguan pernafasan, dan terbunuhnya sel-sel otak.

Nalar pun menjadi tidak sehat. Tidak heran jika orang bisa melakukan sesuatu yang tidak wajar. Di antaranya, bunuh diri, marah yang tak terkendali, tertawa dan menangis yang berlebihan, serta berbagai pelarian lain: penggunaan narkoba dan frustasi yang berlarut-larut.

Kenapa hal tak enak itu bisa mulus bergulir pada diri manusia. Mungkin itu bisa dibilang normal, sebagai respon spontan dari kecenderungan kuat ingin merasakan hidup tanpa gangguan. Tanpa halangan. Tak boleh ada angin yang bertiup kencang. Tak boleh ada duri yang menusuk tubuh. Bahkan kalau bisa, tak boleh ada sakit dan kematian buat selamanya.

Ada beberapa hal kenapa kecenderungan itu mengungkung manusia. Pertama, salah paham soal makna hidup. Kalau hati tak lagi mampu melihat secara jernih arti hidup, orang akan punya penafsiran sendiri. Misalnya, hidup adalah upaya mencapai kepuasan. Lahir dan batin. Padahal kepuasan tidak akan cocok dengan ketidaknyamanan, gangguan, dan kesulitan.

Hal itulah yang bisa menghalangi seorang mukmin untuk berjihad. Allah swt. berfirman, "Hai orang-orang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: 'Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah,' kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit." (At-Taubah: 38)

Kedua, kurang paham kalau keimanan selalu disegarkan dengan cobaan. Inilah yang sulit terpahami. Secara teori mungkin orang akan tahu dan mungkin hafal. Tapi ketika cobaan sebagai sebuah kenyataan, reaksi akan lain. Iman menjadi cuma sekadar tempelan.

Firman Allah swt., "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, 'Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Ankabut: 2-3)

Saad bin Abi Waqqash pernah bertanya pada Rasulullah saw. "Ya Rasulullah, siapa yang paling berat ujian dan cobaannya?" Beliau saw. menjawab, "Para nabi kemudian yang menyerupai mereka dan yang menyerupai mereka. Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Kalau agamanya lemah dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan bila imannya kokoh dia diuji sesuai itu (keras). Seorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi bersih dari dosa-dosa." (Al-Bukhari)

Kalau ada anggapan, dengan keimanan hidup bisa mulus tanpa mengalami kesusahan dan bencana. Itu salah besar. Justru, semakin tinggi nilai keimanan seseorang, akan semakin berat cobaan yang Allah berikan. Persis seperti emas yang diolah pengrajin hiasan. Kian tinggi nilai hiasan, kian keras emas dibakar, ditempa, dan dibentuk.

Memang, hakikat hidup jauh dari yang diinginkan umumnya manusia. Hidup adalah sisi lain dari sebuah pendakian gunung yang tinggi, terjal, dan dikelilingi jurang. Selalu saja, hidup akan menawarkan pilihan-pilihan sulit. Di depan mata ada hujan dan badai, sementara di belakang terhampar jurang yang dalam.

Maha Benar Allah dalam firman-Nya. "Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan. Maka tidakkah sebaiknya ia menempuh jalan yang mendaki lagi sukar?" (Al-Balad: 10-11)

Kesiapan diri tentang jalan hidup yang tak mulus itu mesti ada. Harus terus segar dalam jiwa seorang hamba Allah. Perhatikanlah senyum-senyum para generasi terbaik yang pernah dilukis umat ini. Di antara mereka ada Bilal bin Rabah. Ada Amar bin Yasir.

Masih banyak mereka yang terus tersenyum dalam menapaki pilihan hidup yang teramat sulit. Tanpa sedikit pun ada cemas, gelisah, dan penyesalan. Mereka telah melukis hiasan termahal dalam hidup dengan tinta darah dan air mata.


selamat melukis! ;)



nota kaki: tahniah diucapkan kepada barisan baru pimpinan SCIENCESS. "together we make SCIENCESS better!" - Nadia Hanis, Naib Presiden 2 SCIENCESS 2009/2010.

nota kaki 2: tahniah juga buat senior-senior UIA yang akan berkonvo mulai esok.

3.10.09

Syawwal: Nur Kasih

salam semua...

entri ni takda kaitan pun dengan raya. eheh~

cuma nak kongsi sikit... disebabkan pengaruh adik dan pengaruh persekitaran, saya mula tengok Nur Kasih. sekarang dah masuk episod ke-15. hua3...

boleh tahan la ceritanya.. jalan ceritanya lebih kurang macam dalam novel-novel biasa. tapi OK la. mesejnya sampai. sinematografinya pun cantik. serius..


kepada mereka yang ikuti kisah ni, teruskan mengikut. bukan sekadar tengok sebab suka kat watak Nur Amina, Aidil atau Adam, tapi ambillah juga mesej-mesejnya.


ingat, yang penting jangan tinggal solat. :)





nota kaki: nasib baik ada Adam.. :P

26.9.09

Syawwal: Kisah Raya

salam raya, salam 'eid mubarak buat semua...



target raya tahun ni:
- khatam al-Quran (alhamdulillah.. setelah bertangguh banyak kali..)
- jaga makan (berkat perancangan awal sebab kalau raya gerenti pergi beraya banyak rumah)
- takmo nangis (gagal di awal pagi raya lagi.. bila dengar takbir raya..T_T)
- bergumbira (alhamdulillah.. dapat pergi pantai!!! ^_^)
- dapat gambar raya (tercapai juga walaupun kamera rosak. tumpang kamera sedara. :P)
- dapat duit raya (ni kalau tak dapat, memang sedih la.. :P)




alhamdulillah, kebanyakannya tercapai. hee~




misi syawal seterusnya: belasah farmako, pato, dan kerja sekolah yang bertimbun. chaiyok2!!




nota kaki: maaf kawan-kawan sebab tak dapat singgah rumah untuk beraya. huhu~

18.9.09

Ramadhan: Kisah Malam Raya

salam semua...

malam ni malam terakhir tarawikh.. hua~~



hm.. sebelum kita masuk bab raya, nak tanya..macam mana puasa kome? best? best sebab makin kurus ke atau sebab dapat makan free selalu? ke takde perasaan langsung?

macam mana pulak dengan 'amalan kome sepanjang puasa? bertambah? berkurang? atau sama je? sama-sama la kita bermuhasabah ek. apapun, segala jenis 'amalan yang kita 'amalkan masa puasa dulu macam solat sunat rawatib, sedekah, baca al-Quran, jangan ditinggalkan tapi teruskan. yep.. teruskan.. chaiyok2! ;)


di kesempatan ini juga, tuan punya blog Laman Kehidupanku nak ucap Salam 'Eidulfitr dan mohon maaf atas keterlanjuran kata, terkasar bahasa, tersilap bicara, dan segala waktu dengannya. kalau rasa tak puas hati jugak, boleh bawak berbincang.

OK.. ni ada kad raya untuk semua pembaca setia Laman Kehidupanku. nanti boleh print dan tampal kat dinding rumah. :D





selamat hari raya semua. bagi mereka yang akan pulang ke kampung, moga selamat perjalanan pergi dan pulang kalian. raya raya gak. jangan lupa pada saudara-saudara kita yang dalam serba kekurangan. jangan lupa ziarah mereka yang telah pergi dan sedekahkan Yasin buat mereka.


doakan kesejahteraan buat semua.


Wallahua'lam. :)

Ramadhan: Kisah Rindu

salam semua...

maaf, sayu sikit entri kali ni..




malam ni malam ke-28.. lagi 2 malam kita habiskan tarawikh..
em..lagi 2 malam.. maka, pulunlah sebanyak-banyak 'amalan yang kamu mampu. bertahanlah~

kisah rindu...
masa tarawikh tadi, tak dapat nak khusyuk sangat. macam-macam main kat kepala. tekanan perasaan pulak bila nak dekat raya ni. orang patutnya bergembira. hua~~



entah macam mana boleh rindu kat macam-macam...



1. rindu kat rumah lama.. siap boleh imajin susunan perabot dalam rumah.. dapur, laman rumah yang lapang, bilik tidur yang best.. T_T


2. rindu kat Angah.. Angah ada tepon semalam.. dah la tak dapat buka puasa sama-sama.. T_T


3. rindu kat Kak Su.. semalam kol Kak Su.. sembang kejap lepas tu...T_T


4. rindu pada zaman kanak-kanak dulu.. zaman yang masih belum kenal erti tekanan tapi hanya kenal erti kegembiraan. macam gembira dapat main basikal pakai dua roda. bersemangat kot masa tu.. hu~~





hm.. raya tahun ni raya pertama tanpa Kak Su. raya yang tak mungkin sama seperti tahun-tahun lalu. bertahanlah kamu, wahai diri~






(gambar di bawah kubah Masjid Besi)





sila abaikan saya.. T_T

14.9.09

Ramadhan: Kisah Semalam

salam semua...

alhamdulillah, dari Kuantan saya selamat sampai ke Gombak petang semalam. berbuka puasa dengan senior GPTD makan mi bandung Muar spesyel. sedap gak. tengok la siapa yang masak. ececeh..(macam puji diri sendiri pulak..hee~)

lepas ifthar, kami bertarawikh di Masjid UIA, Gombak. komen tarawikh: best~ :) kalau boleh, lepas tarawikh tu nak je i'tikaf sampai qiam. rasa macam seronok pulak duduk dalam masjid tu. rasa teruja. amat. hee~ tapi tak tercapai impian tu. ada la hikmahnya tu.. :(

tu kali pertama bertarawikh dan solat dekat masjid tu. seronok. mula-mula masuk, tengok budak-budak main dekat dengan saf jemaah. ada yang merangkak, berlari, main kejar-kejar..ada yang duduk elok je tepi mak dia yang tengah solat. tak buat bising. comel. :P
memang selamba je budak-budak ni. tapi yang menariknya, jemaah sorang pun tak bising-bising bila budak-budak ni buat bising. selalunya, kalau pergi masjid lain, tok imam siap pesan awal-awal sebelum solat kat budak-budak jangan buat bising. siap letak papan tanda lagi: "budak bawah 5 tahun dilarang bermain di atas kawasan berkarpet."

seronok lak tengok budak-budak ni main. comel. :P

lepas tarawikh, lepak dengan geng lampi (:P) dan kakak yang chomey ni pusing kawasan Gombak dan Wangsa Maju. dah habis pusing, kami moreh makan nasi lemak kat Malinja. boleh tahan la nasi lemak kat situ. diorang cakap char kuey teow kat Malinja tu sedap. orang boleh siap beratur panjang kot. tempat makan kat situ pun penuh dan masa tu jam pukul 12 pagi. memang mantap la orang Malaysia. jadual makan rakyat Malaysia moden sekarang kena ada moreh (orang putih sebut supper). kata Ustaz Ali, kita ni makan 6 kali sehari: sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan supper. nasib baik ada bulan puasa. memang hikmah Allah bagi kita puasa ni. nak bagi badan rehat kejap untuk sebulan. siap ada perkhidmatan servis pembersihan sistem dalam badan lagi. kalau takda rehat ni, ada potensi majoriti daripada kita ni kena penyakit macam kencing manis dan tekanan darah tinggi. sebab apa? sebab makan jugak. dahsyat, kan? Subhanallah..

malam tu, balik UIA tumpang bilik Kak Dyll, terus tidur. penat. bangun sahur, bukan alarm yang kejutkan.. tapi bunyi guruh dan petir. memang dahsyat la. kawan kata macam lampu lip lap. mungkin ni hikmahnya tak dapat tinggal kat masjid malam tu. Wallahua'lam.

pagi tadi baru bertolak balik rumah. petang tadi baru sampai. mujur tren tak sesak. oh, lupa lak. sekarang kan bulan puasa. :P

sampai rumah je, terus tidur. penat. mungkin sebab bawa beg berat macam batu ke hulur ke hilir. mana tak berat..dalam beg ada komputer riba dengan nota farmako dan pato. nasib baik tak bawa balik buku teks. hehe



hm..begitulah cerita semalam. seronok. dah lama tak tengok KL. kira ada kejutan budaya juga la semalam. kalau kat Kuantan, dah biasa dengar orang kecek. kat KL ni, susah nak dengar orang kecek. naik teksi pun pakai meter. kat Kuantan, mana ada teksi bermeter. sekali naik je dah kena RM12. hehe




nota kaki: saya suka entri ni. sori, pepagi ni tak dapat tidur. jom qiam. ;)

11.9.09

kenapa? T_T

salam semua...


kenapa buka blog boleh tulis esei panjang-panjang, mencurah-curah idea segala...
tapi bila dapat kerja rumah suruh tulis esei, satu patah kata pun tak dapat nak tulis?







madam, saya nak tukar tajuk saya boleh? T_T




nota kaki: salam 10 malam terakhir ramadhan. jom pulun 'amalan sebanyak-banyaknya. pulun, jangan tak pulun! Allahu Akbar!

1.9.09

Ramadhan: Kisah Isteri

salam semua...

apa khabar diri? apa khabar iman?
hm..macam biasa la kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. yang penting, jangan putus asa ye. :)

puasa macam mana? bertambah 'amalan tak? insyaAllah makin baik tu. xpe.. bab ber'amal ni, kita buat pelan-pelan ek. janji konsisten. kalau tak larat, jangan paksa. nanti buat penat badan lak. tapi puasa jangan tinggal. berdosa tau. kalau kamu perempuan, lain ceritanya lak. ;)

Jumaat lepas saya ke Religio-Science Discussion anjuran fakulti. kebanyakan audiensnya terdiri daripada pensyarah-pensyarah antarabangsa, pensyarah yang biasa mengajar kami di kelas. tak ramai pelajar yang datang. promosi iklan kurang berkesan mungkin.

diskusi kali ini tentang Ramadhan ketika zaman Rasulullah yang disampaikan oleh pengetua hostel kami, Ustaz Ali. banyak-banyak perkara yang dibincangkan, satu perkara ini yang saya boleh ingat sampai sekarang. sebab kisahnya ringkas mungkin. oh, diskusi ni dalam bahasa inggeris ya.

ada satu ketika, Ustaz Ali bertanya dengan loghat Terengganunya, "how many wives did Rasulullah had?"

ada yang jawab, "eight", "nine", "ten". ada yang senyap.

Ustaz Ali pun menjawab, "nine. Rasulullah had nine wives."

Ustaz pun sambung lagi, "Rasulullah had nine wives and the best part was, for every Ramadhan he manage to spent most of his times alone in the mosque every day without arguing with his wives."

respon audiens, "masya-Allah...". ada juga yang bergurau, "can i have nine wives?"

lepas tu Ustaz Ali sambung lagi, "OK now. how many wives do you have?"

semua orang gelak. gelak sebab terkena batang hidung sendiri mungkin. baik audiens lelaki mahupun perempuan.

"one." balas audiens.

Ustaz balas, "we have one wife and Allah even give us permission to have four wives but still we cannot spend our time in the mosque. why? Rasulullah had nine wives and yet he can i'tikaf (niat untuk beribadah dalam masjid) in the mosque everyday. why?"


"so... why?"















Pengajarannya: di bulan puasa ni, kita ketepikan nafsu, utamakan iman. ;)



nota kaki: Rasulullah beristeri sembilan bukan sebab suka-suka macam kisah-kisah poligami yang rata-rata dimanipulasikan kepentingannya sekarang. Rasulullah kahwin atas perintah Allah dan kebanyakan daripada isterinya terdiri daripada ibu tunggal yang kematian suami dan wanita-wanita yang kurang bernasib baik. apa-apa pun, jangan burukkan keindahan dasar berpoligami itu.

nota kaki lagi: kisah ni bukan untuk yang dah kahwin je ek. yang belum kahwin pun boleh baca, lagi-lagi yang tengah belajar ni. baca pengajaran di atas. "KETEPIKAN NAFSU, UTAMAKAN IMAN." (pengajaran buat diri sendiri yang demam Bones sekarang. "eh kamu.. exam minggu depan la. -_-")

nota kaki lagi: Selamat Hari Merdeka. erm.. Malaysia mungkin dah merdeka.. tapi kita?

21.8.09

Al-Quds dan Ramadhan

salam semua..

entri kali ni pendek je..

hari ni 21 Ogos 2009.. tarikh 21 Ogos, sinonim dengan Hari Memperingati al-Quds. di kala kita dalam kesibukan menyambut Ramadhan, di kala kita sibuk dengan ke'pandemik'an H1N1, kita jangan lupa dengan saudara-saudara kita di Palestin sana. teruskan memboikot. barang-barang murah macam Nestle, biskut Tiger Kraft tu semua strategi Zionis semata-mata. kalau terliur McD tu, tahan je la ek. Ramli Burger kan ada. roti canai pun sedap gak. alang-alang nak puasa ni, boleh simpan sikit duit beli McD tu untuk buat derma kat tabung masjid.

lepas tu, empunya blog Laman Kehidupan yang chomel ni nak ucap Ahlan Ya Ramadhan Mubarak buat semua yang baca blog ni. hee~

hm.. bulan Ramadhan yang penuh hikmah lagi barakah. bulan untuk kita mengumpul amalan di Dunia untuk bekalan di Akhirat kelak.

macam-macam amalan boleh kita buat,
bersedekah
buat solat sunat rawatib
solat sunat Dhuha
bagi salam
senyum
sabar
solat sunat tarawikh
beri'tikaf dalam masjid
bersahur
bukak puasa sama-sama
Qiamullail
solat Tahajud
solat Taubat
solat Hajat
solat Istikharah
solat witir
baca Quran
tadarus ramai-ramai
berzikir
berdo'a
cakap sayang kat Mama n Ayah
cakap sayang kat adik-adik
sedekahkan Yasin
macam-macam la...

tapi dengan 1 syarat, niat kita beramal ni kerana Allah.
mula-mula mungkin tak biasa. tapi cuba buat sekali. lepas tu cuba buat lagi.
insyaAllah tak kekok nanti. ajak je kawan ramai-ramai. baru seronok. kan?

kalau nak ikutkan, memang penat hujung minggu ni sebab siangnya ada kelas, pembentangan, program.. malam pula tak tahu larat ke tak nak bertarawikh.. tapi kita kena positif. niatkan Lillahi Ta'ala. insyaAllah ok. kan?

ok semua, moga kita semua terus dalam keadaan sedar dengan tujuan kita hidup di Dunia. moga segala perbuatan kita mendekatkan lagi diri kita dengan Allah yang Maha Esa. aameen...



apa lagi, jom kita kumpul 'amal banyak-banyak!! Allahu Akbar!!!


nota kaki: ek, macam panjang lak entri ni.. eheh

17.8.09

Dunia

salam semua...

tadi ada usrah. bincang tajuk "Bagaimana saya hidup untuk Islam". salah satu caranya ialah dengan mengetahui perbandingan nilai dunia dengan nilai akhirat.


Alkisah, diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W. berdiri berdekatan dengan tempat pembuangan sampah. Beliau memanggil para sahabatnya, "kemarilah kalian, datanglah kepada Dunia!"

Kemudian Rasulullah S.A.W. mengambil cebisan kain yang telah lusuh dan tulang-tulang yang telah rapuh. Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda, "Inilah Dunia."








di kala kita sedang sibuk dengan mesyuarat, program, harta, dan segala perihal Dunia, kita selalu mengeluh penat. penat sebab apa? penat kejar masakah? penat kejar Duniakah? atau penat beribadah?

apa-apa pun, marilah sama-sama betulkan niat. biar segala aktiviti kita itu bukanlah untuk mengejar nama, mencari populariti, mengisi masa lapang, atau memenuhkan ruang CV, tetapi untuk mengejar redha Ilahi semata-mata.

teringat saya akan sepotong bait lagu nyanyian The Zikr, Antara Dua Cinta:


"hanya cinta-Mu ku harap tumbuh,
dibajai bangkai Dunia yang ku buru..."





Wallahua'lam.



nota kaki: penularan virus H1N1 sudah di tahap membimbangkan. hm..ada hikmahnya tu. apa-apa pun, ambillah langkah pencegahan sebelum kita terkena. ;)

nota kaki 2: ahlan wasahlan, ya Ramadhan. :)

9.8.09

Topeng V untuk Virus

salam semua...

saat entri ini ditaip, bumi Kuantan sedang dibasahi hujan dengan berlatarkan bunyi guruh. tidur sedap nih.. hee~

hmm.. virus influenza H1N1 telah berjaya menampakkan belangnya di kampus tercinta. oh tak, kampus saya tak ditutup.. tapi fakulti demi fakulti ditutup. keputusan penutupan fakulti dibuat oleh dekan fakulti masing-masing. tapi tak tahu la kalau-kalau kampus tercinta ni nak isytihar cuti jugak. hmm..kita tunggu dan lihat.

saya tumpang simpati buat fakulti yang tak ditutup. tapi saya tumpang simpati jugak la buat fakulti yang ditutup. sebab banyak kelas akan diganti pada waktu-waktu yang tak diingini lepas ni. fakulti saya antara yang ditutup selama seminggu. maka, bertabahlah. harap-harap kelas 3 jam tak jadi 6 jam. huu~

sejak penyebaran virus yang makin melarat, fenomena memakai topeng tutup mulut menular dalam kalangan pelajar-pelajar kampus. akibat pengaruh kawan yang bersemangat, saya pun terjebak. mula-mula pakai, rasa sesak la jugak tapi bila dah biasa, rasa seronok pulak pakai topeng ni. hehe

dalam perjalanan ke kuliah, sambil tersenyum sorang-sorang di sebalik topeng itu, ramai yang bertanya, "tak sihat ke?" berkerut dahi saya. saya nampak tak sihat ke? padahal saya baru baik demam. batuk pun dah reda. (eh jap..macam la diorang nampak muka ni bila dah pakai topeng..hehe)

ada juga situasi di mana sahabat-sahabat saya ditertawakan kerana memakai topeng. nampak lucu agaknya.. (lucu ke? tapi bagi saya nampak comel je. :P) pelik.

pelik punya pelik, fikir punya fikir, satu kesimpulan yang dapat saya buat:
bila ada orang pakai topeng, orang tu mesti tak sihat.

yup, saya rasa itu persepsi kebanyakan orang. dan saya bersetuju dengan persepsi mereka. cumanya, dalam keadaan kritikal penularan virus H1N1 yang pandemik ni, saya kira pemakaian topeng adalah salah satu langkah berjaga-jaga untuk menangani wabak ini. jadi, tak kira orang itu sihat ataupun tidak, pemakaian topeng adalah amat digalakkan.

dalam keadaan kritikal penularan virus H1N1 yang pandemik ni, saya kira pemakaian topeng adalah salah satu langkah berjaga-jaga untuk menangani wabak ini.


tapi, iya.. itu pun atas inisiatif setiap individu jugak la kan. kalau rasa, sistem imuniti kebal dan kuat..antibodi boleh lawan dengan pelbagai hentaman virus, tak payah pakai pun takpa dah.



apa-apa pun, kita kena kembali kepada-Nya. dalam surah Yasin, Allah berfirman, "...kun fayakun" yang bermaksud, "...Aku kata Jadi, maka jadilah." jadi tak kiralah sihat ke tak, kalau Allah nak bagi kita virus tu, maka dapatlah kita virus tu. yang sihat, mungkin terus jatuh sakit. yang sakit, mungkin sakit biasa je tapi tak dapat virus tu.

Allah berfirman, "...kun fayakun" yang bermaksud, "...Aku kata Jadi, maka jadilah."



cuti ni, ramai yang pulang ke kampung halaman. ni pun belum tentu kita dapat lari daripada terkena virus tu. yang tak cuti pun, potensi untuk dapat masih 50-50. wallahua'lam.

jadi kita ni, tak perlulah nak gelabah, cakap pandai (seperti kata pensyarah Patologi) tapi takda usaha untuk menangani penyebaran wabak ni. masing-masing ambillah inisiatif. masing-masing ada cara tersendiri kan.

pensyarah Imunologi kami menasihati kami untuk ambil sesudu madu setiap pagi seperti yang diajar oleh nabi kita. madu itu kan ubat. inisiatif lain, amalan fardu solat 5 waktu ditingkatkan. solat di awal waktu, bacaan semasa solat dihayati, khusyuk solat dijaga. amalan sunat seperti membaca al-Quran, solat sunat, berwudhu' sepanjang masa, dan berzikir diperbanyakkan.

alang-alang bulan puasa nak dekat, kita praktis la dulu. biasakan diri dengan puasa dan berzikir. bila dah puasa nanti, takde la liat sangat. kan?


kata-kata di atas buat renungan semua terutama diri yang serba malas dan daif ni. itulah manusia..mudah alpa dan leka. kita ni sebenarnya selalu butuhkan peringatan. kadang-kadang kena ketuk kepala sendiri sebab nak bagi sedar yang kita tu manusia. itulah manusia...



panjang pulak celoteh kali ni. asal ha? (ni tiru gaya PM WacKOS lak..hehe)

itu pandangan saya. pandangan awak pulak macam mana?



nota kaki: buat sahabat seperjuangan, selamat bermuktamar!

6.8.09

Rindu...

salam semua...

kalian nampak kolum 'Buku di Tangan' di sebelah kiri tu tak?
hmm.. buku tu belum habis dibaca. tak tahu la bila nak habiskan..

huhu...

sekarang ni, Sudoku jadi peneman. buat ganti buku 'Filem dan Drama'. alhamdulillah.. hehe



hmm...



yup, rindu sama buku... :|



orang biasa membaca ketika waktu lapang,
orang yang luar biasa melapangkan masa untuk membaca.

2.8.09

Tag Angah

salam semua...

dah pukul 4 pagi tapi tak boleh tidur lagi. jet-lag kot..ke bus-lag? (maaf, kesengalan melanda..)

setelah sekian lama..Angah kembali semula..huhu..rindu sama kamu, Angah. *peluk*

ni ole-ole daripada Angah:




terima kasih, Angah. ole-ole ni saya tak nak bagi sesape sebab ni Angah yang bagi. huhu... (tamaknya...)

untuk Angah, Achik bagi bila kita jumpa nanti ek. ;)





^_^


nota kaki: tahniah kepada senior, Wan Abdul Matiin yang telah melangsungkan perkahwinannya di KL malam tadi. moga beliau dan pasangannya berkekalan hingga ke akhir hayat. maaf sebab tak dapat menghadirkan diri. huhu

Kematian itu satu kepastian

salam semua...

rabu lepas kampus saya dikejutkan dengan sebuah berita kematian seorang pelajar dari kuliah kami akibat terlibat dalam nahas jalan raya. motor dengan bas. kondisinya agak tragis.

walaupun tak kenal, tapi berita ini cukup terkesan.

seingat saya, saya baru bertemu arwah pada sabtu lepas. ketika itu, saya di Kg. Cherok Paloh sebab ada program dan beliau bersama teman-teman FaciTeam singgah di tempat kami selepas mereka berprogram di SK Beserah.


benar, kematian itu satu kepastian.


firman Allah yang bermaksud:

...setiap yang hidup pasti akan merasai mati...




ajal itu bila-bila boleh datang. mungkin esok, lusa, tulat..mungkin juga lepas ni. oleh itu, bersiap sedialah semua untuk menempuhi kematian.


al-Fatihah buat arwah. Moga rohnya ditempatkan bersama para solihin. aameen..

20.7.09

Minggu Pertama Persekolahan dan Nikmat Sakit

salam semua...

sihat? hehe.. saya kurang sihat. *uhuk2*

yup, minggu pertama persekolahan tidak sesibuk mana.
kelas imunologi dah nak habis satu bab..
kelas patologi baru warm-up..
kelas farmakologi akan mula 2 minggu lagi..
(subjek semua berkaitan penyakit.. ni yang suka nih.. :P)

petang masih lapang...sesi makmal belum mula lagi..

hmm.. sepanjang waktu lapang dihabiskan dengan terlantar di atas katil.
2 kali pergi klinik.
kali pertama sebab sakit tekak. ada infection.
doktor bagi antibiotik untuk tekak dan ubat batuk yang mengantukkan.
sekali makan, tidur untuk 3 jam dan mungkin lebih. hehehe

kali kedua sebab demam. kesan infection mungkin.
tekak dah tak sakit tapi suara dah lain macam.
telinga berdengung buat beberapa ketika.
doktor bagi paracetamol, antibiotik, dan ubat selesema yang mengantukkan.
sekali makan, tidur dan bangun semula untuk makan je. hehehe

bunyi macam teruk je, kan?
hehe..takda la teruk mana. siap boleh pergi joging lagi. tapi tak lari la. hehe


hujung minggu lepas lagi best..
Sabtu pergi Kemaman..jalan-jalan cari pantai. siap boleh kutip umang-umang dan mandi kat Cherating.
Ahad pergi Sg Panching. mandi sungai. seronok. :D


hari ni, mula rasa pening sikit. hmm...

takpalah.. nanti baik la tu.

yang pasti, ni bukan H1N1 ek. PASTI. doktor pun tak cakap apa-apa.

tapi mungkin sebab cuaca yang tak menentu. bumi Kuantan ni mendung memanjang akhir-akhir ni..


tu lah..dulu nak sangat demam. tup-tup..Allah bagi seminggu demam..ni pun belum baik lagi. Allahu Akbar!

apa-apa pun, bagi mereka yang sihat, gunakanlah keadaan sihat tu sebaik-baiknya. jangan ponteng kelas, jangan ponteng meeting (takda kaitan pun..hehe).



ingat 5 sebelum 5. ;)



maka nikmat Tuhan yang manakah yang dikau dustakan?
surah ar-Rahman





Wallahua'lam.


nota kaki: oh ya.. tahu kan PPSMI dimansuhkan?

13.7.09

MJ bukan Master J

salam semua...

hmm.. tetiba la plak nak buat entri pasal MJ. bukan Master J tapi Michael Jackson.

erm..tadi tengok balik video2 MJ kat YouTube. saje.

ni video feveret saya masa kecik2. kenapa feveret? satu sebab ada McCauley Culkin, pelakon cerita Home Alone. hehehe... keduanya sebab ada video ni tunjuk orang tukar-tukar muka. dari kulit hitam jadi kulit putih. muka cina jadi muka orang arab. dahsyat la! :P



sebenarnya, lagu-lagu MJ ni banyak mesejnya kalau kita dengar betul-betul. macam lagu Black or White ni, mesejnya pasal anti perkauman. tak kira bangsa, tak kira puak, gelap ke cerah, kaya ke miskin, semua orang bersaudara. Islam kan dah ajar pasal ni. kan?

lagu Earth Song tu, cerita pasal Bumi menangis sebab manusia suka rosakkan Bumi.

lagu Heal The World tu plak, pasal pentingnya keamanan untuk generasi mendatang.

hm.. lagi satu yang saya baru perasan bila tengok video2 MJ... MJ ni baik orangnya. kan?




al-Fatihah buat MJ. moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. aameen...




nota kaki: suka dengar lagu You're Not Alone. :)

Kembali menulis...

salam semua...

hehe... kabare semua? harap semua sihat walafiat macam saya. :P

hari ni hari pertama semester panjang bermula. dan hari ni secara rasminya saya menjadi pelajar tahun ketiga di bumi kampus tercinta. sudah jadi senior sekarang. jadi, ada satu tahun lagi sebelum konvo. insyaALLAH. :D

hampir sebulan tak memblog sebab sibuk masa cuti lepas. ni pun kebetulan tengah lapang. biasalah.. hari pertama semester selalunya takda kelas. semua sibuk nak daftar subjek.

Alhamdulillah, semalam baru selesai program Baktisiswa atau singkatannya Baksis di Kg. Ubai, Kuantan. Baksis kali ni sangat best!! ^_^ sempat la bakar lemang, kacau dodol, makan durian, pergi pantai tangkap umang-umang, tengok orang tarik pukat.. dan yang paling seronok sekali mandi laut!! :D

banyak lagi kenangan dan pengalaman yang saya dapat semasa program tu. rupa-rupanya, bukan senang nak jadi komiti sukaneka ni. lagi-lagi nak layan peserta sukaneka ni yang pandai berhelah/berstrategi dalam apa cara sekalipun semata-mata nak menang. tapi, akhirnya tak menang juga. benarlah peribahasa "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga." sabar ye, MM. hehehe

yang penting, pergi program ni bukan untuk suka semata-mata. kami cuba ambil peluang ni untuk tolong orang-orang kampung. nama pun Baktisiswa, kan? tapi tak banyak yang boleh kami buat. orang-orang kampung ni baik amat.. terharu saya. huhu..

erm.. tolong gembirakan orang kampung pun kira boleh la kot, kan? ehehe


erm.. tu je kot untuk entri kali ni.

kat bawah ni gambar umang-umang yang Along tangkap masa keluar dengan Kak Dyll dulu. umang-umang dalam gambar ni besar sikit. yang kitorang tangkap kat pantai hari tu kecik je. hee~~





menarik, kan?? ^_^




;)

19.6.09

Entri Terakhir untuk kelas BM...

salam semua...

minggu ni minggu terakhir kelas BM.
rabu lepas kami buat jamuan kecil.
semalam, kami persembahkan pentomin.
selasa ni, 23 Jun, hari peperiksaan kami.

tak sangka 7 minggu cepat berlalu.
banyak yang telah kami pelajari.
ada yang baru, ada yang pernah kami dengari.
tapi yang pasti, kami semua tak jemu.

baiklah. ingat lagi tak sketsa tentang sistem peredaran darah yang saya nak kongsikan dulu? kalau tak ingat, baca entri ni. bukan la sketsa sangat. saya rasa ia lebih kepada pentomin. tapi, akan saya kongsikan dalam entri kali ni. harap semua terhibur. ;)



tajuk: Kisah Pengembaraan Cik Merah di dalam Sistem Peredaran Darah

Perkenalkan, Ini Cik Merah. Seunit sel darah merah atau nama saintifiknya Eritrosit.
comel, kan? Kecil je. Beliau ini sangat rajin bekerja terutama dalam bidang sistem peredaran darah dalam badan kita.

Kerjanya banyak. tak padan dengan badan. Kerjanya mengangkut oksigen, karbon dioksida, hormon, nutrien, dan bahan kumuhan di seluruh badan. Banyak, kan?

selain itu, Cik Merah juga bertanggungjawab mengawal suhu, pH, dan kandungan air dalam badan. Kiranya, Cik Merah ni "sel" terpenting jugalah dalam badan. rajin, kan Cik Merah ni? mungkin itulah rahsia Cik Merah untuk kekal langsing ala dwicekung ni. Badannya yang dwicekung ini sebenarnya dapat membantu Cik Merah untuk membawa lebih banyak Oksigen untuk Cik Tisu.

baiklah. untuk pengetahuan semua, beliau kini di dalam Jantung dan berada dalam keadaan nyahoksigen dan nyahnutrien. Maklumlah, beliau baru sahaja pulang menemui Cik Tisu untuk dapatkan karbon dioksida dan bahan kumuhan. kemudian, dari Jantung, Cik Merah akan melalui Lumen Arteri Pulmonari untuk bertemu Paru-paru untuk berikan karbon dioksida tadi. Sebagai balasan, Cik Paru-paru akan berikan bekalan oksigen kepada Cik Merah. Hm..macam sistem barter pulak, ye..? selepas mendapatkan bekalan oksigen yang secukupnya, Cik Merah akan masuk semula ke Jantung dan seterusnya menemui Cik Tisu untuk memberikan bekalan oksigen dan nutrien.

rakan-rakan sekalian, perjalanan menuju ke rumah Cik Tisu ni bukannya dekat...tapi jauh... sangat jauh. Berliku-liku lumennya. dari Jantung, Cik Merah terpaksa keluar mengharungi lautan Aorta yang sangat deras tekanan darahnya.

ingat ye saudara dan saudari, lautan darah ini tiada penghujungnya. dari lautan Aorta, Cik Merah akan menyusur ke Sungai Arteri. Dari sungai Arteri, Cik Merah menyusur pula ke Sungai Arteriol. Makin jauh perjalanan Cik Merah, makin kecil cabang-cabang arteri ini. akhirnya, Cik Merah akan melalui anak sungai bernama Kapilari. Anak sungai ini sangatlah kecil dan sempit. Mujur badan Cik Merah langsing. Rupa-rupanya, ada hikmahnya di sebalik kelangsingan itu. di anak sungai inilah Cik Merah bertemu Cik Tisu untuk memberikan bekalan Oksigen dan nutrien. Dalam masa yang sama, Cik Tisu akan memberi Karbon Dioksida dan bahan kumuhan sebagai balasan.

Kisah perjalanan Cik Merah tidak tamat di situ ye, rakan-rakan sekalian. Dari anak Sungai Kapilari tadi, Cik Merah akan keluar menyusur ke anak Sungai Venul pula. Sungai Venul ini pun sempit juga lumennya. Terus, dari Sg. Venul, Cik Merah menyusuri Sg. Vena. Di Sg. Vena ni, banyak halangannya, kawan-kawan. Sungai ini dikawal ketat oleh pintu-pintu injap untuk memastikan aliran darah berjalan dengan lancar. selepas mengharungi liku-liku sungai Vena, Cik Merah akan keluar ke Lautan Vena Kava.

oh, saya terlupa untuk beritahu sahabat-sahabat semua. Untuk pengetahuan semua, Lautan Aorta, Sungai Arteri, Sungai Arteriol dan Kapilari tadi dipenuhi dengan darah beroksigen. Tetapi, bermula dari Sungai Venul hinggalah ke Lautan Vena Kava, ia dipenuhi dengan darah nyahoksigen.

Dari Lautan Vena Kava, Cik Merah akan berlabuh kembali di Jantung seterusnya bertemu Paru-paru untuk membuat pertukaran gas sekali lagi. Maka lengkaplah satu pusingan darah Cik Merah. Kitaran ini akan berulang beratus-ratus kali sehinggalah Cik Merah menjangkau usia bersaranya iaitu 120 hari.

begitulah Kisah Pengembaraan Cik Merah yang tidak mengenal erti penat lelah membantu Paru-paru dan Cik Tisu dalam misi pertukaran gas dan nutrien. Berjasa sungguh Cik Merah. Wahai Cik Merah, jasamu dikenang. :P


macam mana? terhibur?
slot cerita ni kami selitkan dengan deklamasi sajak tentang darah yang bertajuk "Rantaian Kasih Darah" yang kami petik daripada laman web Dewan Bahasa dan Pustaka. mungkin kawan-kawan boleh bayangkan bagaimana Cik Merah tu bergerak mengharungi sungai-sungai darah tu. hehe...



apapun, pengalaman sepanjang belajar BM ni amatlah bermakna dan akan saya kenang sampai bila-bila. insya-Allah. terima kasih, Cikgu Fuziah di atas segala tunjuk ajar cikgu kepada kami.

kamu tahu apa harapan cikgu terhadap kami? cikgu nak anak-anak muridnya menjadi orang profesional yang bukan sahaja mahir dalam bidang sains tetapi juga dalam bidang penulisan Bahasa Melayu dalam bidang sains. cikgu mahu lihat kolum-kolum rencana sains di majalah atau mana-mana media ditulis oleh anak-anak muridnya. besar sungguh harapannya. insya-Allah cikgu, kami akan usahakan sedaya mungkin. insya-Allah.



bagi entri kali ni, saya akhiri dengan slogan "Bahasa Jiwa Bangsa". do'akan kami untuk peperiksaan akan datang. :)


17.6.09

Laskar Pelangi...lagi.

salam semua...

entri sebelum ni tentang filem Laskar Pelangi.

entri kali ni pula tentang lirik lagu Laskar Pelangi nyanyian Nidji. ala, yang nyanyi lagu tema siri Heroes tu.

lirik lagunya penuh makna. hayatilah. hee~

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar Pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Korus:
Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia... selamanya

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar Pelangi
Takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

Laskar Pelangi..
Takkan terikat waktu...





^_^

11.6.09

filem Laskar Pelangi best!




salam semua...

mesti ramai yang pernah dengar kan lagu Laskar Pelangi?

menarilah dan terus tertawa..
walau dunia tak seindah surga...


sedap lagunya. kan?

tapi saya yakin ramai yang tidak tahu bahawa tajuk lagu ini sebenarnya diambil daripada tajuk sebuah novel karya Andrea Hirata.

dan saya juga yakin ramai yang tidak tahu bahawa novel ini telah berjaya difilemkan.

saya sudah menonton filemnya. sangat bagus sekali. kisahnya tentang kesungguhan anak-anak miskin menimba ilmu di sebuah sekolah yang hampir roboh dek kemiskinan. walaupun miskin, itu tidak menghalang mereka daripada terus belajar.

untuk menonton trailer filem Laskar Pelangi, klik sini (maaf, tak dapat nak upload. masa tak mengizinkan). filemnya boleh didapati di Youtube. tengok la. tak rugi tengok. percayalah! selamat menonton! hee~




kalau mahu pintar, belajar!
kalau mahu berhasil, usaha!



;)

3.6.09

Tolong saya kejap boleh?

salam semua...

semalam sesi presentasi BM. kumpulan saya buat persembahan sketsa dan deklamasikan sajak. persembahan kami bertajuk "Kisah Pengembaraan Cik Merah". hee~~

Sketsa kami tentang sistem peredaran darah. hm..ada peluang, akan saya kisahkan di entri akan datang. ok?

oh ya.. saya nak minta tolong boleh? Cikgu Fuziah bagi tugasan untuk mencari perkataan Kata Majmuk Mantap. contoh perkataan: tanggungjawab, kakitangan, setiausaha. lain tau dengan kemas kini, galang ganti, campur aduk.

jadi macam mana? boleh tolong?

siapa jawab paling banyak, saya bagi hadiah. hee~

27.5.09

Mama saya konvo hari ni. ^_^

salam semua.

Mama saya konvo hari ni. tahniah, Mama! ^_^


Mama pesan, "Ma doakan anak-anak ma pun belajar dengan cemerlang..."

baik Mama! ^_^

14.5.09

keranamu, kelas BM...

salam semua...

alhamdulillah, selsema dah kurang. cuma sekarang ni batuk-batuk sikit. tapi nanti baik la tu. terima kasih kepada mereka yang prihatin. ;)

rasa syukur sangat dapat rasa sakit walaupun selsema. Alhamdulillah. sekali-sekala, dapat la rasa nikmat sihat tu macam mana, kan? tak dapat tidak, dapat juga kita rasa ujian daripada-Nya walaupun kena selsema.

ini baru sikit. baru sehari dua. bagi mereka yang sering diuji dengan kesakitan, saya kira mereka lagi bertuah. bukan sebab mereka boleh dapat surat cuti (baca: MC) selalu, tapi kerana mereka antara yang terpilih untuk menerima ujian-Nya. tapi tak semestinya asal sakit je ujian Allah. ada banyak lagi. ujian dalam persahabatan, ujian dalam hubungan, ujian dalam kewangan, ujian dalam menempuhi kehidupan..macam-macam la. boleh kata setiap perkara itu ada ujian-Nya. em.. boleh faham, kan? takpalah. apa-apa pun, moga Allah berikan kekuatan dan kesabaran selalu. :)


baiklah. ketepikan soal sakit sebentar. sekarang kita akan berpuisi pula. :P


tajuknya Keranamu, Kelas BM. (bacalah macam mana kalian nak baca pun. :P)


keranamu, kelas BM..
aku belajar sejarahmu
aku belajar asal-usulmu..
aku belajar menjadi Melayu...

keranamu, kelas BM..
aku kenal aksara
aku kenal Za'ba
aku kenal pola keselarasan vokal juga...

keranamu, kelas BM..
aku berpuitis...
bermula dengan syair
kemudian pidato..
kemudian... mungkinkah sketsa?

Alhamdulillah, aku bersyukur..
walau dalam kekurangan
ku mampu jua menghadapinya
sekurang-kurang, aku sudah pernah menghadapinya..
Alhamdulillah...





cukup la tu. terlebih puitis la pulak. bagi sesiapa yang minat berpuisi, sudi-sudikanlah diri melawat laman Arena Puisi. saya pun dah lama tak ke sana. Jom! ;)

nota kaki 1: kebetulan tajuk persembahan saya tadi "Rakyat Sihat, Negara Sejahtera". macam tau-tau je. :P

nota kaki 2: kepada Cikgu Fuziah, cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya, dan semua yang bergelar guru, Selamat Hari Guru, cikgu!
terima kasih atas tunjuk ajar kalian kepada kami. tanpa cikgu, kami mungkin bergelap, kerana cikgulah pelita kami. :)

7.5.09

padan la Ratu Cantik suka bagi harapan "World Peace"...

Salam semua...



Berita 1

Semalam teman kak senior mengajar tuisyen di sebuah kawasan perumahan.
Saya peneman, kak senior pengajar.

Sambil-sambil meneman, sempat la berbual sekejap dengan kak senior kesayangan sorang ni kat luar rumah.
Kat luar tu gelap.
Tiba-tiba ada sekumpulan budak lelaki.
Saya masuk dalam rumah balik.
Sebagai langkah berjaga-jaga.


Itu semalam.


Pagi tadi, dalam bas ke KL, baca surat khabar...

"Remaja merajuk kena rogol"
KUANTAN: Tindakan pelajar perempuan melarikan diri dari rumah selepas merajuk dengan ibunya mengundang padah apabila dia dirogol seorang lelaki di depan Sekolah Kebangsaan Mat Kilau, Inderapura, Isnin lalu.


dekat je dengan rumah semalam ni!

Masya-Allah...



Berita 2

"Ibu terkejut anak sekatil teman lelaki"

KUANTAN: Seorang ibu yang mahu mengejutkan anak perempuan tirinya berusia 16 tahun untuk bersiap ke sekolah hampir pitam, apabila mendapati seorang remaja lelaki tidak dikenalinya tidur bersama pelajar terbabit, Isnin lalu.


Kalau di negara kita sekarang, ini mungkin boleh jadi berita hangat.
Kalau di negara Barat sana, ini mungkin normal.
Ini sekarang..macam mana lagi 10 tahun? erm, jauh sangat kot.. 5 tahun?
Agak-agak boleh ke berita yang sama jadi berita hangat seperti hari ni?

Na'udzubillah...



Berita 3

"Dua lagi mangsa ragut maut"

KOTA BHARU: Seorang wanita mengandung tiga bulan terkorban di jalan raya, manakala nenek berusia 86 tahun maut di rumahnya, masing-masing angkara peragut bermotosikal, dalam dua kejadian di sini dan Tasek Gelugor, Pulau Pinang.


Innalillah...



Berita 4

erm... cukup la tu untuk hari ini.





nota kaki 1: saya tumpang simpati dengan keluarga mangsa. sama-sama doakan moga si mangsa pulih semula.

nota kaki 2: terima kasih kepada Saasatul Ibaad (FT) kerana mendekatkan semula diri ini dengan bahan bacaan yang bernama surat khabar. -_-"

5.5.09

Definisi Melayu oleh Jawa Kuno

salam semua...

hari ni hari kedua kelas Bahasa Melayu for Science (dulu dipanggil Bahasa Melayu Lanjutan).

hari ni kami belajar tentang sejarah perkembangan Melayu. ^_^

Bermulanya kisah Melayu sejak abad ke-7 lagi. Ada dua teori berkenaan asal usul Melayu. Teori Asia Tengah dan Teori Nusantara.

Secara ringkasnya, Teori Asia Tengah mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Selatan China di mana orang-orang dari Selatan China bermigrasi ke kawasan Asia Tenggara. Manakala Teori Nusantara mengatakan bahawa orang Melayu itu berasal dari bumi Nusantara sendiri.

Fakta menarik: tulisan Bahasa Melayu Kuno dikenali sebagai tulisan Palawa dan bukan tulisan Sanskrit seperti yang diketahui ramai.

Fakta menarik lagi: Melayu didefinisikan oleh Jawa Kuno bermaksud 'berlari dan suka mengembara.' menarik, kan?

insyaAllah esok kami akan belajar tentang perkembangan sistem ejaan Bahasa Melayu.

pada lusanya pula, kami akan belajar... oh..khamis ni kami cuti -> Hari Hol Pahang. hehe



saya sangat bangga menjadi seorang Melayu. ^_^

2.5.09

kadang-kadang keputusan itu datang sendiri dan setiap keputusan itu selalunya yang terbaik

kalau kita serahkan segalanya kepadaNya. kan?


salam semua...

tengah hari tadi pergi kenduri kahwin kat Rembau
buat pertama kali dapat tengok macam mana kenduri orang Minang
dapat tengok tandu,
orang menari dengan piring..
seronok ^_^

lepas pergi kenduri
jalan-jalan cari gerai cendol
Ayah ikut jalan dalam
dari Rembau sampai Seremban
jumpa gerai cendol tapi tutup
cuti kot..

akhirnya kami singgah R&R Seremban
kot kot la ada cendol
tapi takda jugak
kami makan wafel je
takpa
seronok jugak ^_^

hmm... apa yang seronok sangat ni?

seronok sebab...
1) dapat tangkap banyak gambar
2) satu famili keluar sama hari ni

erm.. apa kaitan dengan tajuk entri lak?

dalam seminggu kepala serabut dok fikir nak pergi mana hujung minggu ni sampaikan tiket balik Kuantan pun tak beli lagi...


tapi mungkin itu yang terbaik. kan? ;)

Laman Kehidupanku dgn wajah baru

salam semua...

moga wajah baru datang dengan nafas baru.

aameen~

28.4.09

21 Sicko Doctors

salam semua...


Doctors

saya ke sini tadi
saja jalan-jalan

lalu terbaca artikel ini
mula-mula tak faham
si pemblog ni letak gambar kabinet
tapi cerita pasal doktor

apa la yang sahabatku ni nak sampaikan

tak puas hati
saya baca la sampai habis

rupa-rupanya dia ada bagi pautan ni
baru saya faham

oh~~


Sicko

tiba-tiba teringat kat filem Sicko
tak tau dokumentasi si pengarah ni betul ke tak
tapi saya percaya
itulah realiti

kalau kat Amerika, doktor bagus-bagus
tapi nak masuk hospital kena ada insurans kesihatan
kalau takda, pesakit boleh kena halau
itulah negara bebas
kesian kan?

kalau kat negara kita, semua orang boleh masuk hospital
lagi-lagi hospital kerajaan
tak perlu insurans kesihatan
cuma doktor tak ramai la (walaupun ramai je graduan doktor kat negara kita ni)
nak kena rawat pun kena tunggu berjam-jam walaupun dihantar ke wad kecemasan
itulah negara bebas (ye ke?)
kesian kan?


21

berbalik kepada kisah kabinet

saya hampir terlupa yang saya dah boleh pergi mengundi
jadi, bila ya PRU seterusnya?

26.4.09

saya ingatkan hari ni Hari Ibu

salam semua...


hari ni hari ahad.
saya beritahu adik saya, "hari ni Hari Ibu."
sambil buat muka bersalah sebab tak buat apa-apa.

adik saya balas, "Hari Ibu bulan Mei la."
saya balas, "bulan Mei dah, kan?"

dia jawab, "belum la..."
saya balas balik, "ye la..."
dia jawab, "belum la..."
saya balas balik, "ye la..."

balas punya balas...
saya terfikir,
kalau Mei, saya sepatutnya dah kat Kuantan sekarang...

saya pun tersedar, "oh...a ah la..."



hmm...macam mana boleh tak ingat ni? sebab cuti ke?
:ha?:


nota kaki: tahniah kepada sahabat yang baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinannya di Besut. maafkan saya sebab tak dapat hadir. moga kalian kekal hingga ke anak cucu cicit. teruskan perjuangan, ya! kenyit

25.4.09

let it be just for a while

salam semua...

semalam sembang kejap kat YM dengan seorang senior.

antara petikannya:

senior: lor tu je dlm blog
alifzaimimra: senyum
senior: tak informative pon
alifzaimimra: a ah... wana keep it like dat for a while



tu pun nak letak kat blog ke?

24.4.09

dear book fair, u rock!

salam people...


i went to the Book Fair yesterday with my roomate.


i bought 6 wonderful books. yeay~~


they are:
  1. 7 Formula Individu Cemerlang - Dr. Danial Zainal Abidin
  2. Salahudin Ayubi Penakluk Jerusalem - Abdul Latip Talib
  3. Ketupat Cinta - Faisal Tehrani
  4. Saasatul Ibaad - Faisal Tehrani
  5. Life is an Open Secret; You, Me and We - Zabrina A. Bakar
  6. Men are from Mars, Women are from Venus - John Gray

this was my first attempt in buying English books. ok, i bluffed. but actually, i usually just borrow them from my friends. but i guess they're worth reading. peace


that evening we went for makan-makan at my girlfriend's house in Gombak. it was fun.


i had a lot of fun yesterday. really. it was the best day ever. maybe because it's been so long since i visit KL.. or maybe because i bought FT's books.. hehe..dunno.



alhamdulillah...

~^_^~

22.4.09

Wahai Pesta Buku...tunggu saya~~

salam semua...

insyaAllah esok saya akan ke Pesta Buku.




yeay~




oh buku...saya rindu kamu~



nota kaki: biar digelar ulat buku daripada menjadi katak terperuk di bawah tempurung. saya mahu belajar mengenal dunia. anda tak mahu? kenyit

21.4.09

3rd day of cuti...

salam semua...

sebelum cuti, semasa final... :lamagawa:


dah nak dekat cuti... :puppyeyes:


hari pertama cuti... :woooh:


hari kedua cuti... :yawn:


hari ketiga cuti... :tsk:


hari keempat? kelima..?? keenam..???


:hilo:



nota kaki: bila nak pergi book fair ni... :sigh:

18.4.09

saya sangat suka~~~

salam semua...
final exam dah habis!!!!
sukanya...
sukanya...
sukanya...
^_^
balik ni kena duduk dapur lak.
kita belajar masak!!!
^_^
eh jap...
ada satu assignment kena hantar la...
huhu...

13.4.09

i'm recovering ^_^

salam semua...


sambil-sambil menelaah, jemput kongsi mutiara kata yang saya dapat daripada seorang sahabat.
lindungilah kesedihanmu dengan senyuman,
meskipun hatimu penuh kedukaan.
kerana tabah menghadapi dugaan
menunjukkan kau mempunyai iman.

jom stadi jom! ada 3 paper lagi. chaiyok2! ^_^

5.4.09

T_T

salam kawan-kawan...

saya bangun awal hari ni
5.23 pagi secara tepatnya

bangun pagi
dengan satu harapan
bahawa
Sedih tidak akan datang
hari ni

pagi-pagi
kami ke lapangan terbang
menghantar Yang Tersayang pulang

saya mencari-cari
Suka dan Riang
agar dapat menghalang Sedih
daripada datang

sampai waktunya
Yang Tersayang pun pergi
langkah demi langkah
...


kata hati, "bagus, Tenang pun ada kat sini."


tetapi


tiba-tiba


titis demi titis
Sedih datang
T_T

dalam perjalanan melangkah pulang
Sedih datang
T_T

dalam kereta
Sedih datang
T_T

saya panggil Tenang
mujur Tenang datang

tapi Sedih datang juga
halau Tenang
pabila
IKIM.fm pasang lagu Permataku
T_T

kemudian
Firdaus pula sambung
Menangislah di Bahuku
T_T


tak lama lepas tu


Ayah cakap,
"kalau nangis maksudnya kita ikhlas sayang orang tu."



T_T





daripada Mongu: sudah-sudah la tu. ada exam kan? kita gi belajar k. nanti kita cari Senyum sama-sama. kita dengar lagu Suju - Good Luck nak? ;)

4.4.09

1 paper down, 5 more to go!

salam people...


today, one paper --> Philosophy of Science -- down.


next paper:
Clinical Biochemistry,
Parasitology & Entomology,
Quality Assurance,
Radiobiology,
and
Medical Microbiology.


i'm going home.
Kuantan-Kajang.
(jangan terkejut)
have to go back.
urgent.
and very very very important.


if you want to know why,
read on your right side of the screen,
find column "Tarikh Penting",
and read what's on 5th April.
read the first event.


hopefully
it's not going to be a sad day.
hopefully...
...





ok, nak nangis... :((

31.3.09

Jangan Naik Komuter dari KL Sentral dan Mid Valley pada Hari Sabtu!

Salam kawan-kawan.

Amaran ini Serius!

Kalau tak sempat merancang perjalanan, takpa.
Tapi kalau boleh, jangan sekali-kali naik komuter pada hari Sabtu.
Dan jangan sekali-kali naik komuter dari KL Sentral dan Mid Valley pada hari Sabtu.
Kalau terpaksa naik jugak, anda akan diuji dengan 3 Ujian.

Sebelum diuji, anda perlu jelas dengan perkara berikut:

Peraturan:
· Berdiri di belakang garisan kuning dan garisan hijau.
· Benarkan penumpang untuk keluar dahulu sebelum anda masuk
· Beratur
· Dilarang memotong barisan.

Tips:
· Sentiasa berdiri di barisan paling hadapan, di belakang garisan kuning, dan berdekatan dengan garisan hijau.
· Pastikan anda tidak benarkan orang lain memotong barisan anda.
· Pastikan barangan berharga selamat bersama anda.
· Jika bersama kawan ­sejenis, pegang tangan kawan anda.
· Pastikan pakaian anda bersesuaian dengan situasi yang bakal anda hadapi. pakaian yang selesa, tak menjolok mata, dan menyerap peluh.

PENTING: Jangan sekali-kali bawa awek/balak anda bersama.
JANGAN BUAT: potong barisan, tolak orang depan, berebut, paksa diri untuk masuk juga walaupun dah penuh.


Ujian pertama: Diuji secara Fizikal

- daya ketahanan anda akan diuji dengan tolakan dan rebutan bersama penumpang-penumpang yang rata-ratanya nampak baik tapi sebenarnya ganas yang lain.

LULUS: berjaya masuk ke dalam komuter.
GANJARAN: badan tidak luka atau sakit. Saling berhimpitan macam ikan sardin dalam tin untuk beberapa stesen.

GAGAL: tidak berjaya masuk ke dalam komuter.
HUKUMAN: badan sakit-sakit dan terpaksa tunggu 15 minit lagi untuk naik tren seterusnya. Dan diuji sekali lagi dengan tolakan dan rebutan bersama penumpang-penumpang lain.


Kesimpulannya, don’t judge a book by its cover. Sesetengah orang muka je nampak baik, sopan..tapi sebenarnya ganas dan pentingkan diri sendiri.


Ujian kedua: Diuji secara Mental

- anda akan diuji dari segi kemahiran anda dalam berstrategi. Pastikan anda faham peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak komuter.

LULUS: anda berjaya masuk ke dalam komuter, barangan berharga selamat, anda tidak terpisah daripada kawan.
GANJARAN: saling berhimpitan macam ikan sardin dalam tin untuk beberapa stesen.

GAGAL: tidak berjaya masuk ke dalam komuter, barangan berharga hilang, terpisah daripada kawan.
HUKUMAN: Penat, terpaksa tukar strategi dan tunggu 15 minit lagi untuk naik tren seterusnya.

Kesimpulannya, rancanglah perjalanan anda sebaiknya dan berdoa agar selamat sampai ke detinasi.


Ujian ketiga: Diuji secara Emosional

- Kesabaran dan keimanan anda diuji dengan orang yang bermacam kerenah, ragam, dan bentuk fizikal.

LULUS: berjaya masuk ke dalam komuter dengan hati yang tenang dan sabar.
GANJARAN: pahala berganda walaupun saling berhimpitan macam ikan sardin dalam tin untuk beberapa stesen. Anda juga berpeluang untuk menduduki ujian seterusnya: Ujian Ragam Orang.

GAGAL: tidak berjaya masuk ke dalam komuter, anda marah-marah, kutuk-mengutuk, dan mungkin bergaduh dengan penumpang lain.
HUKUMAN: dosa bertambah, sakit hati, dan terpaksa tunggu 15 minit lagi untuk naik tren seterusnya.


Kesimpulannya, iman anda diuji di mana-mana.



Apa-apa pun, jangan sekali-kali naik komuter dari KL Sentral dan Mid Valley pada hari Sabtu. Nak naik Monorel, Putra, STAR-LRT atau lain-lain tren boleh tapi JANGAN NAIK KOMUTER DARI KL SENTRAL DAN MID VALLEY PADA HARI SABTU.



nota kaki: saya sempat tangkap gambar Tapak Sulaiman kat Mid Valley ^_^

30.3.09

melepaskan tensi...

salam semua...

saya rasa saya nak ubah wajah Laman Kehidupanku la...
saja...
suka-suka...


cuma,
saya tak tahu la..
macam mana nak jadikan tulisan "Tajuk Pos" lebih besar daripada "Tarikh"?
cuba punya cuba dan cuba
saya tak dapat nak ubah juga.
macam mana?


apapun,


buat kawan-kawan semua,
teruskan bersemangat dan jangan hilangkan semangat.
belajar rajin-rajin ye.
kalau stres, kita main futsal.

:P

12.3.09

PPSMI - sokong atau bantah?

salam semua...

hmm.. Ironik, kan? Empunya Laman belajar di universiti antarabangsa di mana semua matapelajaran diajar dalam Bahasa Inggeris kecuali subjek Bahasa Melayu tapi nak sibuk pasal PPSMI. Kenapa ya?


"Korang sepatutnya sokong PPSMI ni. Bagus pe. Lagi-lagi belajar kat UIA ni semua pakai Bahasa Inggeris. Lecturer speaking, buku rujukan pun semua dalam Bahasa Inggeris. Yang korang bangkang tu apasal?"

"Membunuh Bahasa Melayu??? Ape citer beb??! Aku OK je. BM aku dapat A1 kot!"

"PPSMI ni membebankan rakyat terutama pelajaq luar banda. kesian kat mak bapak depa hantaq sekolah tinggi-tinggi tapi anak tak paham."

"korang tak sayang bahasa ke? bahasa kan jiwa bangsa. hilang bahasa, hilang bangsa."

"Orang tak sokong, marah. Cuba tanya kawan-kawan kita kenapa diorang bantah. Dengar penjelasan diorang tu dulu. Dah dengar, dah faham, kalau nak tetap dengan pendirian kamu silakan. Bukannya nak terus boikot melulu GMP ni. Diorang pun ada sebab nak bantah PPSMI ni. Bukan suka-suka nak bangkang."



Sabtu lepas, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) telah mengadakan Perhimpunan Aman sempena membantah PPSMI dan menghantar memorandum kepada Sultan. walaubagaimanapun, memorandum membantah PPSMI tidak berjaya diserahkan sebaliknya dihalang oleh pihak FRU dengan lontaran gas pemedih mata kepada ahli perhimpunan.

takpalah, bukan itu yang Empunya Laman nak kisahkan. Empunya Laman pun tak sempat turut serta perhimpunan tu.

cumanya nak tanya pendapat kalian tentang perihal PPSMI ni. nak juga dengar pendapat kalian. kita berdiskusi sebentar. jadi, kalian sokong atau bantah? dan kenapa?



*PPSMI = Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

nota kaki: kalau boleh, pendapat kalian tiada berbau unsur politik parti. Wallahua'lam.

27.2.09

there goes my weekdays

salam people...


there goes my weekdays...
no midterm
2 reports
1 assignment.


i just finished Parenting class
today's topic:
Rights and Responsibilities

and we have a debate
which the topic is:
Wives should stay at home, while the husbands earn a living.

boys vs girls
they are on the government and we're on the opposition


and
there goes the debate
the boys: one who understand and care about the wife's situation,
while the other concern about fiqh of awlawiyyat.

the girls: one who totally opposed the topic,
while the other one concern about the economic crisis.


the girl who concern about the economic crisis actually supports the topic
with a little adjustment to the topic's statement:
Wives should stay at home, while the husbands earn a lot of money.

:D





p/s: i don't like debates. but i like to watch debates.
p/s/s: money can't buy everything.

19.2.09

indescribable

salam fellow friends...

Equation 1: happy + sad = ??

Equation 2: worry + excited = ??

Equation 3: happy + sad + worry + excited = ????


can it be heartless?



if only heart can tell what you feel... can it?

perhaps..not a satorare.




p/s: indescribable - is there such word?

15.2.09

My Precious~

Salam my fellow friends...

tonight's entry is related to my previous question on this entry.

yup, different people have their own precious things. one said it is time, others said taqwa or fear to Allah and health. nevertheless, a DSLR is also a precious gadget one could posses. yup, a DSLR... rindu

thank you for your responses.

i have my own precious too. which i believe many own it but only some realize its presence. even i just realize it. Thank You, Allah for reminding me of your ni'mah.

the precious thing is called the Iman.

why is iman or faith being the most precious?

here's a story i would like to share with you. it happened last week. the story below i copied from my doc. so, read it as it happened today. kenyit

I experience something valuable today. I sat for a midterm paper this evening. Alhamdulillah, I’ve tried my best and hopefully the result going to be OK. However, what I want to tell you today is not about how tough or easy the questions was, it’s about what happen before that evening.

To be honest, I have to finish studying and revising 6 weeks of lectures last night. At university level, 6 weeks of lectures are equal to 6 chapters. Imagine that... to finish them all in one night... pergh~ well, due to terrible-day tiresome and the delicious nasi ayam I ate for dinner at 10p.m., I successfully finish reading 1 chapter that night.. Yup, finish reading only and no hand written notes..

That morning, I woke up early. I forced myself to be awake and tried to finish 1 more chapter before I went for the morning class at 8.30 a.m. As usual, I went for shower 15 minutes before 8.30, and end up rushing to catch my friend’s car.

As I reached the class, as usual, I checked my phone – somewhat ‘very valuable and important’ to me – in the bag to put it in silent mode. Then I realized that my phone wasn’t there at the usual place. At first I thought I’ve accidentally drop it somewhere on my way to the class. But then I thought maybe I drop it in the car. It bothered me throughout the class and I felt bad. I started imagining what could happen if it really lost, if someone took it, should I buy a new one, does it mean I would lose all contact numbers and lots more strange thoughts. I thought if it really lost, I’ll be sad because I’ve lost something I treasured due to my carelessness. I don’t want a new phone. But then again, another thought came out telling me that I’m supposedly be focusing on reading and revising the notes instead of bothering about the phone. There goes my morning – to study for midterm, to think about my phone, and to focus on the lectures... -_- what else can I do than to calm and tell myself that everything’s going to be OK. Just be positive and be cool.

I started looking for it as soon as the class finished. I searched on the path I went... it wasn’t there. I prayed that hopefully it’s in the car... but it wasn’t there. Strange thoughts came to haunt me again. I kept reminding myself, “be positive, maybe you left it in the room.”

Calmly, before heading home, we went to the cafĂ© to buy our brunch. I bought nasi lemak, as it’s a heavy meal and I thought it could hold my stomach till dinner. :P

All the way to my room, I prayed and hoped that my precious phone is in there and I can continue my study for the exam. Strange thoughts came again. I asked myself why could this happen, have I did something wrong. Whatever happens, I believe there must be a reason behind all these.

I kept on reminding myself to be calm till I reach my room. And guess what... it was there on the bed. Alhamdulillah. I guess I forgot to put it inside my bag. I prayed my grateful to Him and asked for His forgiveness for I might have done wrong.

Without further delay, I continued having my brunch and revising the notes. I usually put on some music before I start studying just to freshen up. As usual I put on Opick’s. At the same time, my mind won’t stop thinking about what happen just now.

While studying, I changed the played song from Opick to Brothers. It happened suddenly that I want to hear a song from Brothers. Particularly this one song which I don’t remember the title. I tried to recall the name of the song and it is entitled Iman and I searched it in my list of Brothers song but it wasn’t there. Then I searched in Mirwana’s because Brothers used to be known as Mirwana.

As I listened to the song, something came up and I can hear my heart said, “This is what I’ve been looking for!” Subhanallah!

I tried to make a connection between the phone incident and Iman. In the situation, I tried to imagine if Iman is the phone. It’s ACTUALLY and SUPPOSED TO BE something valuable and very important in life. If you say that the phone is the most precious thing and we must keep it safe from harm and danger (i.e. the virus), same goes to Iman. We must keep it safe from ma’siat, devil’s persuasions, and doing wrong deeds and always do good deeds to increase our Iman.

Now I know why sometimes I feel empty, clueless, and lost. It’s because of the Iman. The emptiness was due to the lack of so-called ‘spiritual content’ or ‘food’. I believe it’s a fitrah which all humans will experience this emptiness and search for the truth. To those who are searching, keep on searching and don’t give up. Sometimes it comes when you least expect it. kenyit


I think that’s about it. I hope you get the message.



I’ve found my Iman and I promise to keep it safe with me and try my best to increase it. My next step - Istiqamah.

So, how about you? What's the most precious thing in your life?

11.2.09

Quiz: what's the most precious thing you have right now?

salam fellow friends...

before I post my entry, I have questions for you:

what's the most precious thing you have right now?

and why?





let's share. open for discussion. i'll respond in the next entry which is related to what I'm going to share with you. thank you. :)